23 July 2009

Sudahkah anda mempunyai T-Shirt MANSUH ISA ?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Antara persediaan awal untuk turun ke Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini adalah baju hitam. Lebih baik sekiranya baju itu seragam dengan logo atau kata-kata yang menunjukkan maksud ISA mesti dimansuhkan. Aku percaya kini sudah banyak baju-baju MANSUH ISA berada di pasaran sekeliling kita.


Tilam Balqis juga jadi background

Ini adalah baju yang aku dapatkan dari Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Saudara Wan Faizul Wan Abbas. Baju ini dijual untuk kroni dengan harga RM10 sahaja. Aku tidak pasti adakah harga sama juga akan dijual untuk bukan kroni.


Pandangan depan

Kepada kroni-kroni aku yang mahukan baju sebegini, leh dapatkan dari aku sementara stok masih ada dengan harga RM10. Size yang masih ada XXL- 3 helai sahaja lagi. Lain-lain saiz yang XL, L dan M masih agak banyak.


Belakang (Tapi kenapa KEJAM? Aku rasa sepatutnya ZALIM!)

Apa lagi yang perlu aku cerita tentang ISA?

Wallahua'lam.

4 comments:

nasikerabupetro said...

macam kenal je design tu...
patutnya, ana tunjuk dulu ke anta owk?
anta kan pengkritik yg baik... :)

amdang81 said...

Haa.. tu la pasal. Jauh beza ZALIM dengan KEJAM ni.

ZALIM ni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. ZALIM la ISA tu.

KEJAM ni camne nak explain ek??

Ana ni pengkritik yang baik ek? Patut la x layak jadi pengkritik RANCANGAN REALITI TV. Sebab baik. Heheheh

abu muaz said...

Sama je harga tuu... sepuluh rial belaka... bukan nok untung sangat tu....

Anonymous said...

Amdang bleh tak spare kan untuk saya satu helai..nanti di Masjid jamek kita jumpa. Saya akan pakai vest hitam yang tertera lambang media tapi bukan arus perdana punyer paper la..