31 March 2007

SMS Seorang Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Seorang sahabat yang agak rapat telah menghantar SMS berbunyi begini seminggu lalu

"Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi,
sekukuh apa pun cabaran yang harus kita jalani,
sebesar mana pun kegagalan yang kita rasai,
sejenuh mana pun hari-hari yang kita lalui...

jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi,
jangan pernah berhenti berdoa kepada Rabb...

kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan,
dan kerana doa adalah senjataorang yang beriman.."

(sms asal dalam singkatan 'bahasa' sms laa.. )

agak panjang sms tu. Bila lihat kepada kata-kata yang baik dan penuh makna, aku tak jadi delete. (Normally aku delete sms kalu dah lebih 2 hari/ x guna dah). Nak forward kepada kawan-kawan yang lain, kebetulan hp aku kena block. Ditambah pula dengan kata-kata yang agak panjang, maka akan memakan banyak 'sen'. Jadi, aku ambik peluang sebelum delete message tu dengan 'tampal' kat sini. So, adalah kebaikannya...

1. Aku dapat kongsi kata-kata tu dengan orang lain..
2. Jimat 'sen' aku...
3. Orang yang hantar sms ni akan rasa mcm dihargai (puji skit!)

Oklah. Tu jer satu sms yang nak kongsi. Kalu ada yang menarik lagi lain kali aku letak. Tapi kalu pendek sangat rasa mcm tak sesuai je nak letak sini. Wallahua'lam.

27 March 2007

Perkampungan Hadhari Yang Berjaya!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sesiapa yang mengunjungi ke Perkampungan Hadhari Terengganu 2007 di Pulau Duyong mesti merasakan program itu amat berjaya. Kehadiran yang diwar-warkan seramai 680, 000 pengunjung telah menghadiri tapak program antara menjadi bukti program itu berjaya. Kenapa tidak, bukan mudah mahu mengumpulkan seramai itu di sebuah pulau yang dulunya tiada apa pun. Jika dulu, pulau di tengah Jambatan Sultan Mahmud itu tidak menjadi tempat persinggahan pun walaupun kereta ulang-alik melaluinya. Cuma mungkin sesekali sahaja ada yang singgah membeli makanan jika pulang dari kerja pada hari khamis. Itupun sebab adanya pasar malam.

Dato' Seri Idris Jusoh dengan bangga menyebut kejayaan Perkampungan Hadhari ini yang dicetuskan Terengganu sejak 3 tahun lalu. Kini negeri lain turut berminat bilamana Pulau Pinang turut mengadakan Perkampungan Hadhari di Kepala Batas seminggu lebih awal. Idris Jusoh juga menyebut Perkampungan Hadhari pada tahun depan akan diadakan di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Hanya sepelaung jaraknya dari Pulau Duyong. Bangga betul Idris.

Kerajaan negeri menyebut, pemilihan Pulau Duyong menjadi pilihan tapak Perkampungan Hadhari adalah kerana pulau ini pernah didiami seorang ulama yang dikenali dengan Tok Syeikh Pulau Duyong. Ini seolah-olah mengangkat / mengingatkan kembali penduduk pulau tersebut khususnya, dan rakyat Terengganu kepada ulama tersebut. Namun, sebelum ini program Monsoon Cup dan Cit Cat Azwan (Astro) yang turut melibatkan pulau tersebut tidak pula dikaitkan langsung dengan tokoh agama tersebut. Bantahan rakyat supaya menghormati Pulau Tok Syeikh juga tidak diambil peduli. Bahkan ada yang ditangkap kerana menyuarakan bantahan tersebut.

Mengikut pandangan Idris, Perkampungan Hadhari adalah medan bagi menyalurkan maklumat dan memberi hiburan kepada pengunjung. Maklumat yang dimaksudkan itu tentulah penjelasan tentang Islam Hadhari. Manakala hiburan pula mungkin dimaksudkan nyanyian, persembahan, dan pelbagai acara kebudayaan dan melalaikan yang disediakan.

Seorang pengunjung apabila ditanya seorang pengacara majlis, apakah pandangan beliau tentang Perkampungan Hadhari di Terengganu telah menjawab "Bagus la negeri Terengganu buat ekspo sebegini. Maknanya adalah hiburan untuk rakyat Terengganu". Pengacara majlis itu terpaksa membetulkan perkataan ekspo dengan Perkampungan Hadhari. Merah padam muka pengacara majlis tersebut.

Itulah realiti Perkampungan Hadhari yang ada sebenarnya. Tidak lebih kepada ekspo seperti juga JomHeboh!. Bezanya cuma pengacara yang ada bertudung belit, artis yang hadir pula lebih bersopan sedikit dari artis yang Azwan Ali bawa semasa program Cit Cat baru-baru ini. Beberapa artis nasyid turut dibawakan bagi menunjukkan Islamnya perkampungan itu.

Melihat kepada beberapa rancangan yang dirakam seperti Al-Kuliyyah dan Halaqah serta beberapa pameran seperti Jejak Rasul dan beberapa replika artifak rasanya belum cukup bagi mengangkat ekspo sebegitu sebagai satu ekspo yang Islamik. Apatah lagi mahu menamakan dengan satu nama yang lunak seperti Perkampungan Hadhari!. Itu belum dikira kepada pengunjung yang hadir tanpa silu berpakaian mencolok mata dan berpasangan.

Jika Perkampungan Hadhari ini diukur dengan kayu ukur Islam Hadhari, maka amat berjayalah Perkampungan Hadhari ini. Tiada lagi cacat celanya. Memang berpadanan dengan prinsip Islam Hadhari yang mencampurkan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Memang rakyat Terengganu akan lebih faham lagi Islam Hadhari selepas adanya Perkampungan Hadhari.

Cuma, bila dirujuk kepada Islam maka terlalu banyak lompang dan koyaknya. Umpama berbaju tetapi telanjang layaknya Perkampungan Hadhari itu. Maaf, bukan mengkritik. Tetapi mencadangkan supaya Perkampungan Islam pula yang akan disusun selepas ini. Bukan setakat ditukar namanya, malah semuanya perlu kembali kepada Islam.

Usah seperti SureHeboh yang Haram menjadi JomHeboh. Bila JomHeboh nampak sosial untuk masuk Terengganu, maka ditukar kepada Perkampungan Hadhari. Tak tahu cara nak buat Perkampungan Islam? Mari sini nak tunjuk rumah Tok Guru. Biar Tok Guru yang pandu kita. Supaya Islam kita selamat. Supaya tiada lagi Islam Hadhari mahu pun sekerat hari.

Wallahua'lam.

p/s: Tetiba teringat sebuah parti yang pernah diharamkan. Maka dibubuh perkataan baru di hujung perkataan lama supaya menjadi halal. Walhal tetap berpegang kepada nilai Nasionalis dan asobiyyah. Umpama babi walaupun dipanggil khinzir, hidungnya tetap penyek. Hehehhe.

26 March 2007

Nak Singing Box Sendiri?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ramai kawan-kawan minta lagu yang ada kat singing box aku di sebelah. Aku bukan tak nak bagi semua lagu-lagu tu, tapi lagu tu aku tak upload kat internet dalam fail mp3. Aku sendiri pun download dari website orang lain jugak.

Kalu kalian nak tahu, singing box tu tak diupload dengan fail format mp3. Tapi menggunakan sbx. Apa tu sbx? aku pun tak reti nak citer. Cuma kalu masuk ke singing box punya website dia ada la citer lebih kurang.

Susah ke nak buat singing box sendiri? Ni nak citer step-step yang perlu ada. Kesusahan dan kepayahan tu mengikut pengetahuan anda la.

1. Pastikan anda ada lagu mp3 atau nak mudah dalam bentuk fail sbx terus.

2. Lagu mp3 anda tadi, convert ke sbx.. klik sini

3. Upload lagu dalam fail sbx tadi ke mana-mana tempat yang anda suka. FileDen, Geocities, mahupun apa2 sahaja yang anda suka.

4. Pastu buka la singing box anda untuk linkkan singing box anda dengan fail yang telah diupload tadi..

5. Pastu jadi la kot.. Hehehehe..

Kepada yang minat lagu-lagu yang ada dalam singing box aku tu, anda leh copy n paste kat blog anda / frenster / Myspace.. Kalu tak tahu camana nak copy n paste, tak tahulah camana nak cerita.

Masalah yang akan timbul jika menggunakan singing box orang lain ialah; bilamana aku tukar skin / upload lagu baru, maka anda turut merasainya. Kalu tukar skin, parah laa sebab akan memberi kesan kepada ruang yang ada.

So, nak beri kemudahan kepada anda, anda leh dapatkan url lagu-lagu tersebut (singing box aku jer!) dalam bentuk fail sbx di sini. Jadi, buatlah singing box anda sendiri mengikut skin yang anda suka. Lagu tu terhad kepada 34 macam yang aku ada je laa.. nak banyak, atau nak lagu lain kena la upload sendiri.

ni senarai lagu..

Sekian seadanya. Wallahua'lam.

p/s: Al-amal, al-amal, al-amalulillah...

25 March 2007

Cerita Babi & Monyet

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf kerana tajuk ini mungkin dilihat kasar dan tidak sopan. Ini bukan bahasa / perkataan yang aku biasa guna dalam penggunaan seharian. Tapi ini adalah kesimpulan perbualan aku dengan seorang jiran yang sudah agak tua. Rasanya bukan agak lagi, tapi memang dah tua dan berumur. Seorang pesara kerajaan di Jabatan Ukur sebelum ini. Dia membahasakan dirinya Ayah Long.

Ketika Ayah Long datang, aku sedang menaip/ngadap pc. Ketika tu aku tak berbaju. Panas. Tiba-tiba jer Ayah Long muncul di tingkap menegur. Aku cepat-cepat berbaju dan membuka pintu. Ajak Ayah Long masuk. Duduk di atas sofa dan mulai berbicara. Sebenarnya Ayah Long ni ayah kepada jiran aku yang datang sesekali sahaja. Jadi, dia yang tak biasa berbicara dengan aku bertanyalah beberapa perkara berkaitan dengan peribadi aku. Aku suka layan orang tua ni berbicara. Orang lama, banyak garamnya. Kadang-kala gula mereka juga berlebihan. :)

Ayah Long dengan bangga menyatakan dia ni seorang ahli PAS. Dia juga memastikan anak-anaknya turut menyokong PAS paling kurang. Dengan bangga juga dia ceritakan perihal anak-anaknya kepada aku. Dulu sorang mengaji di Australia, hok tu ngaji di UK. Pendek kata, kebanyakan anak-anaknya berjaya. Menantu dia yang menjadi jiranku merupakan seorang doktor.

Sedang asyik berbual, Ayah Long mengungkit permasalahan semasa. Politik. Katanya manusia sekarang ni macam binatang babi dan monyet. Aku tertanya-tanya juga apakah orang tua ni nak mengutuk sesuka hati. Kemudian Ayah Long menjelaskan maksud babi dan monyet tu.

Babi ni binatang yang suka sodok (sondol) ubi kayu. Kalu dia nak ubi kayu, maka dia akan sodok sampai abis. Walhal makanan lain yang mudah dan berada di atas permukaan tanah kurang dipedulikan. Maka, abis la tanah tu rosak. Pokok patah riuk. Lubang pun ikut kedalaman ubi yang ada. (siapa biasa tengok kesan babi tu tahu laa..) Kadang-kadang, pagar yg memagari kawasan pun dia rempuh jer. Ayah Long kata, ada manusia ni sifatnya macam babi. Tak kira halal haram doh. Main rembat je. (rembat ni ayat aku. Ayah Long tak reti kot istilah rembat ni)

Monyet binatang nakal. Lincah dan aktif. Cuba hulur makanan kepada monyet tu. Pasti monyet tu cuba datang nak mengambil. Jika ada orang lain menghulurkan pula, pasti monyet tu berpaling kepada orang lain. Mungkin lihat siapa yang menawarkan makanan lebih sedap dan banyak. Pihak mana yang memberi lebih keuntungan, itulah yang akan dituju. Ayah Long kata, manusia macam monyet ni lagi la ramai. Dulu masa PAS perintah Terengganu, ramai yang suka PAS. Bila kalah, semua lari. Dari sebesar-besar kontraktor, hinggalah kepada sekecil-kecil pengerusi JSR.

Aku senyum je dengar cerita Ayah Long. Pada aku, adat dunia. Semua orang cari kesenangan. Malah ada yang sanggup jual prinsip, diri dan agama sekalipun!. Na'uzubillah. Manusia sekarang sudah tidak nampak kemuliaan dengan agama seperti Saidina Umar Al-Khattab. Apa yang nampak hanyalah rumah besar, kereta besar dan duit banyak. Wallahua'lam.

p/s: Wang besar! wang besar! wang besar!!....

23 March 2007

Awas! Filem Cetak Rompak!!


Assalamuaaikum wbt..

Ni adalah beberapa Filem yang telah dilakonkan semula tanpa kebenaran pengarah asalnya.

Anda semua dikehendaki melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya masih ada yang berdegil menyimpan, mahupun menayangkan filem-filem ini secara terbuka.

Kegagalan anda menyerahkan, mahupun memberi kerjasama, anda mungkin didenda dengan hukuman yang berat, atau mungkin akan di bom dengan C4!
Tak takut ke? :)


























































p/s: dalam banyak2 filem kat atas tuu (yg real laa.. bukan cetak rompak mcm kat atas ni), Enemy at the Gates paling aku suka.. sniper lawan sniper laa lebih kurang kisahnya... sambil lawan psiko.. skill n tactic.. filem2 lain rasanya x tengok lg.. skrg dah macam x ada masa je nak nengok filem2 ni..

Islam Hadhari: Tarian yang dibenar syarak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

satu video klip yang menarik.. maksud aku tariannya yang tidak mendedahkan aurat dan bersemangat perjuangan. Hehehe



p/s: Aku tak de la minat lagu nih.. tapi nyanyian ngan tarian tu macam 'masuk' jer.. heheheh...

22 March 2007

Islam Hadhari sesat dan menyesatkan - Presiden PAS

ARAU, 22 Mac (Hrkh) - "Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu."

Demikian pernyataan tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa berceramah di Guar Sanji dekat sini sempena pelancaran Dana Pilihan raya PAS Perlis baru-baru ini.

Menurutnya lagi, membesarkan perkara-perkara khilafiyah dalam masyarakat pada zaman ini adalah kerja-kerja yang boleh merosakkan Islam.

Katanya, perkara-perkara khilafiyah dalam agama ini adalah benda lama yang sudah ada sejak zaman para sahabat, tabiin dan imam mazhab yang mana mereka tidak pernah bertelingkah dalam perkara furuk atau cabang.

"Tapi mereka tidak berbalah dalam perkara furuk kecuali masalah pokok. Inilah dia orang Islam berbalah bab talqin, qunut, sapu muka tapi arak dan judi dibenarkan, hudud dan khisas tak laksana.

"Dan dibiarkan orang tak tutup aurat. Tak apa wanita baca warta berita kepala tak tutup tapi mula dengan Assalamualaikum. Salam tu sunat, buat yang sunat tingal wajib, kenapa tak ditegur yg ini?" soalnya.

Katanya lagi, Islam Hadhari merupakan satu ajaran menyeleweng yang memang sesuai dengan Umno kerana perlaksanaannya hanya dipandu mengikut kehendak mereka sendiri.

"Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu," katanya.

Menurutnya, pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan pemimpin Umno itu bercelaru dan tiada unsur tiada amar makruf dan nahi munkar.

"Masa dia mahu Islam mereka baca Al-Quran,baca doa dan bila tak mahu dia buat ikut suka, semua jadi celaru," ujarnya.

Beliau juga mengulangi penegasannya tentang istilah Islam Hadhari yang tidak kena pada penggunaannya.

"Hadharah adalah tamadun. Tamadun perlu ikut Islam, Hadharah Islamiyah ialah tamadun ikut mengikut Islam, Islam hadhari pula Islam kena ikut tamadun, jadi celaru tak tahu betul salah," jelasnya.

Baginya, pendekatan Islam Hadhari hari inilah yang membiarkan umat Islam berbalah tentang perkara-perkara khilafiyah.

"Dia biar orang Islam berbalah bab khilafiyah. Tak jadi masalah perkara ini kerana memang dia suka,"katanya lagi.

Beliau memberikan contoh bagaimana zaman pemerintahan British perintah dulu, masyarakat dibiarkan berbalah perkara-perkara furuk sedangkan yang memrintah negeri adalah penjajah.

"Masa tu tak ada mikrofon untuk azan jadi digunakan beduk untuk memberitahu waktu solat, ada yang kata boleh ada yang kata bidaah. Bergaduh bab beduk negeri orang putih perintah!" katanya.

Menurut Tuan Guru, Islam memnyuruh kita mengambil pendekatan menyedarkan rakyat. Jadi, PAS dan parti Islam yang lain mengambil pendekatan demokrasi yang membolehkan kebebasan bercakap, bersuara, menegur serta mengkritik dan mengajak orang.

"Walaupun ada sekatan dan penipuan, kejayaan mengajak orang kepada Islam secara memujuk dan memberi penjelasan yangg difahami adalah lebih afdhal dari jalann lain. Sebab itu PAS memasuki pilihanraya kerana ia adalah saluran terbaik untuk menyedarkan rakyat walaupun perlaksanaanya tidak betul," tegas beliau.

Menurutnya, tanggungjawab yang perlu dipikul sekarang ialah mengajak orang Islam kembalikan pemerintahan Islam dan kedaulatan Islam sepertimana yang dilakukan ulama terdahulu untuk menubuhkan PAS untuk mengajak umat Islam berjuang melalui jalan demokrasi.

"Kita buat perubahan, kita bentuk kerajaan yang dipilih dengan sokongan rakyat dan menjadi tanggungjawab kita orang Islam untuk tunjuk kepada orang bukan Islam cara pemerintahan Islam,"katanya.

Baginya, Umno tidak mampu menunjukkan contoh yang baik di dalam pemerintahan sedangkan dalam pemerintahan sesebuah negeri ada cara Islamnya.

"Kita orang Islam kena tunjuk kebaikan dan keadilan Islam. Umno yang taja Islam Hadhari menunjukkan contoh yang memalukan Islam. Cara Hadhari ni orang Islam pening, orang bukan Islam tak faham," katanya lagi.

Majlis pelancaran dana pilihan raya PAS Perlis ini diadakan di rumah seorang aktivis PAS, Abi Jamrah Ismail. Selain ceramah, turut diadakan majlis makan malam bersama pemimpin di tempat yang sama. - mks.

19 March 2007

XPDC Gunung Tebu 2

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

sambung skit lagi...

Menjelang waktu subuh, kokokan ayam berbunyi. Masing-masing bising bertanyakan dari mana la bunyi ayam kat puncak gunung ni. Rupanya jam loceng yang berbunyi ayam. Patutla tak henti-henti kokoknya. Sejuk usah nak cerita la masa ni. Memang sejuk. Masing-masing bangun memeluk tubuh. Tak kurang yang masih berbungkus. Alhamdulillah dalam kesejukan pagi, kami mampu gagahkan untuk mengadap Ilahi.

Tenang suasana pagi. Cikgu Sazali memberikan tazkirah ringkas sesudah subuh. Dalam masa tazkirah selesai, tanah mulai nampak. Cahaya mentari mula cuba memancar. Subhanallah. Cantiknya ciptaanMu. Akhirnya muncullah mentari dengan warna 'oren'. Menjadi bahan gurauan apabila mentari naik bersebelahan dengan bendera bulan yang kami kibarkan. Itulah hebatnya bendera bulan, tetap naik dan megah walaupun siang. ;)

Jam 7.30 masing-masing sudah bersiap untuk bertolak pulang. Namun masih ada yang sibuk menghabiskan sisa makanan. Kerak nasi, kuah sardin dan kepala ikan kering tetap menjadi rebutan. Takut kelaparan di tengah jalan. Tak kurang juga ambil peluang masa ni untuk bergambar kenangan. Maklum je semalam semua kepenatan. Tak terlintas nak bergambar.

Gambar 3: Bergambar sebelum bertolak pulang. Ni kumpulan yang terakhir. Sebab tu dah tak ramai.

8.00 pagi, kami mula bertolak balik. Perlahan je jalan. Masing-masing sibuk mengadu kaki masih lenguh. Pertengahan jalan, sekali lagi bergambar. Bergambar atas 'Batu Balassoh' (Balai Sof= Tempat Solat) Masa ni dah tak ramai. Ramai yang dah terus ke depan untuk pulang.

Selepas bergambar, terus sambung perjalanan pulang. Aku seperti biasa bersama-sama kumpulan terakhir untuk berjalan bersama. Alasan, mahu memastikan semua anak buah tiada yang tertinggal. Jadi, bila di akhir ni tak de lah diorang tahu samada kami larat jalan atau tidak. Politik.



Gambar 4: Atas Batu 'balai sof'. Masa ni matahari dah mula naik.


Aku melalui setiap jalan dengan penuh kenangan. Tempat berhenti makan pulut, tempat minum air, tempat bertembung dengan kumpulan lain, dan sebagainya. Jalan semalam yang dirasakan sukar, mula dilalui dengan senang. Jika semalam memanjat, hari ini menurun. Kurang la kepenatan. Kuranglah berhenti. Tapi berhenti tetap berhenti. Paling gembira bilamana mendengar deruan air. Maknanya dah hampir sampai. Masa tu aku dah mula melangkah laju. Tak sabar nak sampai. Nak minum. Bekalan dah abis.

Sampai ke kaki gunung (Lata Belatan) kira-kira jam 12.30. Awal 2 jam dibandingkan dengan perjalanan naik. Heheheh. Tapi terlewat beberapa jam dari orang lain. Penat terubat bilamana kawan menjemput makan nasi. Perut masa tu memang lapar. Kena pulak lauk pari bakar dengan gulai ayam dan lembu. Menambah aku makan. Sedap satu pasal. Lapar tu yang utama.

Alhamdulillah selesai satu perjalanan yang sukar dan memenatkan. Jika difikir semasa dalam perjalanan naik, mungkin terfikir untuk tidak naik lagi. Tapi bilamana merasakan betapa seronok dan indahnya pemandangan yang ada, terubat segala kelelahan. Lebih-lebih lagi teringat kesejukan air gunung.

Azam pada diri untuk terus menjadikan aktiviti sebegini sebagai aktiviti Tahunan. Jika tak mampu, mungkin cukup sekali dalam masa 2 tahun. Selain untuk riadah, sebagai mengambil 'semangat' daripada Gunung Tebu. Memang terasa lemah ketika memanjat, tapi sesudah selesai dan tamat program, aku merasakan aku 'cukup kuat!'

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Gambar 5: Ni gambar kenangan seorang sahabat. Katanya ini ketika dia bersama Pemuda Setiu naik Gunung Tebu pada Tahun 1997. Gambar pada tempat sama kami bergambar sebelum turun. Maknanya dia mengulang sejarah peribadi beliau 10 tahun yang lalu.

p/s: Kenangan yang terlelah... lelah yang indah.. Subhanallah!

18 March 2007

XPDC Gunung Tebu 1

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berkat ketabahan, berkat kesabaran, maka akhirnya Gunung Tebu berjaya juga aku dan Pemuda PAS Kawasan Setiu tawan. Adalah kira-kira 85 peserta yang turut sama menjayakan XPDC Gunung Tebu kali ni. Peserta tidak terhad kepada pemuda sahaja. Malah, turut terdapat peserta veteran yang dah berumur juga peserta cilik yang masih di bangku sekolah rendah.



Gambar 1: 3 Orang peserta termuda (Seorang lagi menggalas beg dan berkopiah membelakangi kamera)

Perjalanan naik bermula seawal jam 9.00 pagi. Macam-macam perangai dan gelagat yang dapat dilihat sepanjang jalan. Aku yang berada di kelompok paling akhir hampir sesat di awal perjalanan lagi. Sedar sesat bilamana melihat jalan tu jalan mati. Panik gak seketika. Mujur bila berpatah balik baru jumpa jalan sebenar. Silap hanyalah kerana tidak melihat tanda arah dengan baik. Ni la akibatnya jalan ikut sedap hati jer.

Aku sampai ke puncak kira-kira jam 3.30 petang. Satu rekod yang amat teruk! 4-5 Jam adalah kebiasaan. Lebih dari itu boleh dikira agak teruk/ lembab. Rekod yang paling baik dicatatkan pada hari itu 2 1/2 Jam. Dengar kata, budak yang mendahului ini telah berbelas-belas kali sampai ke puncak Gunung Tebu ini. Patut laa.. (alasan bg menunjukkan aku tidak lemah!)

Gambar 2: Budak Kecik pun mampu sampai atas. Sebab tu la aku usahakan jugak sampai atas. :)

Sesampai puncak, aku terus baring. Pejam mata. Lelap. Jaga-jaga dikejutkan makan kerak nasi. Biasa la duk tempat begini, itupun dah cukup syukur. Dalam jam 4, aku turun ke sungai. Ingatkan dekat je. Rupa-rupanya adalah kira-kira 20 minit perjalanan. Jalan pulak curam semacam jer. Selepas berendam hilang segala keletihan. Air yang sejuk aku timba berulang kali bagi disimbah di badan yang mula terketar-ketar. Macam air sejuk dalam peti!.

Sampai ke tapak perkhemahan, dah mula berpeluh kembali. Memang satu jalan yang memenatkan untuk ambil air. Mujur la aku dah ambil 6 botol untuk diisi air. Maknanya aku tak perlu turun lagi. Selesai menjama' kan solat asar dan zohor, aku join kawan-kawan yang melihat pemandangan. Subhanallah! cantik betul pemandangan dari puncak gunung ni. Dapat melihat persekitaran keliling membuat hati senang. Apatah lagi ketika itu kabus turut berlalu melintasi kami yang membuatkan terasa kesejukan.

Menurut seorang kawan, jika suatu masa dulu jam 4 petang kabus sudah meliputi di puncak ini. Jika mahu melihat kawan-kawan, maka terpaksa tunduk ke bawah. Hanya bahagian kaki ke paha sahaja yang kurang kabus. Mungkin cuaca panas sekarang menyebabkan kurang kabus. Ada juga baiknya. Tidak lah kami keterlaluan kesejukan.

Malamnya selesai solat maghrib, kami bertaaruf. Gelak tawa mula kedengaran bilamana usik mengusik berlaku. Jika petang tadi semua banyak diam kerana penat, tapi masa ni masing-masing sudah mula dapat kekuatan baru. Namun, ada juga yang tersengguk-sengguk tahan ngantuk.

Selesai menikmati pemandangan malam yang indah, aku ambik keputusan untuk tidur awal. Bukan mengantuk sangat, tapi mahu merehatkan badan kerana pagi besok perjalanan turun akan diteruskan.

bersambung....

14 March 2007

10 Minit jer

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

10 minit tu lama ke? Saje nak kongsi movie kat bawah ni. Jadi, luangkanlah 10 minit untuk movie ni. InsyaAllah apa yang anda dapat lebih daripada 10 minit..



kalu x leh nampak gambar video kat atas, klik 10 minit

p/s: .................................

FTA: Baik dan Buruknya

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kebetulan ada skit masa, so aku study la satu topik yang agak penting untuk diketahui bersama. Artikel ni dapat kat Wikipedia. Kebetulan ditugaskan buat sikit risalah dan sebaran berkaitan FTA ni. Jadi, nak tak nak terpaksa la study. Pada aku penting untuk kita tahu sebab ianya melibatkan kesan yang besar dalam negara kita. Seperti kata seorang prof berkaitan isu ni, kita
mungkin mengalami penjajahan semula jika menerima FTA ini. Wallahua'lam..
-------------------------------------------------------------------------------------

Perjanjian Perdagangan Bebas bermaksud Free Trade Agreement , ringkasnya FTA. Perjanjian ini lebih merupakan perjanjian dua hala antara negara-negara yang terlibat.

Era globalisasi ini , perjanjian sebegini harus dirintis . Perjanjian seumpama ini bertimbal balik seperti WTO, NAFTA , AFTA dan lain-lain. Tujuan murninya bagi merendahkan harga keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Hanya barang termurah dari seluruh dunia boleh beredar di pasaran tanpa sekatan cukai bertindih dan tentulah pengguna yang untung.


Halangan selama ini


Kelebihan perdagangan masa kini

  • Apa juga barangan boleh diimport dari seluruh dunia.
  • Apa juga baragan oleh dieksport ke seluruh dunia.
  • Permintaan dan penawaran barangan berasaskan internet yang terlalu pantas.
  • Teknologi kejuruteraan dan bioteknologi membolehkan pengeluaran yang agresif.
  • Lambakan barangan pertanian dapat diminimakan
  • Pengguna akhir amat beruntung.


Sejarah FTA

Pada 1 Januari 1994, 3 negara di benua Amerika Utara iaitu Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Mexico telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA ). Perjanjian ini telah diperluaskan ke beberapa negara termasuk China, India dan kini giliran Malaysia.

Inti perjanjian NAFTA ialah penghapusan cukai terhadap barang-barang AS ke Mexico dan juga penghapusan tarif secara berperingkat oleh Mexico selama 14 tahun.

Tapi kini (2007 ) majoriti rakyat Mexico berasa kesal kerana ia akhirnya memihak kepada negara maju iaitu Amerika Syarikat dan Kanada.

Kes Methanex

Bab 11 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ini memberikan kuasa kepada ‘individu ataupun syarikat korporat untuk menyaman kerajaan Mexico, AS atau Kanada bagi menuntut pampasan ganti rugi.’

Oleh itu syarikat Methanex, sebuah syarikat penghasil bahan-bahan kimia dari Kanada menyaman kerajaan AS dengan tuntutan sebanyak AS$970 juta (RM3.39 bilion).

Syarikat Methanex mendakwa bahawa pengharaman negeri California ke atas bahan MTBE, bahan kimia yang ditemui di dalam perigi-perigi bekalan air negeri California, telah merosakkan eksport negara Kanada untuk bahan metanol.

Saman syarikat Methanex akhirnya ditolak di mana Methanex terpaksa membayar kos sebanyak AS$3 juta (RM10.5 juta) kepada kerajaan AS iaitu pampasan litigasi yang berlaku pada tarikh 9 Ogos 2005.

Bab 11 perjanjian NAFTA ini dengan jelasnya memihak lebih kepada syarikat- syarikat korporat besar di AS dan Kanada berbanding dengan syarikat-syarikat di Mexico yang terlalu kecil dan tidak mampu secara kewangan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap negara-negara seperjanjian ini.

Kes Mequiladora

Kerajaan Mexico mempunyai insentif yang dipanggil projek ‘mequila’ bagi menarik para pelabur asing bagi tujuan perkilangan eksport.

Di bawah program ini, sebuah syarikat yang digelar ‘mequiladora’ yang diiktiraf oleh bahagian Setiausaha Pembangunan Perindustrian dan Komersal Mexico (SECOFI), pelabur asing boleh memiliki sebanyak 100 peratus pegangan dalam syarikat ini ataupun dalam pelaburan dana secara terus. Syarikat-syarikat ‘mequiladora’ ini bebas tarif serta cukai oleh kastam bagi kemasukan barang-barang dengan mengenakan bon ke atas barang-barangan tersebut bagi memastikan kemasukan barang-barangan yang dibawa hanyalah untuk tujuan eksport semula.

Warga asing serta pelabur asing syarikat-syarikat program ‘mequila’ ini juga dibenarkan membeli serta memilik tanah di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak SECOFI.

Insentif projek ‘mequila’ kerajaan Mexico ini hampir sama dengan :

  • Taraf perintis yang diberi kepada pekilang asing di bawah Akta Penggalakan Pelaburan Malaysia 1986
  • Keistimewaan kepada syarikat atau pelaburan asing di Koridor Multimedia Raya (MSC) di Malaysia.

Selepas perjanjian NAFTA ditandatangani barulah kerajaan Mexico sedar bahawa:

  • Mexico kekurangan pakar dan pekerja mahir lulusan universiti bagi memenuhi kehendak dan permintaan para pelabur syarikat Amerika dan Kanada.
  • Pelaburan asing hanya menguntungkan kelas menengah atasan dan kaya di Mexico serta berpendidikan bahasa Inggeris .
  • Jurang kemiskinan , bilangan pendidikan rendah dan terpencil di pedalaman semakin bertambah.

Subsidi Mewah kepada Petani Amerika Syarikat

Pada Mei 2002, Kongres AS pimpinan Presiden George W. Bush meluluskan Akta Pemeliharaan dan Pelaburan Kawasan Pedalaman AS 2002. Di bawah Akta selama 10 tahun ini, Jabatan Pertanian AS memperuntukkan subsidi mewah sebanyak AS$200 bilion (RM700 bilion) kepada para petani serta peladang tempatan AS bagi penghasilan tanaman komoditi.

Nilai pasaran komoditi dunia jatuh merudum kerana tidak mampu bersaing dengan petani dan peladang dari Amerika Syarikat. Petani dan peladang dari AS menggunakan teknologi tinggi, besar-besaran dan sistem pemasaran yang canggih. Petani dan peladang di negara sedang membangun tidak dapat bersaing. Contohnya benih ayam terpaksa diimport dari Amerika Syarikat.

Subsidi mewah ini turut dibantah oleh Kesatuan Para Saintis Prihatin (Union of Concerned Scientist), Persatuan Penanam Jagung Negeri Iowa ( Iowa Corn Growers Association ) dan juga Oxfam Amerika.

Oxfam Amerika merupakan sebuah NGO di bawah Oxfam International yang mempunyai kerjasama dengan 100 buah negara dan mempunyai pejabat di 13 buah negara.

Subsidi terhadap makanan ternakan tempatan AS menyebabkan pengeluaran ternakan secara berlebihan.Rata-rata petani dan peladang AS tidak memiliki sendiri. Subsidi yang diterima dipajaknilaikan pada harga tanah yang mereka usahakan. Dalam jangka masa panjang petani dan peladang AS juga yang rugi.

Subsidi Beras Amerika Syarikat

Pada 11 April 2005 Amerika Syarikat merupakan pengeksport beras ke-3 terbesar di dunia. Hasil eksport padi AS menyamai ekport padi Vietnam.

AS melonggokkan 3.8 juta tan beras padi subsidinya ke pasaran dunia. Kos purata padi AS ialah AS$415 dolar ( RM1,452.50 ) bagi satu tan beras . Tapi dijual dengan harga AS$274 (RM959) satu tan ke negara Haiti, Ghana dan Honduras.

Pesawah AS boleh jual murah kerana mendapat subsidi dari Amerika Syarikat . Tapi kesan buruknya ialah negara miskin di dunia terpaksa menurunkan kadar tarif padi beras tempatan.

Tekanan harga juga dilakukan oleh Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan perjanjian dua hala bersama AS.

Pada 1995, IMF mendesak Haiti menurunkan tarif import daripada 35 % kepada hanya 3 peratus. Akibatnya 95 % padi diimport dari AS dan pesawah padi Haiti tidak ke sawah lagi dan kehilangan kerja.

Subsidi Balak oleh Kanada

Akhbar Boston Globe melaporkan AS sendiri menentang WTO.Contohnya Duta Perdagangan AS, Robert Zoellick akan terus menggunakan strategi lobi dan 'ugutan perdagangan'.

12 Ogos 2005 Duta Perdagangan AS, Rob Portman serta Setiausaha Komersial AS, Carlos Guiterrez di Washington mengecam kerajaan Kanada yang memberi subsidi AS$1.28 bilion (RM4.48 bilion) syarikat balak dan industri perkayuan Kanada.

Subsidi Kapas Amerika Syarikat

Pada Mac 2005, WTO memutuskan bahawa subsidi tanaman kapas AS menyalahi undang-undang persetujuan antarabangsa dan sekiranya AS tidak menghentikan subsidi kapasnya, Brazil berhak mengenakan sekatan perdagangan terhadap AS.

Subsidi tanaman jagung

Pada 24 Januari 2007, Australia, Kanada, Kesatuan Eropah (EU), Argentina dan Brazil membantah subsidi jagung oleh kerajaan AS. AS adalah pengeksport jagung terbesar di dunia dan pada 2006 AS telah mengeksport 50 juta tan jagung.

Yayasan Amanah Perdamaian Antarabangsa (Carnegie Endowment of International Peace - CEIP) di Washington melaporkan Mexico telah kehilangan 1.3 juta pekerjaan di sektor petani kecil sejak 1993.

Kebangkitan ekonomi China dan India

Kemasukan China dan India dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia pada September 2001 yang menawarkan kos buruh termurah menjejaskan daya saing Mexico. Pelabur asing dari seluruh dunia berhijrah ke China dan India.


FTA Malaysia dengan AS

Mulai Jun 2006 , wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Susan Schwab berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas ( FTA). Malaysia merupakan rakan dagang AS yang ke-10 terbesar, dengan AS$44 bilion dalam perdagangan dua hala pada 2005. Para penganalisis dagangan Malaysia meramalkan eksport AS ke Malaysia akan berganda dengan cukai, tarif , subsidi dan sebagaiknya dapat diselaraskan.

Presiden Bush mahu rundingan terhasil sebelum 1 Julai 2007 iaitu sebelum tempoh presiden tamat. Rundingan pusingan ke-5 dijadualkan di Sabah pada bulan Februari 2007. Timbalan USTR ialah Karan Bhatia . Malaysia diwakili oleh Datuk Seri Rafidah Aziz selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Malangnya 1 Januari 2007 ahli kongres kanan Amerika Syarikat ,Tom Lantos yang mewakili California mendesak rundingan FTA dengan Malaysia digantung.

Tom Lantos berang dengan perjanjian gas antara syarikat swasta Malaysia dengan Iran yang bernilai AS$16 bilion (AS$1=RM3.50) .Sedangkan perjanjian itu bukan kerajaan Malaysia tapi sebuah syarikat swasta Malaysia, SKS Ventures dengan syarikat milik negara National Iranian Oil Co. Kerajaan Malaysia tidak terlibat .

Ironinya ialah California yang diwakili Tom Lantos merupakan pengeksport terbesar dari AS ke Malaysia, menghantar kira-kira AS$2 bilion nilai barangan setahun Malaysia.

Perkara yang diliputi oleh FTA

Produk barangan, perkhidmatan, perubatan, hak pelaburan, pemerolehan kerajaan dan hak harta intelektual.

Kesan negatif

  • Perubatan

Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan.

  • Pertanian

Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian. Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian tinggi dan tidak dapat bertani lagi. AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka. Oleh itu, harga tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga tanaman AS yang sangat murah

  • Perkhidmatan

AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran.

  • Pekerja

Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya dikurangkan kepada sifar. Apabila tarif menjadi sifar, barangan yang dikeluarkan oleh AS akan menjadi lebih murah dan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan. Maka banyak kilang kecil dan sederhana tempatan akan kehilangan pasaran dan akhirnya menghadapi kesukaran beroperasi. Selepas itu, banyaklah pekerja kehilangan pekerjaan.

  • Harga Barangan

Di bawah FTA dengan AS, sektor perkhidmatan seperti air, elektrik, telekomunikasi, pengangkutan boleh diambil alih oleh syarikat asing dan beroperasi untuk keuntungan mengakibatkan kenaikan harga dalam perkhidmatan. Contohnya, kilang yang mengeluarkan beras perlukan perkhidmatan elektrik untuk memproses, perkhidmatan pengangkutan dan lebuh raya untuk mengedar barangan. Jika kos perkhidmatan naik, maka harga beras pun akan naik.

Sistem nilai berbeza

Sebarang perjanjian yang termeteri mestilah telus tanpa ada niat terselindung . Sebarang kesan yang melampaui jangkaan mestilah dirundingkan semula dan diketengahkan dari semasa ke semasa.

Para perunding perjanjian mestilah berwibawa, nasionalistik dan tiada sebarang tekanan politik dari luar mahupun dari dalam.

Biasanya sesuatu perjanjian itu pada awalnya manis belaka. Harapan dan niat yang dinyatakan mungkin baik untuk seketika tapi kesan jangka panjang haruslah difikirkan. Lihat kesan perjanjian bekalan air kepada Singapura kepada negeri Johor.

Amerika sendiri tidak senang dengan Islam dan Dasar Ekonomi Baru. Tambahan pula Malaysia mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan

Perlembagaan Amerika membenarkan rakyatnya memiliki dan membawa senjata. Malahan AS pengeluar dan pengekport senjata api. Dasar negara itu kelihatan berat sebelah. Kuasa besar itu mengamalkan 'dasar pre emptif' yang amat berbahaya.

-----------------------------------------------------------------------------------

p/s: Fahami dan sama-sama memahamkan orang lain..




12 March 2007

Tg Adnan Pengecut?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pesan orang tua-tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Maksudnya jika mahu berkata-kata, perlu sedar dan tahu siapa yang ada di sekeliling. Bukan apa, takut-takut terlepas cakap. Bila terlepas cakap, orang tua-tua berkata lagi, terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.

Agaknya Tg Adnan sudah mula uzur dan tua. Bukan aku menilai dari segi usia, tetapi dari kaca mata politik. Sepatutnya Tahun Melawat Malaysia tahun ini digunakan sepenuhnya untuk mengangkat nama baik beliau sebagai Menteri Pelancongan. Fokus kepada apa yang beliau telah lakukan dan sedang lakukan kepada rakyat demi negara. Buktikan kepada PM yang beliau seorang menteri yang bagus.

Tapi, apabila beliau menyerang individu lain (bloggers) secara umum, maka satu kesilapan besar yang sedang dicipta. Apatah lagi serangan berbentuk umum itu berupa fitnah dan tidak mempunyai asas langsung. Sesiapa sahaja berhak (termasuk aku??) untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan. Ini kerana beliau menuduh semua bloggers pembohong.

(Aku tak mahu menjawab soal ramai bloggers adalah wanita kerana itu tidak dapat aku buktikan / nafikan. Soal bloggers ini terdiri dari penganggur lagi la susah nak tahu)

Agaknya Tg Adnan maksudkan bloggers yang berbohong adalah yang menceritakan kepincangan kerajaan. Bloggers yang lantang mengkritik kerajaan yang semakin korup. Mungkin juga ditujukan kepada bloggers yang mendedahkan kisah sebenar BPR di negara ini. Banyak lagi kemungkinan, namun Tg Adnan masih belum bersedia menjawabnya.

Mungkin Tg Adnan tak tahu yang blog banyak kegunaannya. Bukanlah semata-mata untuk mengkritik kerajaan. Ramai suri rumah menggunakan blog / website sebagai medium pemasaran menerusi internet, ruang sembang/gosip, berkongsi resepi, meluah permasalahan keluarga, dan pelbagai lagi guna. Mengkritik kerajaan bukanlah satu keutamaan bagi kebanyakan bloggers.

Aku sendiri pun tak minat untuk mengkritik kerajaan dengan tidak tentu pasal. Kenapa mahu memburukkan kerajaan sendiri jika kerajaan yang ada sudah bagus, telus dan bersih. Tapi, bersih ke kerajaan hari ni? Telus ke? Memang patut pun kalu ramai bloggers dedahkan kebusukan yang ada!

Kenapa la aku ni.. Akhir-akhir ni suka sangat kata kat kerajaan. Asalnya blog ni tak de la nak jadi mcm penulis siber yang lain. Agaknya sebab terlalu banyak kebusukan yang ada menyebabkan aku pun terseret sama. Nasib badan la dapat kerajaan dan pemimpin yang korup!

P/s: Sedap lak usik Tg Adnan ni (walaupun dia x baca pun blog aku! Sebab dia baca blog wanita jer.. heheheh).

----------------------------------------------------------------------------------------
Tg Adnan elak menjawab kecaman blog wanita
12-03-2007 07:33:40 PM

PETALING JAYA: Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bersedia mengulas kecaman yang diterima beliau susulan kenyataannya yang dianggap merendah-rendahkan penulis blog wanita, lapor agensi berita AP hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Cina minggu lepas melaporkan Tengku Adnan berkata "semua penulis blog adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan bermacam-macam cara. Apa yang saya faham, daripada 10,000 penulis blog yang tiada pekerjaan, 8,000 daripada mereka adalah wanita."

Kenyataannya itu yang dilaporkan Sin Chew Jit Poh edisi petang Khamis lepas membangkitkan kemarahan penulis-penulis termasuk blog wanita, antaranya Datuk Paduka Marina Tun Mahathir.

Sewaktu dihubungi agensi berita itu, Tengku Adnan enggan mengesahkan laporan tersebut atau mengulas lanjut.

"Saya tidak ada apa-apa untuk dikatakan buat masa sekarang,'' kata Tengku Adnan.

-------------------------------------------------------------------------------------


Aku Bukan Wanita Penganggur!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Lawak skit tajuk tu. Sebab nak jawab lawak oleh Tg Adnan. Kenyataan keras bilamana dia mengatakan bloggers adalah pembohong! dan 80% dari para bloggers adalah wanita menganggur. Boleh percaya ke Tg Adnan ni?

Bila Menteri buat kenyataan, Sepatutnya kenyataan itu mempunyai sumber rujukan. Bukan membuat kenyataan tidak berasas ini. Menuduh bloggers tidak mahukan perpaduan nasional, dan menimbulkan 'ketakutan' dengan membangkitkan akan berlaku perang saudara, Melayu membunuh Cina, Cina membalas dendan dan membunuh Melayu, orang-orang India pula akan membunuh setiap orang adalah satu tuduhan yang melampau.

Para bloggers bukan penyampai surat layang. Mereka ke depan bilamana hak mereka yang lain dinafikan. Mereka dinafikan hak berhimpun, hak bersuara, hak demokrasi yang adil, dan pelbagai hak rakyat yang dinafikan.

Blog adalah sebagai tempat mereka meluah perasaan. Jika membicarakan di tempat kerja, maka mereka akan dikatakan menyokong pembangkang. Jika secara terbuka tidak boleh, maka secara penulisan adalah salah satu cara yang terbaik di zaman ini. Ini zaman laptop dikelek ke hulu dan ke hilir. Bukan lagi zaman mengigit pen sambil menulis diari. Agaknya sebab wanita suka menulis diari la Tg Adnan membuat kenyataan itu.

Amaran kepada umum supaya tidak mempercayai bloggers juga seharusnya dilihat kepada sejauh mana keberkesanan dan ketelusan pihak media. Seorang menteri sendiri sebelum ini mengatakan hanya sebahagian dari berita di akhbar adalah benar.

Teringat tahun 1998/99 dulu. Pada masa itu wujud pelbagai laman pro reformasi. Berita dan artikel yang di siarkan akan dicetak dan disebarkan merata-rata. Sehinggakan kerajaan terpaksa mengatakan berita di internet adalah palsu. Kini muncul zaman blog. Hampir setiap pengguna internet (pengguna tegar?) mempunyai blog. Walaupun laman-laman pro pembangkang atau reformasi masih wujud, namun kepesatan maklumat memerlukan setiap maklumat disampaikan segera.

Laman pro reformasi sedia ada masih perlu dan mesti dikekalkan. Blog hanyalah jalan paling selamat mengeluarkan idea dan menyebarkannya. Tidak terikat dengan kelulusan webmaster bagi menunggu 'penerbitan'.

Paling tidak, blog adalah jalan mudah dan 'selamat' meluah perasaan untuk dikongsi. Berbanding photostat diari yang tulisan tangannya belum tentu boleh dibaca. Apa-apa pun, kepada semua bloggers, amanah menulis perlu dijaga. Kita akan dipersoalkan terhadap apa yang kita lakukan. Wallahua'lam.

--------------------------------------------------------------------------

Adnan: Bloggers adalah pembohong, 80 peratus dari mereka wanita menganggur

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Hrkh) - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis lalu (8 Mac) menyifatkan kesemua pengendali blog (bloggers) di dalam Internet sebagai pembohong dan 80 peratus dari mereka ialah wanita-wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.

"Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita".

Beliau berkata demikian pada sidang media Jualan Murah GP Malaysia apabila ditanya mengenai tuduhan di dalam blog seorang penyampai TV. Mereka yang hadir pada mulanya terperanjat tetapi kemudiannya tertawa.

Beliau berkata, beliau mungkin akan kehilangan sebahagian pengundi wanita tetapi beliau tidak menarik balik kenyataannya atau membayangkan beliau hanya bergurau.

Beliau berkata, bloggers menyebarkan khabar angin, menganggu keharmonian sosial dan kebanyakan bloggers suka memfitnah dan menipu orang ramai melalui blog mereka.

"Kesemua bloggers tidak mahukan perpaduan nasional. Negara kita berjaya kerana kita bertolak ansur antara satu sama lain, jika tidak, akan berlaku perang saudara, Melayu membunuh Cina, Cina membalas dendan dan membunuh Melayu, orang-orang India pula akan membunuh setiap orang".

Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya jangan mudah mempercayai bloggers dan memperjudikan masa hadapan kita kerana pencapaian kita setelah 50 tahun merdeka bukanlah sesuatu yang mudah.

"Kita mesti menunjukkan sikap yang positif, jika dunia belajar bersikap tolak ansur seperti kita, dunia akan aman, tanpa perang atau perang saudara".

------------------------------------------------------------------------

11 March 2007

Amalan Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

p/s: Kat bawah ni adalah artikel berkaitan dengan amalan Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, kesahihan keseluruhan amalan itu dari Baginda s.a.w akan diteliti dari semasa ke semasa bergantung kepada kelapangan masa. Harap maklum.

Rasulullah bersabda :
"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah"
(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumáat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)


TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan


GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung


TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SubhanAllah Wa Taala


TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga stabilitas hati & kesihatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


copy n paste dari TKO
posted by rieonlinekmn

Jika Guru Kencing Berdiri...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Khamis dan Jumaat lalu 8 & 9 Mac 2007 aku sempat meluang masa untuk pelajar yang agak bermasalah dalam pelajaran dan akhlak bagi sebuah sekolah di Kemaman. Kehadiran aku hanya sebagai fasilitator kepada pelajar-pelajar. Kesemuanya 35 orang pelajar lelaki. Masalah yang disebut-sebut oleh guru-guru pengiring mereka adalah merokok, ponteng dan mempunyai masalah keluarga. Kes yang paling teruk adalah mencabul!.

Bila disebut permasalahan seumpama ini, aku rasa ramai yang menyangka mereka ini adalah pelajar sekolah menengah. Sebenarnya tidak. Kesemua 35 peserta ini adalah pelajar sekolah rendah! Semuanya berumur antara 10 - 12 tahun. Darjah 4 - 6!. Malah ada yang belum bersunat pun lagi!

Lebih dari separuh peserta tidak tahu asas solat, wudhuk dan tidak tahu rakaat solat. Lebih mendukacitakan ada di antara pelajar yang mengakui ada ibubapa mereka juga tidak solat. Secara kasar, kebanyakan masalah berpunca dari rumah. Pergaulan keluarga, suasana rumah, tarbiyyah keluarga dan peranan ibu bapa dalam mendidik. Bayangkan ada pelajar semuda ini tahu yang kakak mereka mengandungkan anak luar nikah dan amalkan seks bebas. Jika seorang kakak mungkin boleh 'dimaafkan', tapi 3 sekaligus!. Parah mendengarnya.

Aku tidak berminat nak ulas perjalanan program, cuma beberapa pemerhatian yang dilakukan adalah:

1. Pelajar ni mengikuti kursus kerana bermasalah seperti merokok, yang menjadi masalah guru-guru pengiring pun ada yang turut merokok di hadapan pelajar. So, bagaimana mahu menjadi contoh yang baik kepada murid?

2. Sewaktu solat berjemaah, ada guru yang tidak bersama-sama dengan pelajar dalam menunaikan solat. Malahan, aku tidak melihat mereka solat pun selepas kami solat. (masa tu solat subuh, x tau la kot-kot dah jama' dengan Isyak!)

3. Penerapan nilai Islam di sekolah amat kurang dan lemah.

4. Ibubapa sebagai ketua keluarga patut memain peranan penting dalam keutuhan dan keharmonian rumahtangga.

Terlalu banyak komen yang boleh diberikan sebenarnya. Tetapi tiadalah gunanya semua komen ini jika penguatkuasaan terhadap institusi pendidikan dan keluarga tidak diambil cakna oleh masyarakat terutamanya kera-jaan yang memerintah.

Cerita ini adalah gambaran sebahagian guru yang tidak bertanggungjawab. Namun masih ada sebahagian yang bertanggungjawab dan sedar akan falsafah perguruan Islam. Tahniah kepada yang bergelar guru dan menjadi contoh yang baik kepada anak didik. Semoga kalian terus berusaha mendidik seterusnya melahirkan generasi pelapis yang BAik dan beriman. Wallahua'lam

Nota:
Itu contoh dalam sebuah sekolah jika cikgu tidak menjadi contoh yang baik. Dalam konteks negara pula bagaimana rakyat mahu menjadi baik jika orang yang diamanah menjaga satu badan yang sepatutnya telus (BPR), turut sama terpalit tahi rasuah itu. Apakah orang yang melantiknya turut mempunyai agenda tersendiri? Renung-renungkanlah...

p/s:Lama rasanya tak mencoret kata di sini. Sibuk tak sangat, cuma masa nak mengadap PC tak ada. Alhamdulillah cuti sekolah ni, ada lah sedikit masa untuk mencoret barang sepatah dua. Itupun kalu aku pandai dan cepat dapat siapkan tugasan yang diberikan..

06 March 2007

Senarai Lagu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ni List lagu yang ada kat blog ni. Nanti kalu aku tambah atau apa-apa, aku maklumkan semula.

1 Suara Firdaus - Semangat Waja
2 Shoutul Amal - Semarak Perjuangan
3 Suara Firdaus - Orang Muda
4 UNIC - Ainul Mardhiah
5 Suara Firdaus - Penangan Zikrullah
6 Soldier Of Allah - They Can't Stop Islam
7 Shoutul Amal - Lagu Tema PAS
8 Shoutul Amal - Amalulillah
9 Rabbani - Intifada
10 Qatrunnada - Pejuang
11 Nahwan Nur - M.A.N.I.S
12 Mirwana - Hikmah Kembara
13 Mawaddah - Terima Kasih Tuhan
14 Saff One - Isteri Solehah
15 Wadi el Jadid - Islam Penyelesaian
16 In Team - Siti Khadijah
17 I Look I See - Your Mother
18 I Look I See - Sing Children Of The World
19 I Look I See - I Am A Muslim
20 Halim Yazid - Anak Tupai
21 Far East - Perantau
22 Amal - Allah Jalla Jalaluh
23 Zain Bhikha - We Are Your Servant
24 Haikal - Epilog Silam
25 Hijjaz - Lukisan Alam
26 Suhaimi - Pesona Zulaikha
27 Sami Yusof - Al-Muallim
28 Mestica - Rahmat Ujian
29 Hijjaz - Belaian Ibu
30 We Are Your Servants
31 UNIC - Balqis
32 Hijjaz - Aku Hanya Umar
33 Dehearty - Permata Yang Dicari
34 Saujana - Suci Sekeping Hati

p/s: Ada yang rasa nak tambah? Nanti ada masa aku linkkan untuk download.. tapi takat ni x sempat lagi nih..

05 March 2007

A POLI SOS BUD EK

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pernah dengar perkataan A POLI SOS BUD EK? Pelik ke? Tak ada laa. Pelik mungkin sebab kita tak biasa menggunakannya. Agak-agak korang la kan, bahasa ape ni? Jepun tak mungkin gini. Perancis, ada la dekat-dekat bunyi gini kan. Arab? Ish mengarut laa. Kalu nak tahu, ni adalah perkataan dari Bahasa Melayu jugak! Tak percaya, meh nak cerita..

Sebenarnya perkataan APOLISOSBUDEK ni adalah singkatan kepada beberapa perkataan. Penggunaan yang hampir sama seumpama kita menghafal warna pada pelangi . Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, dan Ungu akan dihafal dengan "Michael Jakson Kata Harimau Bintang Itu Unta" dengan mengambil permulaan huruf untuk dijadikan ayat yang lain bagi memudahkan ingatan.

Tapi kat sini bukan nak ajar mudahkan ingatan, tapi nak ajar sesuatu yang baru atau pelik mampu menarik minat orang lain untuk lebih tahu. Ni kaedah pengucapan awam atau teknik penarikan yang aku dapat semasa ikuti satu kursus baru-baru ni. Penyampai ceramah ni Drs Zainudin Awang Hamat, BBC Kerajaan Kelantan.

APOLISOSBUDEK tu adalah singkatan kepada Agama, POLItik, SOSial, BUDaya dan EKonomi. Masih tak faham cara menggunakan perkataan ni? Andaikan mula ceramah / berucap, cakap la pada hari ni saya nak berucap pasal APOLISOSBUDEK. Maka ramai la yang akan melopong untuk mendengarnya. So, itu jer satu ilmu untuk dikongsi. Kalu rasa bermanfaat, ambik. Tak suka atau rasa bodoh, abaikan. Wallahua'lam.

p/s: Lenguh tangan sebenarnya nak taip. Agaknya sebab 'tersalah' semasa terjun tarzan masa mandi sungai tu laa. huhuhuhu

Mereka yang di Boikot..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Mulanya aku terbaca berita ni sebagai berita Makcik Rosnah je. Rupa-rupanya ada lagi berita lain pasal mereka yang diBoikot!. Ingat lagi kes Roti Hi5?. Aku cukup bangga bila lihat roti Hi5 terus tidak di usik di atas rak kat kedai-kedai. Cuma ada la 2 3 orang yang terambil sebab tak perasan / tidak sensitif dengan isu yang melanda roti Hi5 ini sebelum ni. Aku yang jarang-jarang beli roti pun selalu je nyaris-nyaris terlupa yang aku dah BOIKOT Hi5! Tapi takat ni selalu je tersedar masa pegang.

Pada aku, apa pun isu sebenar Hi5, kesan boikot yang ditunjukkan oleh masyarakat amat berkesan. Aku sebelum ini hanya menjangkakan boikot ini tidak berpanjangan, tetapi bila akhbar semalam menunjukkan Hi5 membuat promosi 'kempen derma buku', maka teringatlah zaman akhbar-akhbar lain juga diboikot. Walaupun seketika, namun tekanan yang diberikan mampu membuatkan pemilik /pengusaha tu berfikir panjang!

So, teruskan jer Boikot High 5 dan SilverBird! dan Makcik Rosnah! :)

---------------------------------------------------------------------------------

Rosnah tidak adil pada diri sendiri – Zahid Hamidi

SHAH ALAM 3 Mac - ‘‘Bukan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak adil, dia yang tidak adil pada dirinya sendiri.”

Demikian tegas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kenyataan balas pelakon Rosnah Mat Aris, 52, yang digantung daripada muncul pada mana-mana rancangan siaran RTM dalam tempoh setahun ekoran kontroversi dalam rancangan Sensasi terbitan TV3, baru-baru ini.

Menurut beliau, Rosnah perlu memikirkan semula apa yang telah diperkatakan sehingga mengakibatkan tindakan tersebut sebelum mengeluarkan komen mengatakan RTM tidak adil.

‘‘Saya tidak mahu cakap banyak mengenai perkara ini cuma saya hendak nasihatkan kepadanya, lain kali ‘insurans’ mulut tu sikit,” tegasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smarts Kids Books for High 5 Bread - Kempen Menderma Buku Untuk Komuniti Bestari di kilang Silver Bird di sini hari ini.

Tindakan menggantung pelakon tersebut daripada muncul dalam rancangan RTM diputuskan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin bersama Jabatan Penyiaran dalam satu mesyuarat Khas yang diadakan kelmarin.

Ekoran keputusan itu, Rosnah mengeluarkan kenyataan bahawa RTM tidak berlaku adil kepada dirinya kerana kesalahan yang dilakukan adalah terlajak kata dan bukannya kesalahan daripada segi perbuatan.

Mengenai program menderma buku usahasama Smarts Kids, Silver Bird dan Kementerian Penerangan itu pula, Zahid berkata, projek tersebut amat baik bagi memupuk amalan membaca di kalangan kanak-kanak selain memberi peluang kepada insan yang memerlukan untuk mendapat bahan bacaan seperti masyarakat di luar bandar.

Dalam program itu, orang ramai dijemput untuk menyumbangkan buku terpakai yang bermutu di kaunter serahan yang dibuka di pusat membeli-belah yang terpilih di mana untuk setiap tiga buku yang diterima, penyumbang akan mendapat dua buku roti High 5 Nutri White.

Projek masyarakat tersebut turut dijayakan oleh akhbar Utusan Malaysia, KOSMO!, RTM, China Press dan KL Monorail.

------------------------------------------------------------------------

p/s: komen pasal arkbar ni sebab aku tak der idea nak menulis + tengah bz. Tapi nak tunjuk yang blog ni hidup, maka aku terpaksa berbuat sesuatu bagi 'menyerikan' blog ini dari terus sunyi. Nanti-nanti je la ada masa aku tulis sajak ke, pantun ke plak.. jaga diri, hiasi peribadi! :)

02 March 2007

Aku kata doh!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Khir Toyo apa masalah la tak nak terima kajian pelajar berisiko tinggi aritu. Dah aritu dia serbu rumah urut pun dia tau ada budak tunggu SPM keje sementara kat umah urut. Dah tu, dia nak anak dia jadi 'bahan kajian' jugak baru nak percaya??

Aku pun tak nak kata setuju 100%, tetapi masih boleh menjadi rujukan bahawa terlalu teruk apa yang berlaku sekarang ni dalam masyarakat kita. Malam tadi duk pusing-pusing KT pun tertengok 2,3 pasang remaja berpeluk atas motorsikal. Aritu pernah bising nak ambik tindakan kepada pasangan yang tak kawin naik motor bersama. Sekarang dah senyap. Walhal naik motor ni lagi jelas berdua-duaan.

Sukati kau la Khir. Kalu kau nak kajian tu semua pelajar bermasalah tu solat, taat ibubapa, kau je buat sendiri. Lagi senang. Tak de la kau tak setuju lagi ngan orang lain.

p/s: Agaknya Khir Toyo ni terasa ditekan kot. Makin banyak serangan dari media kepadanya. TV3 pun akhir-akhir ni turut menyerang negeri Maju Khir. Tak lama dah tuu..

----------------------------------------------------------------------

Kajian remaja UKM tidak tepat: MB Selangor
02-03-2007 12:33:30 PM

SHAH ALAM: Laporan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks adalah tidak tepat, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

"Itulah yang kita lihat satu tindakan yang ambil mudah sahaja dan akhirnya akan timbulkan kekecohan dan masalah... jadi saya tak gembira dengan kajian tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Carlton Holiday di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai hasil kajian yang dijalankan pakar psikologi kanak-kanak dan remaja dari UKM Dr Khaidzir Ismail melalui "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi Atau Bermasalah".

Kajian itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan Selangor yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.

Katanya setelah beliau meneliti hasil kajian itu sendiri dan menerimanya daripada pengkaji tersebut didapati ada beberapa fakta seperti jumlah populasi penduduk di negeri ini tidak selari dan tidak tepat serta tiada definisi tepat mengenai perkataan "seks" dalam penghuraian kaedah kajian itu.

"Dia sepatutnya kena bincang dengan kita dulu sebelum buat kajian itu... dia punya jumlah penduduk pun tak betul... muka surat pertama tulis 4.1 juta, muka kedua pula kata 4.7 juta... tu belum buka muka surat ketiga lagi.

"Dan soalan mengenai seks... ada orang kata tersentuh mulut dah buat seks ...dan laga hidungpun dah seks... jadi kita kena tengok... definisi seks pun tak betul," katanya.

Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember tahun lepas itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.

Kajian itu juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

"Laporan itu bukan kita punya... dia buat kesimpulan sendiri jadi terpulang pada dia," kata Dr Mohamad Khir. BERNAMA

01 March 2007

Akhirnya...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aritu saje la test hantar email pembaca kepada harakahdaily.net. Dah lama hantar, semalam baru nampak 'diterima'. Artikel tu sama je ngan apa yang aku letak kat blog ni. Cuma terpaksa aku susun ayat yang agak skema skit. Sesuatu yang aku susah nak buat. Hehehe.

klik

Semalam aku sebut nak tunggu jawapan pak menteri pasal kes seks bebas tu, hari ni DS Rais Yatim sudah mula bersuara. Tengok dalam Roslan SMS punya blog. Aku try cari artikel yang dimaksudkan dalam utusan melayu online, tapi tak jumpa. Besok jugak baru ada kot.

p/s: Saje hilangkan mengantuk jer sambil-sambil buat kerja. :)