Khir Toyo apa masalah la tak nak terima kajian pelajar berisiko tinggi aritu. Dah aritu dia serbu rumah urut pun dia tau ada budak tunggu SPM keje sementara kat umah urut. Dah tu, dia nak anak dia jadi 'bahan kajian' jugak baru nak percaya??
Aku pun tak nak kata setuju 100%, tetapi masih boleh menjadi rujukan bahawa terlalu teruk apa yang berlaku sekarang ni dalam masyarakat kita. Malam tadi duk pusing-pusing KT pun tertengok 2,3 pasang remaja berpeluk atas motorsikal. Aritu pernah bising nak ambik tindakan kepada pasangan yang tak kawin naik motor bersama. Sekarang dah senyap. Walhal naik motor ni lagi jelas berdua-duaan.
Sukati kau la Khir. Kalu kau nak kajian tu semua pelajar bermasalah tu solat, taat ibubapa, kau je buat sendiri. Lagi senang. Tak de la kau tak setuju lagi ngan orang lain.
p/s: Agaknya Khir Toyo ni terasa ditekan kot. Makin banyak serangan dari media kepadanya. TV3 pun akhir-akhir ni turut menyerang negeri Maju Khir. Tak lama dah tuu..
----------------------------------------------------------------------
Kajian remaja UKM tidak tepat: MB Selangor
02-03-2007 12:33:30 PM
SHAH ALAM: Laporan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks adalah tidak tepat, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
"Itulah yang kita lihat satu tindakan yang ambil mudah sahaja dan akhirnya akan timbulkan kekecohan dan masalah... jadi saya tak gembira dengan kajian tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Carlton Holiday di sini semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai hasil kajian yang dijalankan pakar psikologi kanak-kanak dan remaja dari UKM Dr Khaidzir Ismail melalui "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi Atau Bermasalah".
Kajian itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan Selangor yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.
Katanya setelah beliau meneliti hasil kajian itu sendiri dan menerimanya daripada pengkaji tersebut didapati ada beberapa fakta seperti jumlah populasi penduduk di negeri ini tidak selari dan tidak tepat serta tiada definisi tepat mengenai perkataan "seks" dalam penghuraian kaedah kajian itu.
"Dia sepatutnya kena bincang dengan kita dulu sebelum buat kajian itu... dia punya jumlah penduduk pun tak betul... muka surat pertama tulis 4.1 juta, muka kedua pula kata 4.7 juta... tu belum buka muka surat ketiga lagi.
"Dan soalan mengenai seks... ada orang kata tersentuh mulut dah buat seks ...dan laga hidungpun dah seks... jadi kita kena tengok... definisi seks pun tak betul," katanya.
Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember tahun lepas itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.
Kajian itu juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).
No comments:
Post a Comment