05 March 2007

Mereka yang di Boikot..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mulanya aku terbaca berita ni sebagai berita Makcik Rosnah je. Rupa-rupanya ada lagi berita lain pasal mereka yang diBoikot!. Ingat lagi kes Roti Hi5?. Aku cukup bangga bila lihat roti Hi5 terus tidak di usik di atas rak kat kedai-kedai. Cuma ada la 2 3 orang yang terambil sebab tak perasan / tidak sensitif dengan isu yang melanda roti Hi5 ini sebelum ni. Aku yang jarang-jarang beli roti pun selalu je nyaris-nyaris terlupa yang aku dah BOIKOT Hi5! Tapi takat ni selalu je tersedar masa pegang.

Pada aku, apa pun isu sebenar Hi5, kesan boikot yang ditunjukkan oleh masyarakat amat berkesan. Aku sebelum ini hanya menjangkakan boikot ini tidak berpanjangan, tetapi bila akhbar semalam menunjukkan Hi5 membuat promosi 'kempen derma buku', maka teringatlah zaman akhbar-akhbar lain juga diboikot. Walaupun seketika, namun tekanan yang diberikan mampu membuatkan pemilik /pengusaha tu berfikir panjang!

So, teruskan jer Boikot High 5 dan SilverBird! dan Makcik Rosnah! :)

---------------------------------------------------------------------------------

Rosnah tidak adil pada diri sendiri – Zahid Hamidi

SHAH ALAM 3 Mac - ‘‘Bukan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak adil, dia yang tidak adil pada dirinya sendiri.”

Demikian tegas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kenyataan balas pelakon Rosnah Mat Aris, 52, yang digantung daripada muncul pada mana-mana rancangan siaran RTM dalam tempoh setahun ekoran kontroversi dalam rancangan Sensasi terbitan TV3, baru-baru ini.

Menurut beliau, Rosnah perlu memikirkan semula apa yang telah diperkatakan sehingga mengakibatkan tindakan tersebut sebelum mengeluarkan komen mengatakan RTM tidak adil.

‘‘Saya tidak mahu cakap banyak mengenai perkara ini cuma saya hendak nasihatkan kepadanya, lain kali ‘insurans’ mulut tu sikit,” tegasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smarts Kids Books for High 5 Bread - Kempen Menderma Buku Untuk Komuniti Bestari di kilang Silver Bird di sini hari ini.

Tindakan menggantung pelakon tersebut daripada muncul dalam rancangan RTM diputuskan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin bersama Jabatan Penyiaran dalam satu mesyuarat Khas yang diadakan kelmarin.

Ekoran keputusan itu, Rosnah mengeluarkan kenyataan bahawa RTM tidak berlaku adil kepada dirinya kerana kesalahan yang dilakukan adalah terlajak kata dan bukannya kesalahan daripada segi perbuatan.

Mengenai program menderma buku usahasama Smarts Kids, Silver Bird dan Kementerian Penerangan itu pula, Zahid berkata, projek tersebut amat baik bagi memupuk amalan membaca di kalangan kanak-kanak selain memberi peluang kepada insan yang memerlukan untuk mendapat bahan bacaan seperti masyarakat di luar bandar.

Dalam program itu, orang ramai dijemput untuk menyumbangkan buku terpakai yang bermutu di kaunter serahan yang dibuka di pusat membeli-belah yang terpilih di mana untuk setiap tiga buku yang diterima, penyumbang akan mendapat dua buku roti High 5 Nutri White.

Projek masyarakat tersebut turut dijayakan oleh akhbar Utusan Malaysia, KOSMO!, RTM, China Press dan KL Monorail.

------------------------------------------------------------------------

p/s: komen pasal arkbar ni sebab aku tak der idea nak menulis + tengah bz. Tapi nak tunjuk yang blog ni hidup, maka aku terpaksa berbuat sesuatu bagi 'menyerikan' blog ini dari terus sunyi. Nanti-nanti je la ada masa aku tulis sajak ke, pantun ke plak.. jaga diri, hiasi peribadi! :)

0 comments:

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks