11 March 2007

Jika Guru Kencing Berdiri...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Khamis dan Jumaat lalu 8 & 9 Mac 2007 aku sempat meluang masa untuk pelajar yang agak bermasalah dalam pelajaran dan akhlak bagi sebuah sekolah di Kemaman. Kehadiran aku hanya sebagai fasilitator kepada pelajar-pelajar. Kesemuanya 35 orang pelajar lelaki. Masalah yang disebut-sebut oleh guru-guru pengiring mereka adalah merokok, ponteng dan mempunyai masalah keluarga. Kes yang paling teruk adalah mencabul!.

Bila disebut permasalahan seumpama ini, aku rasa ramai yang menyangka mereka ini adalah pelajar sekolah menengah. Sebenarnya tidak. Kesemua 35 peserta ini adalah pelajar sekolah rendah! Semuanya berumur antara 10 - 12 tahun. Darjah 4 - 6!. Malah ada yang belum bersunat pun lagi!

Lebih dari separuh peserta tidak tahu asas solat, wudhuk dan tidak tahu rakaat solat. Lebih mendukacitakan ada di antara pelajar yang mengakui ada ibubapa mereka juga tidak solat. Secara kasar, kebanyakan masalah berpunca dari rumah. Pergaulan keluarga, suasana rumah, tarbiyyah keluarga dan peranan ibu bapa dalam mendidik. Bayangkan ada pelajar semuda ini tahu yang kakak mereka mengandungkan anak luar nikah dan amalkan seks bebas. Jika seorang kakak mungkin boleh 'dimaafkan', tapi 3 sekaligus!. Parah mendengarnya.

Aku tidak berminat nak ulas perjalanan program, cuma beberapa pemerhatian yang dilakukan adalah:

1. Pelajar ni mengikuti kursus kerana bermasalah seperti merokok, yang menjadi masalah guru-guru pengiring pun ada yang turut merokok di hadapan pelajar. So, bagaimana mahu menjadi contoh yang baik kepada murid?

2. Sewaktu solat berjemaah, ada guru yang tidak bersama-sama dengan pelajar dalam menunaikan solat. Malahan, aku tidak melihat mereka solat pun selepas kami solat. (masa tu solat subuh, x tau la kot-kot dah jama' dengan Isyak!)

3. Penerapan nilai Islam di sekolah amat kurang dan lemah.

4. Ibubapa sebagai ketua keluarga patut memain peranan penting dalam keutuhan dan keharmonian rumahtangga.

Terlalu banyak komen yang boleh diberikan sebenarnya. Tetapi tiadalah gunanya semua komen ini jika penguatkuasaan terhadap institusi pendidikan dan keluarga tidak diambil cakna oleh masyarakat terutamanya kera-jaan yang memerintah.

Cerita ini adalah gambaran sebahagian guru yang tidak bertanggungjawab. Namun masih ada sebahagian yang bertanggungjawab dan sedar akan falsafah perguruan Islam. Tahniah kepada yang bergelar guru dan menjadi contoh yang baik kepada anak didik. Semoga kalian terus berusaha mendidik seterusnya melahirkan generasi pelapis yang BAik dan beriman. Wallahua'lam

Nota:
Itu contoh dalam sebuah sekolah jika cikgu tidak menjadi contoh yang baik. Dalam konteks negara pula bagaimana rakyat mahu menjadi baik jika orang yang diamanah menjaga satu badan yang sepatutnya telus (BPR), turut sama terpalit tahi rasuah itu. Apakah orang yang melantiknya turut mempunyai agenda tersendiri? Renung-renungkanlah...

p/s:Lama rasanya tak mencoret kata di sini. Sibuk tak sangat, cuma masa nak mengadap PC tak ada. Alhamdulillah cuti sekolah ni, ada lah sedikit masa untuk mencoret barang sepatah dua. Itupun kalu aku pandai dan cepat dapat siapkan tugasan yang diberikan..

0 comments:

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks