21 April 2007

Seharian di Matlain Badrain

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ni Mesyuarat Agung Kawasan. Banyak juga kawasan lain yang turut mengadakan mesyuarat agung pada hari ini. Aku hadir ke mesyuarat Agung sebagai perwakilan Pemuda Kawasan buat kali ke dua di Terengganu ini. Alhamdulillah kehadiran perwakilan pada tahun ini agak ramai. Urusetia mengatakan lebih dari yang dijangkakan.

YB Ustaz Nik Mohd Amar, Exco Kelantan datang sebagai perasmi. Ucapan perasmian yang menarik aku kira walaupun ucapan permulaan agak perlahan dan mengantuk mata! (dah terlelap pun sebenarnya). Antara penegasan yang dimuatkan dalam ucapan YB adalah keikhlasan dalam perjuangan bersama Islam. Ikhlas dalam susah dan senang, dalam menang dan kalah.

Dengan memberikan peristiwa perang Uhud yang mana memperlihatkan para sahabat gagal mematuhi perintah Nabi s.a.w lantaran mahukan harta rampasan perang, maka seluruh tentera Islam tewas dalam peperangan tersebut. Keikhlasan selalu diuji. Lebih-lebih lagi bilamana kita merasakan kita yang patut dapat lebih kerana kita 'buat' lebih.

YB turut memberikan contoh satu pasukan bola dalam padang perlu menyedari hakikat kemenangan itu bilamana pasukan itu menang. Soal siapa yang jaringkan gol tidak penting, tetapi semua mesti berperanan untuk menghasilkan gol, dan menjaga gawang dari dibolosi. Setiap orang punya posisi penting yang mesti kita jaga sebagai amanah. Kelebihan kita sebagai penjaga gol perlu dimanfaat bilamana tiada orang lain yang lebih terror dari kita. Walaupun ketika itu kita rasa kita juga boleh tendang sama kuat dengan penyerang yang ada.

Peringatan ujian kemenangan yang lebih sukar perlu sangat untuk diinsafi. Kejayaan membuatkan diri lupa tuntutan sebenar perjuangan. Kemenangan juga membuat diri lebih sukar berkorban jiwa dan raga. Menang juga membuatkan ada insan dengki antara satu sama lain. Menang juga membuat perasaan mahu macam-macam. Pendek kata, sudah tiada beza dengan parti lawan yang selalu dikata macam-macam.

Di sinilah letaknya keikhlasan dalam perjuangan yang didokong selama ini. Keikhlasan mesti tetap disemai dan dibajai sentiasa. Bila keikhlasan menjadi utama, semua penyakit hati dan lupa diri pasti tiada. Kemudahan, kesenangan pasti datang kemudian, tapi biarlah datang sebagai 'memudahkan urusan', bukan sebagai ujian yang tak mampu dihalang.

Kat atas tu sikit je isi yang aku ambik. Selebihnya ulasan aku la. Apa guna jawatan (amanah) jika gagal dan tidak melaksanakan apa yang patut. "Umpama orang Luar Biasa (berjawatan), tetapi jiwa dan tindakan biasa. Berbanding Orang Biasa yang gerakerjanya luar biasa dan senantiasa ke depan dengan kerja."Kata Dato' Deris, bukan kecek sajo! Ni baru ulas ucapan perasmian. Banyak lagi leh ulas ni. :)

p/s: Teringat pertanyaan sorang kawan, "Mung nak jadi Tok Wakil?"...


No comments: