Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Mungkin ini adalah suatu persoalan dan perkara yang diperkatakan selepas Muktamar Tahunan PAS kali ke 55 yang telah seminggu lebih berlalu. Apatah lagi bilamana Dato' Mustafa Ali atau lebih dikenali dengan Cikgu Pa telah dipilih sebagai Setiausaha Agung PAS. Dewan Ulamak memperlihatkan Dato Ustaz Harun Taib memegang Ketua Dewan Ulamak, manakala Ustaz Azman Shapawi pula berada pada tempat ke dua pemuda PAS Pusat. Ajk PAS Pusat pula memperlihatkan 2 orang pimpinan PAS Terengganu berjaya mendapat tempat di hati perwakilan iaitu Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Dr Syed Azman.
PAS Kelantan yang diperintah PAS sejak beberapa penggal lalu pula memperlihatkan perkara sebaliknya. Kekalahan Dato' Husam Musa di kerusi Timbalan Presiden, dan beberapa pimpinan PAS Kelantan turut tewas di kerusi Naib Presiden dan AJK PAS Pusat dikatakan dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Aku tertarik dengan pandangan Khalid Samad yang menggambarkan walaupun 'orang Kelantan' tidak terpilih dalam muktamar tersebut, namun YB-YB Kelantan seperti Ustaz Nasarudin Md Isa, Dr Hatta dan sebagainya tetap terpilih.
Sebenarnya, jika dilihat kepada pimpinan PAS Pusat selama ini telah lama dipegang oleh kebanyakan pimpinan dari Terengganu. Selain TG Presiden PAS adalah orang Terengganu, Ketua Pemuda PAS Pusat sebelum ini cukup lama dipegang oleh Cikgu Pa dan Ustaz Abu Bakar Chik. Ustaz Harun Taib juga sudah lama berada di peringkat pimpinan Dewan Ulama dan menjadi Ajk PAS Pusat.
Ini sebenarnya berbeza dengan pimpinan Kelantan yang dilihat lebih banyak menumpukan masa di dalam negeri. Sejak dulu lagi, walaupun PAS Kelantan punya ramai YB samada di peringkat DUN dan Parlimen, namun mereka tidak menonjol di peringkat Pusat. Dalam pemerhatian aku, hanya Husam Musa sahaja yang dilihat agak ke depan di peringkat Pusat berbanding pimpinan PAS yang lain di Kelantan. Aku melihat Husam bukan ditolak, tetapi mungkin lebih wajar jika kerusi Naib Presiden dipertahankan.
Dikatakan PAS Kelantan mempunyai satu dasar yang amat menekankan wakil rakyat supaya tidak terlalu kerap berada di luar kawasan. Ini bagi memastikan rakyat senantiasa didekati dan sentiasa merasakan wakil rakyat mereka cakna terhadap rakyat. Mungkin.
Secara kesimpulannya, aku kira apalah salahnya jika pimpinan PAS Terengganu yang diamanahkan itu membantu memperkasa PAS di peringkat Pusat di saat ramai pimpinan negeri lain terpaksa menjaga negeri masing-masing. Jangan kerana menang di negeri masing-masing dirasakan sudah terlalu handal berpolitik. Jangan sampai kita angkuh. Jangan sampai kita takbur. Wallahua'lam.
Nota: Tulisan ini tidak bermaksud menafikan sumbangan besar pimpinan PAS dari lain-lain negeri. Cuma aku memberi pandangan dari sudut Terengganu yang 'dikecam' seolah-olah apabila kalah adalah haprak dan tidak berguna.

4 comments:
memang haprak dan tak berguna,
tunjukkan kemampuan d negeri dulu, baru di Pusat.
Sekarang cuba pegang pula PAS Pusat untuk hancurkan PAS macamana mereka hancurkan Terengganu.
Ajer gile semua ahli PAS Trengganu yg menykong UG.
yang menang PAS di semua negeri masa ni bila org Ganu yang pegang PAS di PUSAT. TGHH & CG PA ( Pgrh PR)
Jgn lupa Cg Husin menang TPengerusi Tetap , Ustaz Hamdan Pengerusi tetap Dwn Ulama. Datuk Husin AJK Dwn Ulamak tertinggi.
kepada wajwaj.
Kalau anda bukan orang UMNO, anda adalah orang yang kononnya sokong PR tapi untuk kepentingan tertentu. Kenapa timbulkan UG lagi? Tak baca berita? Tak faham cakap Melayu? Tak pernah baca Harakah atau akhbar-akhbar rasmi PR? Siapa yang nak buat UG? Jawablah...
Kepada semua pendokong Islam, tidak kira siapa pemimpin anda, taatilah mereka. Jadilah golongan soddiqin dalam perjuangan. InsyaAllah usaha anda tak akan sia-sia.
Kenapa timbulkan UG lagi? Dah berak kat jalanan tak nak mengaku.
Harakah? Pengerusinya Mustapha Ali.
Skrg Kelab Penyokong PAS kata yang pro UMNO ni jgn dtg berkempen di Manek Urai. Mereka tak suka sbb dah mencelarukan keadaan. Pimpinan PR pun tak suka mereka dtg. Sbb golongan ini yang menyebabkan masyarakat dah tak percaya kpd PR.
Ahli PAS tulen juga tak suka pimpinan PAS Pusat. Buktinya 60% menolak calon UG, Nasharuddin Mat Isa yang dah masuk dalam kelambu UMNO satu ketika dulu.
Pimpinan PAS yang ada hanya dpt sokongan dari kumpulan pro-UMNO mcm tokeh laman blog ini.
Jika dtg juga nak sibukkan muka dlm kempen2 PAS, ahli2 PR mungkin akan hadiahkan kasut terbang.
Post a Comment