21 June 2009

Krisis dalam PAS: Siapa yang Gembira?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tulisan ini bukan untuk UMNO. Bukan untuk Najib, Muhyiddin mahupun Hishamuddin. Tulisan ini untuk PAS, untuk Tuan Guru Presiden, untuk Timbalan Presiden. Tulisan ini juga untuk Tuan Guru Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am. Juga untuk semua AJK PAS Pusat, AJK Perhubungan Negeri dan AJK Peringkat Kawasan. Tidak lupa untuk semua kepimpinan di peringkat cawangan. Pendek kata, tulisan ini untuk semua ahli PAS, penyokong dan pendokongnya.

Tulisan ini bukan mahu mencari siapa benar dalam isu yang melanda pimpinan. Tulisan ini juga bukan mahu membuka siapa benar dan siapa salah. Tapi tulisan ini mahu mengingatkan samada yang benar, mahupun yang salah, apa yang kita sedang hadapi ini perlu diinsafi dan perlu dimuhasabah kembali.

Aku percaya sesiapa sahaja yang mengikuti tarbiyyah, memahami PAS dan bersama dalam PAS dengan ikhlas akan merasa sedih dengan apa yang berlaku. Tidak kira dia berada di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor mahupun berada di Selangor. Tidak terlepas di Kedah, Perak, Penang dan seluruhnya di Malaysia ini sewajarnya berasa sedih dengan apa yang sedang dihadapi dalam jemaah kini.

Namun, di sana ada satu pihak yang bernama UMNO sedang bergembira dengan apa yang berlaku dalam PAS ini. Gembira UMNO mungkin gembira sepertimana syaitan berjaya menyesatkan manusia. Mungkin UMNO merasa suatu kemenangan dengan isu dan permasalahan ini berjaya dibelit-belit di kalangan pimpinan PAS.

Kita tidak pelik dengan gembiranya UMNO. Kita tidak pelik jika UMNO merasakan mereka tiba-tiba mendapat suatu kemenangan dalam memecah-belahkan pimpinan PAS. Kita tidak pelik kerana UMNO adalah musuh PAS. UMNO gembira PAS berpecah dan dilihat lemah.

Apa yang pelik, selain UMNO dan sekutunya, ada pihak di dalam PAS merasakan krisis yang berlaku ini suatu KEMENANGAN juga buat mereka. Mereka tidak melihat apa yang berlaku ini sebagai sesuatu yang menyedihkan, tetapi adalah sebaliknya! Pada mereka, ini suatu kegembiraan, suatu kemenangan dan suatu perjuangan.

Malapetaka yang besar bagi PAS jika wujudnya golongan sebegitu. Jika ianya wujud di peringkat penyokong kecil dan ahli biasa-biasa, mungkin ianya tidak terlalu teruk. Jika ianya wujud pada peringkat pimpinan pertengahan, pimpinan negeri dan pimpinan Pusat, maka marilah sama-sama kita doakan agar pimpinan-pimpinan kita itu diberi kesedaran.

Wallahua'lam.

p/s: Ada yang mengatakan ada rakan-rakan blogger yang menyampaikan 'kegembiraan' pimpinan tertentu. Malang lah rakan blogger tersebut dan marilah kita juga doakan mereka kesedaran.

5 comments:

SearchForHeaven said...

Kita sependapat bro.. apa cerita? anak dah besar? kim salam kat bro siput. hehe

amdang81 said...

anak mesti la makin besar.. cuma lum leh jalan lagi. Kalu balik KT bgtau la. leh jumpa2.

Bulan Penuh 2012 said...

Salam ziarah,

Terima kasih.

Bulan Penuh 2012

arulz_adnan said...

jika benar..bersamalah doa agar di beri jalan dan petunjuk...mehnah dakwah..pelbagai ranjaunya..

amdang81 said...

terima kasih rantong atas peringatan.. Tulisan tu pun suatu peringatan kepada sesetengah golongan.

Wallahua'lam