Aku tidak pasti samada kisah yang aku cuba coretkan ini ada kaitan dengan Lesen Judi yang telah diluluskan atau tidak. Aku juga tidak pasti samada kisah aku ini mampu memberi impak atau tidak kepada kaki judi di luar sana. Namun, apa yang aku mahu kongsi di sini adalah satu kisah dari catatan hidup aku yang pernah menjadi kaki judi. Cuma aku tidak pasti samada aku ini layak digelar Raja Judi atau tidak.
Aku tidak pasti sebenarnya sejak bila aku mula terjebak dengan aktiviti judi ini. Cuma, setakat yang aku ingat, bilamana aku mula pandai ke kedai runcit di kampung aku, aku tertarik dengan hadiah-hadiah permainan 'tikam' yang dipamerkan. Ketika itu manalah aku tahu itu adalah satu bentuk judi.
Apa yang menarik tentang aku dan judi 'tikam' ini adalah, aku jarang mendapat kehampaan. Oh, sebelum itu aku perkenalkan bagaimana permainan 'tikam' ini untuk generasi baru yang mungkin tidak berkesempatan menjadi kaki judi seperti aku dulu.
Contoh mudah yang ada pada zaman sekarang adalah seperti 'kad gores dan menang'. Walaupun itu bentuk penipuan yang lain, begitulah sistem tikam ini. Kita beli satu kad (kertas kecik je dan berlipat) dengan harga 10 Sen, kemudian kita buka sahaja kad tersebut. Di dalamnya ada nombor hadiah yang dimenangi, atau mungkin juga lambang tertentu yang menunjukkan kita 'menang'. Bawa kad tersebut kepada tuan kedai, dan kita akan diberikan hadiah.Jika tiada hadiah dimenangi, di dalamnya tercatat TERIMA KASIH.
Banyak juga aku mendapat ucapan 'terima kasih'. Namun, kerana tertarik dengan hadiah yang tergantung, biasanya akan dicuba lagi. Antara hadiah yang disediakan adalah barang permainan dari sekecil-kecil permainan, sehinggalah yang agak besar. Ada kalanya hadiah berupa wang tunai. Namun jumlahnya hanyalah setakat 20 sen hingga 50 sen. Jumlah tersebut sudah cukup membuat diri rasa beruntung pada ketika itu.
Antara hadiah yang paling aku ingat adalah permainan Monopoly. Hadiah itu cukup bermakna bagi aku kerana ianya merupakan titik penamat aku dengan permainan judi 'tikam' tersebut. Oleh kerana hadiah tersebut tidak boleh dimainkan berseorangan, aku telah mengajak abang-abang aku untuk turut sama bermain. Di situlah terbongkar rahsia aku dapat hadiah tersebut hasil judi 'tikam'.
Dari peristiwa itu juga aku tahu bahawa judi 'tikam' itu adalah HARAM melalui abang-abang dan mak aku. Alhamdulillah, aku berjaya tidak memandang lagi papan 'tikam' apabila pulang dari sekolah selepas itu. Wallahua'lam.
Moral: Aktiviti judi tidak menguntungkan si penjudi. Pihak yang untung adalah tauke judi.
Nota: Kedai yang aku biasa beli permainan judi 'tikam' tersebut adalah seorang AJK UMNO Cawangan Kampung aku. Hehehe. Apapun, dia tidak terlibat dengan meluluskan Lesen Judi Piala Dunia. Cuma dia mengundi parti yang meluluskan Lesen Judi.
2 comments:
yang sedap jadi tokey tikam..
modal 5 ringgit..
untung 10 ringgit.. hehe..
yang selalu buat bende ni.. aso-aso dekat Kuala.. wakaka
>>> agen poker <<<
************************************************
>>> agen domino <<<
************************************************
>>> bandar poker <<<
************************************************
>>> bandar domino <<<
************************************************
>>> bendera poker <<<
************************************************
Benderapoker BANDAR POKER ONLINE DAN AGEN DOMINO QIU QIU TERPERCAYA DI INDONESIA
Pin BBM : D1FB4EC6
Tel/ WA : +855.962.071.913
Livechat : www.benderapoker.com
Raih kemenangan judi online anda bersama kami sekarang juga, dan rasakan sensasi permainan Player Vs Player 100% dan dapatkan jackpot yang sangat mudah hanya di Benderapoker .. :)
Post a Comment