20 January 2007

Langkah Pertama 1428H

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tahun Baru 1428H ini bermula dengan agak perlahan. Maksudku, selesai bacaan doa awal tahun selepas solat maghrib semalam, tindakanku masih tidak menunjukkan aku berazam berbuat sesuatu secara drastik. Perlahan, bahkan kadang-kala terfikir yang amat lemah!. Memang ada Rasulullah berpesan supaya tidak berbuat sesuatu dengan sekaligus, tetapi biar sedikit asalkan berkekalan. Tapi, jika direnung kepada perencanaan dalam kepala, seolah-olah tiada azam. Teruknya!

Seorang kawan bertanya, apa azam Tahun Baru 1428H? Kahwin!. Aku jawab. Senyum. A'ah ni leh jadi azam tahun ni kot. Serius atau tidak, tercapai atau tidak semuanya terletak pada usaha aku. Tinggal lagi kuasa Allah dalam menentukan panjang umur, dan sebagainya. Tu azam. Aku rasa tak salah untuk aku letakkannya sebagai azam. Lagipun perkara baik, insyaAllah dipermudahkan. Itu kata seorang kawan yang sudah berkahwin. Yang penting, kena azam betul-betul kata dia. Simpan la sikit-sikit dulu duit tu. Aku senyum. Senyum yang hanya aku faham makna senyumanku. (kalu korang senyum, tu maknanya korang tak faham apa-apa! heheheh)

Apa langkah untuk kahwin? Kumpul duit, duit, duit duit dan duit! Fuhh macam tak larat jer mendengarnya. Ini yang tercatat dalam satu laman web (lupa nama) yang membuat kiraan budget untuk ke arah menjelang hari perkahwinan adalah dalam RM15 ribu. Tu jika belanja yang agak sederhana. Hantaran 5 ribu, belanja kenduri kahwin 5 Ribu jugak. Lain-lain 5 ribu lagi. Betul ke nak kahwin kena ada duit? Duit pelengkap je kot. Pelengkap kepada terjadinya perkahwinan. Ntah laa.

Perkara penting juga yang aku kira perlu disiapkan tentulah diri. Persiapkan dengan ilmu kekeluargaan. Asas agama yang perlu. Kalu lelaki tentulah amat penting kerana menjadi ketua keluarga nanti. Melihat kepada kes-kes yang terjadi dalam masyarakat amatlah menakutkan. Cerai berai, porak peranda, kes-kes yang luar biasa pelik. Pelik dan gila tetapi benar-benar berlaku. Anak-anak tunggang-langgang tak tahu ke mana. Takut dah menyedihkan. Semuanya kerana duitkah? kerana kurang agamakah? tak cukup kasih sayangkah? salah mak? ayah? kerajaan? masyarakat?

Seorang kawan persoalkan keperluan wanita bekerja pada zaman sekarang. Dengan situasi masyarakat yang porak peranda, sepatutnya wanita lebih perlu menjaga anak di rumah. Bekerja seadanya mengikut keperluan. Bukan kehendak yang mahukan macam-macam. Kadang-kadang gaji tak seberapa pun, malah lebih mahal mengupah pengasuh dari gaji yang diterima. Tapi kerana merasakan perlu bekerja, maka digagahi juga bekerja sehinggakan anak membesar dengan tangan dan 'susu' orang lain.

Kesimpulan, cari duit, kahwin dan tahulah masalahnya! :)

p/s: Kawin tu kena la ada calon. Preity Zinta leh ke? Sesuai ke?

No comments: