02 December 2008

Setahun Berlalu...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

29 November lalu genaplah setahun aku bergelar seorang suami. Rasanya masih baru sahaja berlalu. Dengan sepasang baju melayu putih, aku dengan agak takut-takut melafazkan akad menerima isteriku kini sebagai isteri. Dua kali. Pertamanya lafaz yang aku ucapkan dikatakan perlahan oleh Ayah Mertuaku. Maka, disuruh ulang. Alhamdulillah selesai juga kali keduanya. (kantoi!!)

Beberapa teman isteriku mengirim SMS mengucapkan tahniah atas ulangtahun pertama ini. Specialnya apabila kami menerima Kek sempena ulangtahun ini daripada Kak Ummi. Terharu rasanya atas Kek Kismis yang sedap. Banyak tul kismisnya. Siap bunga-bunga lagi.


Sepanjang setahun bersama, terlalu banyak rasanya perkara baru yang kami pelajari. Hidup bersama ketika dekat, ketika jauh, dan ketika jauh tapi dekat. Semuanya banyak mengajar erti kesabaran, kerinduan dan juga pengorbanan.

Sambutan ulangtahun perkahwinan ini rasanya bertambah lengkap apabila kehadiran Balqis yang cukup bermakna. Cuma mungkin tiada 'bulan madu' buat masa terdekat memandangkan Balqis masih kecil dan loceng pilihanraya akan dibunyikan tidak beberapa lama lagi.

Wallahua'lam.

2 comments:

Klinik Ummi said...

Wah!Buka blog amdang pagi ni,nampak gambar kek kismis dari Kak Ummi pulak!Hihihi..Terimakasih Dang..hilang rindu Kak Ummi pada kek kismis tu.Kih,kih,kih...kantoi!

Amdang81&Pilihanraya-memang sinonim! Sampaikan ulangtahun perkahwinan Amdang81 pun turut disambut dengan loceng pilihanraya yang tak disangka-sangka.Allahuakbar!

Semoga 'bulan madu' ulangtahun perkahwinan pertama ini bakal menjadi kenangan yg paling bermakna dengan kemenangan di pihak kita,InsyaAllah. Takbir!!!

Azlina Ahmad said...

Yups.
Moga Berjaya!

p/s: Bilalah nak turun terengganu ni. hehehe