19 February 2009

Ke Arah Merealisasikan Blogawan Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertengahan tahun lalu aku pernah ditegur oleh saudara roslan (My-localAgenda) bertanyakan dan mencadangkan dibuat suatu pertemuan antara blogger-blogger Terengganu. Ketika itu aku mengangguk kepala bersetuju dan memang merasakan ianya suatu cadangan yang baik. Aku menyibukkan diri aku dan akhirnya cadangan itu senyap.

Akhir tahun lalu, aku diingatkan sekali lagi, dan terakhir adalah beberapa hari lalu. Beliau rupa-rupanya telah mengambil langkah awal dengan membuat butang 'Blogawan Terengganu' dan sudahpun mula ditampal di blog beliau. Tahniah.

Sebenarnya usaha menyatukan blogger-blogger Terengganu sudah lama muncul dan diutarakan ramai pihak kepada aku sebelum ini. Antaranya nasikerabupetro. Namun, atas sebab-sebab yang menghalang, kekangan yang ada dan seribu satu alasan, maka terus tertangguh.

Aku letakkan dulu butang ini di sini untuk paparan. InsyaAllah gerakerja ke arah menyatu dan memperkasa Blogawan Terengganu akan diteruskan.

Kenapa Blogawan Terengganu dan bukan Terengganu Bloggers United? PPSMI jawab saudara Roslan. Agaknya itulah maksud PPSMI yang dijawab saudara Roslan tadi.

Mahu bersama-sama BLOG-GU ? (ni yang aku nak cadang singkatan Blogawan Terengganu). Nantikan pengumuman rasmi dalam masa terdekat. Tidak minggu depan, bulan depan. Hehehehe.

Kiranya dah umum sini sebagai suatu tekanan la pada aku. Nanti mesti ramai yang tanya itu ini. Maka ketika itu aku tidak mampu mengelak, dan akan sungguh-sungguh realisasikannya bersama kalian. InsyaAllah.

Nota: Harap-harap jadi laa...

19 comments:

Hasbullah Pit said...

"BoGanu" OK tak?

amdang81 said...

Blog-Gu ni nak ambik GU tu singkatan dari SAING @ TEMAN. kebetulan plak GU tu ada pada perkataan TerengGanU.

BoGanu tu sensitif skit laa.. mana-mana perkataan mula dengan BOG tu macam pedas je.. hehehhe

AZIZAN & HAFIZAH said...

roslan tu....dr roslan ke?klinik ummi manir?

GuwaSufi said...

Menarik gak ni dang...nak join skali lah, hehehe

Imanulnaim Enterprise said...

bakpe dok letok bendera ganu nye...?

BLOGKITE | BLOGBLAKE | AWOK2BLOG | BLOGDEH | BLOGSOKMO |

Imanulnaim Enterprise said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Tuan,

Tidak semestinya kena ada perkataan 'blog'. Saya cadangkan 'Senyum Sokmo'. Ia lebih sinonim dengan Terengganu, dan bunyinya lebih ceria dan friendly. Satu usaha yang bagus...teruskan!

Cik Lee said...

Kawang nok gok! Kawang nok gok! Ke nak kena letok jadi - 'Blog Gok' Tuan Medang?

amdang81 said...

Thanks semua.. pasal kena letak logo tu semestinya la. Tapi ada cadangan logo lain gak.. tapi tengok la bila dah start diadakan perjumpaan pertama. Mana-mana yg letak komen sini akan dipanggil la utk hadiri meeting tu nanti. Ambe tengah tunggu kekosongan masa skit.

Unknown said...

cadang nama :

blogganu.blogspot

@ blogkiter.blogspot

@ ganukiter.blogspot

Unknown said...

keppoklekor.blogspot

Unknown said...

nasidagang.blogspot

MusafirKerdiL said...

http://img5.imageshack.us/img5/7306/blogawan.jpg

amdang81 said...

ermm.. lawa gak design tuu..

MusafirKerdiL said...

bro..
mmg kompem nok guna BLOG-GU ke?

mcm x best je

BLOG KITE lg best kot

jd wa design logo guna BLOG KITE
ngeh3x..

erk..
design logo nak kaler ape?

ni latest design
stil hitam putih + hijau sket

hitam putih lg COOL kot..
haha

apa² komen, kritikan
sgt dialu²kan. :)


http://img5.imageshack.us/img5/1755/blogawananimateda.gif

amdang81 said...

Wan, errr..

pasal Blog Kite tu ambe rasa mcm setuju jer.. perkataan KITE tu mmg lebih terengganu dari GU tu..

pasal logo tu x reti sgt la nak komen. wallahua'lam.

amdang81 said...

Puan Atikah.. ni nak bg nama GROUP la. bukannya nama blog. Heheheh..

APa khabar agaknya si Ara ek? Lama x layan dia.

apapun, thanks sudi jenguk2..

Nafastari said...

Jan lupa jemput aku! TQ

ekramhakim~ said...

nok beri cadangan gok..bloGanu..tp blogkite tu best doh..=D