25 March 2007

Cerita Babi & Monyet

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf kerana tajuk ini mungkin dilihat kasar dan tidak sopan. Ini bukan bahasa / perkataan yang aku biasa guna dalam penggunaan seharian. Tapi ini adalah kesimpulan perbualan aku dengan seorang jiran yang sudah agak tua. Rasanya bukan agak lagi, tapi memang dah tua dan berumur. Seorang pesara kerajaan di Jabatan Ukur sebelum ini. Dia membahasakan dirinya Ayah Long.

Ketika Ayah Long datang, aku sedang menaip/ngadap pc. Ketika tu aku tak berbaju. Panas. Tiba-tiba jer Ayah Long muncul di tingkap menegur. Aku cepat-cepat berbaju dan membuka pintu. Ajak Ayah Long masuk. Duduk di atas sofa dan mulai berbicara. Sebenarnya Ayah Long ni ayah kepada jiran aku yang datang sesekali sahaja. Jadi, dia yang tak biasa berbicara dengan aku bertanyalah beberapa perkara berkaitan dengan peribadi aku. Aku suka layan orang tua ni berbicara. Orang lama, banyak garamnya. Kadang-kala gula mereka juga berlebihan. :)

Ayah Long dengan bangga menyatakan dia ni seorang ahli PAS. Dia juga memastikan anak-anaknya turut menyokong PAS paling kurang. Dengan bangga juga dia ceritakan perihal anak-anaknya kepada aku. Dulu sorang mengaji di Australia, hok tu ngaji di UK. Pendek kata, kebanyakan anak-anaknya berjaya. Menantu dia yang menjadi jiranku merupakan seorang doktor.

Sedang asyik berbual, Ayah Long mengungkit permasalahan semasa. Politik. Katanya manusia sekarang ni macam binatang babi dan monyet. Aku tertanya-tanya juga apakah orang tua ni nak mengutuk sesuka hati. Kemudian Ayah Long menjelaskan maksud babi dan monyet tu.

Babi ni binatang yang suka sodok (sondol) ubi kayu. Kalu dia nak ubi kayu, maka dia akan sodok sampai abis. Walhal makanan lain yang mudah dan berada di atas permukaan tanah kurang dipedulikan. Maka, abis la tanah tu rosak. Pokok patah riuk. Lubang pun ikut kedalaman ubi yang ada. (siapa biasa tengok kesan babi tu tahu laa..) Kadang-kadang, pagar yg memagari kawasan pun dia rempuh jer. Ayah Long kata, ada manusia ni sifatnya macam babi. Tak kira halal haram doh. Main rembat je. (rembat ni ayat aku. Ayah Long tak reti kot istilah rembat ni)

Monyet binatang nakal. Lincah dan aktif. Cuba hulur makanan kepada monyet tu. Pasti monyet tu cuba datang nak mengambil. Jika ada orang lain menghulurkan pula, pasti monyet tu berpaling kepada orang lain. Mungkin lihat siapa yang menawarkan makanan lebih sedap dan banyak. Pihak mana yang memberi lebih keuntungan, itulah yang akan dituju. Ayah Long kata, manusia macam monyet ni lagi la ramai. Dulu masa PAS perintah Terengganu, ramai yang suka PAS. Bila kalah, semua lari. Dari sebesar-besar kontraktor, hinggalah kepada sekecil-kecil pengerusi JSR.

Aku senyum je dengar cerita Ayah Long. Pada aku, adat dunia. Semua orang cari kesenangan. Malah ada yang sanggup jual prinsip, diri dan agama sekalipun!. Na'uzubillah. Manusia sekarang sudah tidak nampak kemuliaan dengan agama seperti Saidina Umar Al-Khattab. Apa yang nampak hanyalah rumah besar, kereta besar dan duit banyak. Wallahua'lam.

p/s: Wang besar! wang besar! wang besar!!....

0 comments:

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks