Berkat ketabahan, berkat kesabaran, maka akhirnya Gunung Tebu berjaya juga aku dan Pemuda PAS Kawasan Setiu tawan. Adalah kira-kira 85 peserta yang turut sama menjayakan XPDC Gunung Tebu kali ni. Peserta tidak terhad kepada pemuda sahaja. Malah, turut terdapat peserta veteran yang dah berumur juga peserta cilik yang masih di bangku sekolah rendah.
Gambar 1: 3 Orang peserta termuda (Seorang lagi menggalas beg dan berkopiah membelakangi kamera)
Perjalanan naik bermula seawal jam 9.00 pagi. Macam-macam perangai dan gelagat yang dapat dilihat sepanjang jalan. Aku yang berada di kelompok paling akhir hampir sesat di awal perjalanan lagi. Sedar sesat bilamana melihat jalan tu jalan mati. Panik gak seketika. Mujur bila berpatah balik baru jumpa jalan sebenar. Silap hanyalah kerana tidak melihat tanda arah dengan baik. Ni la akibatnya jalan ikut sedap hati jer.
Aku sampai ke puncak kira-kira jam 3.30 petang. Satu rekod yang amat teruk! 4-5 Jam adalah kebiasaan. Lebih dari itu boleh dikira agak teruk/ lembab. Rekod yang paling baik dicatatkan pada hari itu 2 1/2 Jam. Dengar kata, budak yang mendahului ini telah berbelas-belas kali sampai ke puncak Gunung Tebu ini. Patut laa.. (alasan bg menunjukkan aku tidak lemah!)
Gambar 2: Budak Kecik pun mampu sampai atas. Sebab tu la aku usahakan jugak sampai atas. :)
Sesampai puncak, aku terus baring. Pejam mata. Lelap. Jaga-jaga dikejutkan makan kerak nasi. Biasa la duk tempat begini, itupun dah cukup syukur. Dalam jam 4, aku turun ke sungai. Ingatkan dekat je. Rupa-rupanya adalah kira-kira 20 minit perjalanan. Jalan pulak curam semacam jer. Selepas berendam hilang segala keletihan. Air yang sejuk aku timba berulang kali bagi disimbah di badan yang mula terketar-ketar. Macam air sejuk dalam peti!.
Sampai ke tapak perkhemahan, dah mula berpeluh kembali. Memang satu jalan yang memenatkan untuk ambil air. Mujur la aku dah ambil 6 botol untuk diisi air. Maknanya aku tak perlu turun lagi. Selesai menjama' kan solat asar dan zohor, aku join kawan-kawan yang melihat pemandangan. Subhanallah! cantik betul pemandangan dari puncak gunung ni. Dapat melihat persekitaran keliling membuat hati senang. Apatah lagi ketika itu kabus turut berlalu melintasi kami yang membuatkan terasa kesejukan.
Menurut seorang kawan, jika suatu masa dulu jam 4 petang kabus sudah meliputi di puncak ini. Jika mahu melihat kawan-kawan, maka terpaksa tunduk ke bawah. Hanya bahagian kaki ke paha sahaja yang kurang kabus. Mungkin cuaca panas sekarang menyebabkan kurang kabus. Ada juga baiknya. Tidak lah kami keterlaluan kesejukan.
Malamnya selesai solat maghrib, kami bertaaruf. Gelak tawa mula kedengaran bilamana usik mengusik berlaku. Jika petang tadi semua banyak diam kerana penat, tapi masa ni masing-masing sudah mula dapat kekuatan baru. Namun, ada juga yang tersengguk-sengguk tahan ngantuk.
Selesai menikmati pemandangan malam yang indah, aku ambik keputusan untuk tidur awal. Bukan mengantuk sangat, tapi mahu merehatkan badan kerana pagi besok perjalanan turun akan diteruskan.
bersambung....
No comments:
Post a Comment