13 October 2008

Rahsia Terbongkar – Mengapa Bas Bandar Beri Khidmat Percuma

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ditulis oleh Mat Ali (sumber: Buletinonline.net)

Penipuan Tentang ‘Cas Ligas’ terbongkar, kononya kerajaan bermurah hati memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang menggunakan khidmat bas bandaraya Kuala Terengganu.

Padahal sebenarnya rekabentuk ’Bas Bandar yang ‘pelik’, dilancarkan pada 27 Ogos tahun lalu tidak diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Kerajaan Terengganu kini tidak dapat pulangan dari pelaburan yang menggunakan RM3.4 juta wang rakyat semata-mata untuk merealisasikan ‘idea gila’ bekas Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh.

Walaupun pada asal cadangan perkhidmatan tersebut tambang dibayar sebanyak 50 sen, namun ia diberikan percuma apabila LPKP tidak mengeluarkan permit kerana cukai kastam yang belum dilunaskan selain masalah rekabentuk.

Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan menyatakan kegagalan memperolehi permit dari LPKP menyebabkan bas tersebut menjadi liabiliti.

Akhirnya hanya empat buah bas yang dibeli dengan harga RM430,000 sebuah, bergerak mengelilingi Kuala Terengganu, sementara empat buah lagi ‘sekong’ dibawah garaj.

Walaupun nampak cantik, dengan atap bercirikan seni ukir Terengganu, namun rekabentuk ‘cas ligas’ gagal melepasi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh LPKP.

Buletinonline sebelum ini pernah mempersoalkan rekabentuk tersebut dalam artikel ‘Dilema Pengangkutan Awam Terengganu’ yang juga kebetulan mempersoalkan adakahh ianya sebuah rumah atau kenderaan.

2 comments:

Unknown said...

salam...

saya ingin tahu apakah perkembangan terbaru berkenaan masjid kristal sekarang? adakah masjid itu betul-betul menjadi "kebanggaan" sahaja orang-orang yang riak? atau adakah dimanfaatkan betul-betul masjid yang menelan belanja berjuta itu, yang mana boleh memberikan makan pakai yang baik kepada penduduk terengganu yang memerlukan?

bolehkah saudara membuat satu liputan diblog saudara? terima kasih.

amdang81 said...

wslm..

ermm, insyaAllah jika ada kelapangan dan masa saya cuba menulis berkaitan masjid terbabit..

terima kasih atas ziarah..