03 December 2008

Permata Hatiku: Balqis III

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt...

"Pasal berat dia ni, memang budak yang ada Sindrom Down graf dia tidak sama dengan budak lain. Lambat skit. Itu normal bagi dia. Ada apa-apa lagi nak tanya?" Soal Dr Rohaya kepada aku dan isteri. Ketika itu kami memaklumkan yang berat Balqis baru sahaja 4.05 kilogram (Umur 3 bulan).

Aku senyum kepadanya dan mengatakan tiada apa-apa. Isteriku diam sahaja tanda juga tiada apa-apa lagi persoalan. Ketika itu Balqis sudah terlena dalam pangkuan uminya.

Minggu sudah kami ditunjukkan keputusan ujian darah Balqis. Hasilnya Balqis memang positif Sindrom Down. Kami ditunjukkan keputusan (47,XX,+21). Kata Dr Rohaya normal adalah 46, XX. Aku tidak tahu sangat. Tapi aku pernah terbaca yang sindrom down juga dikenali dengan Kromosom 21.

Kami sudah jangka keputusan ujian tersebut. Pada kami tiada apa-apapun dengan keputusan tersebut. Cuma segala persoalan terjawab jelas kini. Langsung tiada terasa kurang.

"Dia ni boleh dikategorikan sebagai Kanak-kanak Istimewa" Sambung Dr Rohaya. Matanya melihat kepada aku, kemudian beralih kepada isteri. Aku mengangguk akur.

Mainan Pertama Balqis

Terus di kepalaku teringat kepada suatu peristiwa yang diceritakan isteriku di satu majlis jamuan makan. Ketika itu isteriku meninggalkan Balqis di atas sofa untuk mengambil makanan. Ketika sedang makan, dia terdengar perbualan seseorang dengan seorang makcik yang berada di sebelah Balqis.

"Dia cacat skit" Jelas makcik yang berada di sebelah Balqis. Tersentak isteriku yang tidak jauh dari situ. Sedikit kesal bilamana perkataan cacat digunakan kepada Balqis.

Aku apabila mendengar kembali cerita itu turut terasa. Namun aku dapat menerima hakikat yang ada. Cuma penggunaan istilah cacat memang dirasakan sedikit kasar bagiku. Mungkin suatu ketika dahulu penggunaan istilah itu tiada apa-apa yang silap pada diriku. Namun, setelah sendiri berada di tempat ini barulah aku menjadi lebih memahami.

Balqis posing untuk blog Abi.

Kami sempat berbincang seketika dengan Dr Rohaya tentang rawatan Stem Cell terhadap individu Sindrom Down. Nampaknya Dr Rohaya tidak banyak mengikuti perkembangan mengenainya. Mungkin juga bidangnya tidak menjurus kepada penyakit ini. Aku banyak mengikuti maklumat tentang Sindrom Down ini melalui internet sahaja.

Beberapa hari sesudah bertemu Dr Rohaya, isteriku mula bertanya perasaanku ketika dimaklumkan keputusan tersebut. Sebenarnya aku tidak menyangka soalan tersebut akan diajukan. Aku menjelaskan yang aku sedia menerima Balqis seadanya.

Aku merenung isteriku. Aku melihat ada sedikit tanda harapan ujian tersebut negatif pada wajahnya. Sungguh, sebenarnya tiada siapa mahu anaknya tidak seperti orang lain. Sihat, cantik, bijak, dan aktif. Melihat ia membesar tanpa ada rasa bimbang. Boleh berdikari dan sebagainya.

Sebenarnya walaupun keputusan adalah positif, namun pada kami ianya adalah sangat minor. Balqis sihat, aktif dan tidak kurang bijaknya. Kata Uminya, bijak macam Umi. Dia akan menjawab setiap agahan kepadanya. Cantik sahaja pada pandangan kami. Pendek kata tiada apa pun yang kurang.

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan?

Kami sebenarnya sangat bersyukur atas kesihatan Balqis. Aku pernah bertemu dengan seorang bapa yang anaknya turut mengalami Sindrom Down. Ada masalah jantung, tidak boleh meniarap, dan mesti diberi perhatian sentiasa. Berat anak tadi juga agak bermasalah. Mesti menjalani pembedahan demi pembedahan. Ketika itu terasa betapa jauhnya bertuahnya kami.
Hidup ini jalannya ke depan. Jika mahu mengejar impian, lihatlah siapa yang ada di hadapan. Namun, sekiranya jatuh tersungkur, terasa tewas, lihatlah di belakang. Percayalah kita masih tidak ketinggalan- amdang81
Wallahua'lam.

p/s: Thanks sayang kerana sentiasa kuat di belakang abang.

6 comments:

nasikerabupetro said...

eh...eh...
anak sedaraku dah pandai pegang permainan...

Bila la nak culik Qis ni...
;)

Imanulnaim Enterprise said...

balqis gadis melayu yang menawan siapa yang carikan bunga tu untuk dia ? cantik masuk dengan balqis tapi elok pakai tudung musim hujan ni....takut basah lenjun kepala kih..kih..kih....

amdang81 said...

Cik Baity, Kalu Balqis nak tumpang bilik kat program PEKA leh ke? Hehehe.

Aeman, masa ni la nak melawa pakai bunga ke, nak seksi seksa pun. Nanti dah besar skit dah tak lawa dah. Actually bunga tu Mak Sedara dia yang letakkan. Dia tido je.

Klinik Ummi said...

Amdang & Jue,

Jarang & susah Kak Ummi nak jumpa ibu dan bapa sekuat dan setabah kalian dlm menghadapi kenyataan & ujian kasihsayang Allah ini!

Semoga Amdang & Jue bakal menjadi contoh buat mereka yang lain...jangan lupa,kalian berdua sememangnya Insan Istimewa yang dikurniakan Allah untuk menjaga & menitip seorang kanak-kanak istimewa, bakal penghuni syurga!

Azlina Ahmad said...

ALLAH sedang berbicara denganmu tentang.......

dan ALLAH sedang berbicara dengan kami tentang.....

Semoga balqis sihat selalu.

amdang81 said...

Thanks Dr Ummi n DR Abi. Kami sebenarnya turut menjadikan kalian berdua sebagai contoh dari jauh. Pengalaman, pengetahuan dan sebagainya.

Wallahua'lam.

Azlina, semenjak mengikuti penulisan dengan PTS tu, tulisannya lain sangat. Ada kemajuan. Heheheh.