11 September 2007

Keganasan Polis Menjelang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ramai yang menyifatkan keganasan polis yang berlaku di Terengganu sebagai sungguh tidak beradab dan tidak patut berlaku. Ramai yang membaca akhbar tidak puas hati dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Berita akhbar dan TV hanya menyebut berlaku rusuhan telah memberi gambaran yang sungguh menakutkan rakyat. Bukan takut dengan berita yang dilihat mahupun dibaca, namun takut dengan sikap media yang tidak bebas dalam melaporkan berita. Bayangkan akhbar dan TV begitu susah dan teragak-agak mahu melaporkan adanya pihak polis yang melepaskan tembakan dan mengenai 2 orang pemuda yang mahu menghadiri ceramah (bagaimanapun ceramah BERSIH dibatalkan pihak polis). Kenapa mahu disembunyikan FAKTA terbabit? Kenapa takut jika rakyat tahu polis SELAMBA sahaja menggunakan PELURU HIDUP terhadap rakyat yang tanpa memegang apa-apa senjata??

Seganas-ganas polis, semuanya kesan pemerintahan UMNO dan BN. Ada yang mahu menafikan? Apa polis mahu nafikan arahan UMNO dan BN yang mahukan ceramah terbabit dibatalkan dan diganti dengan SERANGAN kepada pengunjung yang hadir?? Sehingga hari ini polis belum maenafikan perkara ini. Cuma Najib sahaja yang awal-awal lagi takut dan mengatakan semuanya tiada kaitan dengan kerajaan.

Sebetulnya aku tidak mahu bercerita soal kejahatan polis, cuma aku suka kongsi link ini untuk kebaikan bersama. Terutamanya sempena hampirnya Ramadhan Al-Mubarak. Puasa bukan makna rehat dari perjuangan, ibadah pula bukan hanya di atas sejadah. Jangan kita menjadi orang yang mengecilkan makna ibadah dan menyempitkan Islam dari sudut yang salah. Teruslah puasa, teruslah perjuangan, teruslah tadarrus mahupun terawih dan Qiam, tetapi bukan bermakna kita harus berhenti dari membongkar segala bentuk kezaliman, penindasan dan pembaziran yang ada . Cuma harapnya setelah semua SYAITAN diikat, maka tiada lagi sifat membazir syaitan dalam diri, tiada lagi sifat pemarah syaitan dalam hati dan tiada lagi sifat membenci dan dengki sesama sendiri. Bencilah kerana kejahatan itu Mungkar, kezaliman itu mungkar dan pembaziran itu mungkar!!

SELAMAT BERPUASA!!

Wallahua'lam.

Download risalah 1 PDF

Download risalah 2 PDF

Thanks kepada Pemuda-pemuda Suci dari Gombak atas risalah ini.

No comments: