09 April 2007

Ini Memang Blog Politik!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini memang blog politik!. Agaknya ada yang tertanya-tanya kenapa aku buat penegasan yang blog aku ni blog politik? Sebenarnya ini adalah jawapan kepada seorang kawan yang mengingatkan kepada aku perihal sudah ada cadangan blog politik mesti didaftarkan oleh seorang menteri. Agaknya menteri ni dah tak ada kerja kot nak dibuat, maka nak suruh daftar blog. Kalu nombor telefon bimbit tu ada la juga logiknya. Sebab company berkaitan berdaftar di Malaysia. Maka boleh la suruh semua pengguna hp daftar. Internet ni dunia tanpa sempadan. Apa relevannya daftar dan siapa yang nak tentukan sesuatu blog tu mesti daftar atau tidak? Apa kayu ukur sesuatu blog itu blog politik atau tidak?

Sebelum pergi lebih jauh, meh nak citer apa itu politik? Politik sebenarnya bukan setakat pangkah A atau B. Bukan juga kempen A atau B. Politik ni sebenarnya sesuatu yang umum tentang skills, cara diplomasi, Public Relation (PR), mahupun apa jua tindakan yang ada tujuan dan tindakan tersendiri. Cuma ada sesetengah yang sempit pemikiran mengatakan politik itu setakat mengundi dan memancing undi. Lebih parah lagi bila mengatakan berpolitik itu bila sokong pembangkang jer. Ni apa punya pemahaman tak tahu laa!

Definisi politik kat atas tu pada aku la. Sebab apa jua tindakan kita sebenarnya adalah tindakan politik. Kita minta maaf jika terkasar bahasa adalah politik. Tak kira la budak yang boleh mengundi, mahupun tidak. Baik dia tu Indonesia punya orang (Orang Indonesia x suka kita panggil diorang Indon!), mahupun bangla. Toleransi adalah politik. Begitu juga dengan tindakan memberi jiran buah tangan atau sebarang juadah. Ini juga politik. Cuma beza yang ada hanyalah politik pilihanraya atau politik harian/umum.

masih tidak faham dengan definisi aku? Kita berpolitik apabila kita membodek bos. Buat-buat rajin depan bos. Itu politik. Kita akan melayan tetamu yang datang ke pejabat mahupun rumah dengan layanan yang baik. Itu pun politik. Melayan bakal mertua yang datang bertandang, lagilah politik! Pendek kata, semua perlakuan kita memang senantiasa berpolitik. Tinggal lagi politik yang kita amalkan itu ikhlas, atau pun ada niat yang terselindung.

Politik memancing undi dalam pilihanraya adalah politik yang paling popular. Sehinggakan diwujudkan perkataan orang politik, ahli politik dan sebagainya. Sedangkan kita yang seharian berpolitik dengan masyarakat dan rakan sekerja tidak pula disebut ahli politik. Agaknya sebab kita tidak berkempen untuk diri kita sendiri dan tiada poster muka kita dalam politik harian kita itu. Kita juga tidak mengharapkan apa-apa undi terhadap apa jua yang kita lakukan samada belanja kawan makan, mahupun bersopan terhadapnya. Cuma mungkin sebagai tanda kita menghargainya sebagai kawan, ataupun memang kadangkala memang ada udang. Itu pun dah menjadi lumrah alam. Wallahua'lam.

http://amdang81.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

pertama kali melawat blog saudara; tahniah, teruskan perjuangan, semarakkan dakwah & jihad...! ALLAHU AKBAR!

. said...

Taniah dengan semangat sauadara...teruskan penulisan dan idea...