Pesan orang tua-tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Maksudnya jika mahu berkata-kata, perlu sedar dan tahu siapa yang ada di sekeliling. Bukan apa, takut-takut terlepas cakap. Bila terlepas cakap, orang tua-tua berkata lagi, terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.
Agaknya Tg Adnan sudah mula uzur dan tua. Bukan aku menilai dari segi usia, tetapi dari kaca mata politik. Sepatutnya Tahun Melawat Malaysia tahun ini digunakan sepenuhnya untuk mengangkat nama baik beliau sebagai Menteri Pelancongan. Fokus kepada apa yang beliau telah lakukan dan sedang lakukan kepada rakyat demi negara. Buktikan kepada PM yang beliau seorang menteri yang bagus.
Tapi, apabila beliau menyerang individu lain (bloggers) secara umum, maka satu kesilapan besar yang sedang dicipta. Apatah lagi serangan berbentuk umum itu berupa fitnah dan tidak mempunyai asas langsung. Sesiapa sahaja berhak (termasuk aku??) untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan. Ini kerana beliau menuduh semua bloggers pembohong.
(Aku tak mahu menjawab soal ramai bloggers adalah wanita kerana itu tidak dapat aku buktikan / nafikan. Soal bloggers ini terdiri dari penganggur lagi la susah nak tahu)
Agaknya Tg Adnan maksudkan bloggers yang berbohong adalah yang menceritakan kepincangan kerajaan. Bloggers yang lantang mengkritik kerajaan yang semakin korup. Mungkin juga ditujukan kepada bloggers yang mendedahkan kisah sebenar BPR di negara ini. Banyak lagi kemungkinan, namun Tg Adnan masih belum bersedia menjawabnya.
Mungkin Tg Adnan tak tahu yang blog banyak kegunaannya. Bukanlah semata-mata untuk mengkritik kerajaan. Ramai suri rumah menggunakan blog / website sebagai medium pemasaran menerusi internet, ruang sembang/gosip, berkongsi resepi, meluah permasalahan keluarga, dan pelbagai lagi guna. Mengkritik kerajaan bukanlah satu keutamaan bagi kebanyakan bloggers.
Aku sendiri pun tak minat untuk mengkritik kerajaan dengan tidak tentu pasal. Kenapa mahu memburukkan kerajaan sendiri jika kerajaan yang ada sudah bagus, telus dan bersih. Tapi, bersih ke kerajaan hari ni? Telus ke? Memang patut pun kalu ramai bloggers dedahkan kebusukan yang ada!
Kenapa la aku ni.. Akhir-akhir ni suka sangat kata kat kerajaan. Asalnya blog ni tak de la nak jadi mcm penulis siber yang lain. Agaknya sebab terlalu banyak kebusukan yang ada menyebabkan aku pun terseret sama. Nasib badan la dapat kerajaan dan pemimpin yang korup!
P/s: Sedap lak usik Tg Adnan ni (walaupun dia x baca pun blog aku! Sebab dia baca blog wanita jer.. heheheh).
----------------------------------------------------------------------------------------
Tg Adnan elak menjawab kecaman blog wanita
12-03-2007 07:33:40 PM
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bersedia mengulas kecaman yang diterima beliau susulan kenyataannya yang dianggap merendah-rendahkan penulis blog wanita, lapor agensi berita AP hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Cina minggu lepas melaporkan Tengku Adnan berkata "semua penulis blog adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan bermacam-macam cara. Apa yang saya faham, daripada 10,000 penulis blog yang tiada pekerjaan, 8,000 daripada mereka adalah wanita."
Kenyataannya itu yang dilaporkan Sin Chew Jit Poh edisi petang Khamis lepas membangkitkan kemarahan penulis-penulis termasuk blog wanita, antaranya Datuk Paduka Marina Tun Mahathir.
Sewaktu dihubungi agensi berita itu, Tengku Adnan enggan mengesahkan laporan tersebut atau mengulas lanjut.
"Saya tidak ada apa-apa untuk dikatakan buat masa sekarang,'' kata Tengku Adnan.
No comments:
Post a Comment