18 November 2008

Iklan: Menjadi Lelaki Hebat!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pertamanya maaf kerana ini bukanlah iklan minyak lintah, pil-pil kuat, tongkat-tongkat ali, mahupun sebarang teknik urutan mahupun minuman bertenaga. Namun, ianya tetap berkaitan dengan lelaki. Memang untuk lelaki sahaja.

Lelaki yang sejati memang tidak gentar untuk menyahut cabaran. Sebab itu jika yang gentar dan penakut akan diperlekeh dengan dikatakan tiada 'tuuuuuuuttt'. Tetiba juga hari ini kecoh apabila seorang NC dikatakan tiada tuuuuuuuut menjadikan dia tidak layak memegang jawatan tersebut. (Klik).

Sebelum tersasul lebih jauh, dipendekkan sahaja cerita. Ini adalah iklan Majlis Berkhatan @ bersunat @ jawi atau dengan bahasa yang sedikit menggerunkan adalah potong!!. Majlis ini adalah anjuran Jabatan Pembangunan Remaja Terengganu dengan kerjasama Masjid Pengadang Baru. Turut serta menjayakan program ini adalah tenaga-tenaga dari PAPISMA Terengganu.

Klik Gambar untuk lebih jelas.

Aku ketika mana menerima poster ini sedikit tergelak melihat slogan "InsyaAllah Selamat.. Cepat.. Hebat". Pada aku sedikit kelakar dan kurang sesuai perkataan hebat itu digunakan. Apapun, mungkin bagi menyatakan kehebatan setelah ianya bersih dari kekotoran. Atau juga mungkin istilah hebat itu bagi dibandingkan dengan mereka yang belum berkhatan.

Apa lagi ibubapa sekalian. Jom buktikan anak lelaki kalian sebenarnya memang penuh keberanian. Anak jantan sifatnya berani. Jangan biarkan sifat-sifat Mak Nyah menguasai mereka. Daftar segera sebelum terlambat.

"Tak ape, saya boleh bawa anak saya ke klinik sahaja" Mungkin nada ini akan kedengaran.

Tapi tahukah anda bahawa beramai-ramai menanti episod tragis seorang demi seorang itu benar-benar menguji kejantanannya? Usik mengusik sesama mereka dan ditambah oleh orang-orang yang terdahulu itu akan menyemarakkan lagi suasana. Sudah tentu anda mahu anak anda dilihat HERO apabila tidak menangis sepertimana kebanyakan anak-anak lain.

Wallahua'lam.

p/s: Aku dulu berani je berkhatan ni. Cuma ada la seriau skit-skit. Hehehe.

3 comments:

Capt MUHAMMAD Azhar said...

Anak Teman Adam jadi Hero, dia volunteer minta didulukan bersunat.. malah sempat ;sound' doktor kenapa lambat sangat nak sunat nih? (org ramai) ...

Dah lepas berkhatan tu, dia keluar bilik terus angkat tangan dan jerit 'berjaya!' ..budak budak kat luar tu bercampur campur perasaan...ada yg nangis..Adam baru 7 tahun dijadikan contoh..tengok adik tu..senyum je tak nangis pun... (Di masa yang sama budak sorang lagi kat dalam bilik tu menjerit!) ehehehe....

Bangga teman..jadi bualan di Masjid lepas tu.

amdang81 said...

Anak tuan tu mengikut tuan agaknya. Hebat bapanya diturunkan sampai ke anak.

Ambe belum punya anak lelaki. Ikutkan hati, mahu sahaja menyunatkan anak hamba itu ketika masih bayi.

Tapi ada yang berpendapat itu tidak akan membuat dia terasa saat-saat 'berpantang' dan akan hilang satu saat yang manis dalam hidupnya.

Anonymous said...

aku bukan hero..tapi x nangis mase bersunat.. mata berair jer..hehehe :-)