Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Tetiba rasa nak bermadah pujangga. Tak tahu kenapa, buang tebiat agaknya. Apa-apa pun maafkan kiranya madah pujangga sebelum tidurku ini mengganggu sesiapa yang tidak menyukainya. (Ketika ini aku masih belum mempunyai idea untuk menulis sebarang perenggan pun!)
Malam...
Datang malam
kelam dan suram
kadang ada bulan
kadang punya bintang
datang malam dengan mimpi
diharap mimpi indah
mimpi yang mampu mengubah sesuatu
bukan mimpi yang kekal mimpi
hilang dan lenyap selepas jaga
malam indah dengan bulan
putih bersih cahaya menawan
juga kerlip sang bintang
macam bergantungan di langit hitam
indah dan memberi petunjuk
buat musafir juga pemikir
malam makin larut
mata makin mengantuk
penat sehari suntuk
bakal hilang dengan bantal peluk
Selamat Malam
Aku tidur dulu..
Zzzz....
1 comment:
Seorang kawan komplen.. apa punya puisi la yang aku buat ni.. teruk betul katanya.. x ada ciri-ciri sasterawan negara langsung! (aku tambah la skit2 bg sedap dan masin)..
aku pun jawab la.. dah blog aku! lagipun aku dah maklumkan yang memang aku nak hentam jer... :)
p/s: thanks atas komen.. baru aku tahu yang aku ni tiada bakat... atau yang baca tu buta seni.. hehhe
Post a Comment