23 May 2010

Kartunis Ujang dan Facebooknya..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Sejak mempunyai akaun Facebook, aku sebenarnya semakin jarang meng'update' blog. Aku lebih suka mengintai-ngintai pandangan ramai tentang pelbagai perkara di FB sahaja. Berbanding blog, pengguna FB jauh lebih ramai dan lebih selesa melontarkan pandangan. Kerana selesanya melontarkan pandanganlah baru-baru ini ada beberapa pihak telah dilaporkan kepada polis kerana melakukan kesalahan 'bergurau' di FB.


Kali ini aku suka untuk kongsi tentang Kartunis Ujang dan Facebooknya. Gambar di atas mengikut kata kartunis Ujang adalah dilukis oleh anak beliau. Dengan menampal gambar ini pada wall, kartunis Ujang bertanyakan pendapat rakan-rakan FB apa yang tersirat di sebalik lukisan tersebut.
ANAK BUJANG DEN LUKIH PAKAI KOMPIUTE...NAMPAK MACAM ILUSTRASI PASAL WOLKAP...TOMPI PONEK DEN MIKEYAN APO MAKSUD EY...KOK EKAU TAU TOLONG LA TAPSIR AN KEK DEN...NAK TANYO KEK DIO SOGAN LAK GHASO EY`
Ramai juga yang memberi komen tentang gambar tersebut. Namun, semuanya memberi maksud yang tidak tersirat dan lebih menjurus kepada Bola Sepak Piala Dunia sahaja. Paling jauh menafsirkan gambar tersebut adalah anak Ujang mahu pergi melihat Bola Piala Dunia. Mungkin bila melihat tiada yang bersuara menepati kehendaknya, maka Ujang mengulas gambar tersebut melalui pandangan beliau.
Eden mombayangkan ghimau yang main bola tu iolah Makhluk yang monghalalkan lesen judi sodang bomain dongan hukum.(Bola tu molambangkan hukum agamo yang di sepak-sepak)~dan ghimau tu bokuaso/gaghang/takdo bolas kesian dan pembongih...kok lawan yo mampuih kito di caka ey.
yang baju bighu tongah cubo nak ghobut bola tu..kojap laie kono kunyah la tu.
Judi tu macam ghimau la....kok monang kono baham..kok kalah pun kono baham....pendek kato sumo kono. Tu pado pandangan den la. Kok salah jangan la maghah lak..den cumo bopikey.
Tiba-tiba aku teringat sindiran-sindiran di Majalah Lanun suatu ketika dahulu.. Apapun, tahniah untuk Kartunis Ujang kerana berjaya memanfaatkan ruangan FB dengan baik.

Wallahua'lam.

No comments: