12 January 2007

Satu Muhasabah..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Terfikir-fikir apa yang nak dikongsi setelah 2 hari bersama-sama sahabat dari sebuah IPT dari KL pada minggu lepas. Banyak pengalaman yang menarik untuk dikongsi sebenarnya. Apatah lagi bilamana melihat peserta siswi melebihi peserta lelaki dengan perbezaan yang amat ketara. Peserta siswi lebih kurang 70-80 orang dan siswa hanya 7 orang sahaja. Mujurlah urusetia lelaki yang agak ramai mampu mengimbangi kekurangan itu. (walaupun hakikatnya memang golongan lelaki dah tak ramai kot?)

Bersama-sama golongan 'ahli perubatan dan sewaktu dengannya' ini amatlah menyenangkan. Segala kerjasama yang diberikan amatlah baik. Walaupun kebanyakan urusetia dan peserta tidaklah mempunyai jarak umur yang terlalu jauh, namun semangat untuk mengikuti segala aktiviti, LDK dan pengisian yang ada amatlah tinggi mengatasi segalanya. Aku yang jarang-jarang mengikuti program pun turut seronok apabila ada beberapa modul berbentuk 'terapi perubatan' diperkenalkan.

Satu aktiviti yang memerlukan peserta membuat wau amat menggelikan hati. Bayangkan bilamana semua peserta perempuan dalam satu kumpulan, tiada pengalaman bermain wau atau layang-layang mahu membuat wau / layang-layang. Mungkin juga ada di antara mereka ini tidak pernah menyentuh layang-layang. Layang-layang biasa yang berkerangka "t" telah dibentuk menjadi kerangka mengikut bentuk segiempat biasa. Seolah-olah membuat kerangka rumah! Ini tidak termasuk pelbagai idea kreatif bagi membentuk beberapa bentuk wau yang berbentuk rama-rama dan ada yang 'tiada rupa' langsung. :)

Jungle Treking yang dirancang di hari terakhir program terpaksa ditangguh kerana hujan lebat. Agak terkilan sebenarnya kerana aku dan Amir telah penat membuat trek pada hari sebelumnya. Pada aku, bukan terkilan kerana tiada jungle treking, tetapi kepenatan yang kami rasa semasa membuat trek itu tidak dapat dirasai oleh orang lain. Memang penat kerana aku sendiri sudah lama tidak bersenam mahupun joging. Aktiviti luar yang terakhir yang aku lakukan hanyalah kira-kira 3 bulan lepas. Itupun jungle treking dengan trek hanya sekitar 30 minit tanpa henti. Sedangkan trek ini 2 jam tanpa henti dan terpaksa mendaki bukit yang curam yang agak panjang jaraknya. Memang memenatkan dan sulit apatah lagi aku hanya mengenakan selipar sahaja di kaki. Pernah satu ketika aku merasakan nak pitam. Kaki seolah-olah sudah tiada kerana terlalu penat. Namun tetap memaksa berjalan bagi menunjukkan aku ni lelaki sejati. Mujur tak jatuh, kalu tidak jatuh jugak saham aku hari tu.

Paling aku ingat sepanjang program ini bilamana peserta dan urusetia sama-sama berhujan untuk beberapa ketika (aku rasa dalam sejam lebih kot.. berdiri je) dalam slot 'muhasabah'. Kebetulan aku diberi peranan mengendalikan slot ini yang pada perkiraan aku cukup berat. Berat untuk dilaksanakan kerana aku bukanlah seorang yang biasa dalam mengendalikan slot sebegini dan berat juga kerana aku tak cukup baik mengendalikan slot yang selayaknya dilakukan oleh insan yang lebih 'putih bersih'. Beberapa persoalan yang aku ajukan kepada peserta sebenarnya lebih banyak membuat aku merenung diri. Bait-bait kata yang diungkap, kadang-kala mendatangkan sebak. Soalan-soalan biasa yang berbisa seperti kesempurnaan ibadah harian, ibadah sunat yang muakkad, muamalat dan pergaulan, dan beberapa persoalan hati yang cukup menguji diri amatlah mengesankan pada aku. Hujan lebat, malam pekat. Cukup kerdil bilamana membayangkan setiap titisan hujan umpama dosa yang bertaburan. Astaghfirullah hal a'zim...

Tidak cukup berhujan beberapa jam di gigi ombak, seawal 2 pagi sekali lagi aku 'menghujankan' diri bersama-sama sebahagian peserta dan urusetia program dalam satu slot khas. Modul asal berjalan malam ala 'burung hantu' terpaksa di tukar kerana bimbang masa yang akan diambil terlalu lama. Dengan modul 'ala Q' aku merasakan sedikit tekanan kepada peserta. Aku yang lembut hati ni kadangkala kesian melihat mereka diperlakukan begitu. Apa tidaknya, kesalahan yang dikatakan oleh 'moderator' pada malam itu cukup tidak dapat aku terima walaupun aku tau semuanya hanyalah gimik. Apapun aku mengharapkan apa yang berlaku itu tidak memberikan kesan buruk kepada mereka. Malah, harapnya ukhwah dan kerjasama mereka tetap kekal.

Secara peribadi aku cukup suka cara pelaksanaan dan pembahagian tugas yang dilakukan oleh urusetia program. Agak terancang dan teratur. Beberapa kelemahan kecil seharusnya dipandang sebelah mata sahaja. Mungkin aku sebagai orang luar melihat kesempurnaan kerana aku tidak tahu siapa sebenarnya bertanggungjawab atas sesuatu tugas, namun segala yang dirancang berjalan baik menunjukkan kerjasama antara ahli amat baik. Tahniah kepada urusetia Kem Interaksi Remaja!

Hanya beberapa nama je yang aku ingat. Kay-Din=Pengarah program yang dedikasi. Kadang-kala kesian sebab tengok macam penat. Amir= Aku tak pasti jawatan apa, tapi cukup sibuk kesana kemari dalam memastikan kelancaran program. Bila tengok muka Amir, ingat kat seorang kawan di Kustem. Zaim=Thanks support aku masa muhasabah. Patutnya dia sorang pun dah cukup. Terkial-kial aku menyusun ayat. Saiful=kadang-kadang je cakap ngan dia. Dayah=Timbalan Pengarah yang best! Suka dengar mulut dia celoteh. Walau mulut 'laju', tapi ligat gak kerja. Medik='Tukang masak' yang setia. Tak banyak masa dengan dia. Jumpa pun biasanya kat dewan makan. Kak id=jawatan ape ek? hehehhe.. sorry!. Adik-adik PC yang tak sempat dikenali, mungkin juga yang sudah diberitahu nama tapi dah terlupa nama. Maaf jugak!.

Inilah kelemahan aku. Sukar nak mengingati dan mendekati orang. Kadang-kala bercakap lama pun masih tidak dapat aku ingat nama. Mungkin kena tambah lagi skill public relation (PR) agar lebih mampu ke hadapan. Seramai 20 lebih urusetia, hanya beberapa orang yang aku agak rapat. Mungkin sikap, atau adab yang dijaga. Wallahu'alam.

No comments: