Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah. Syukur tak terkata rasanya. Betapa tidak melihat kedatangan sahabat-sahabat yang sudi datang bertandang ke rumah. Sungguh tidak disangka kehadiran yang hadir hampir-hampir 90 peratus dari senarai yang diundang.
Terima kasih juga buat beberapa rakan blogger yang sudi hadir memeriahkan majlis. Aiman dan isteri, Nasikerabupetro, Kak Ummi dan Abang Lan sekeluarga, Siput dan isteri, Ibnu Abbas dan family. Sungguh terharu dengan kehadiran walaupun menu yang disediakan amat biasa. Apatah lagi boleh dikatakan masih dalam 'try and error'. Menu? dah tentu Soto!
Kami sama-sama ketawa suami isteri malam tadi semasa menyiapkan nasi himpit. Sebenarnya kami sama-sama pertama kali membuatnya! Aku biasa juga tolong 'tekan-tekan' nasi himpit jika disuruh mak. Manakala bagi isteriku itulah yang pertama kali. Kadang-kadang terasa semacam 'nakal' menjadikan tetamu sebagai bahan percubaan. Apapun, aku yakin ianya akan menjadi.
Sejak malam tadi lagi sebenarnya kerja-kerja persiapan memasak dilakukan. Potong ayam, buat stok ayam, buat nasi himpit, kupas bawang, masak air dan siapkan 'gift' untuk tetamu cilik. Sasaran tetamu yang akan hadir adalah sekitar 100 orang. Itupun tidak ramai yang menyatakan kesahihan untuk menghadirkan diri. Aku beranikan diri mengagak jumlah tersebut. Pada aku, biar masak lebih.
Alhamdulillah sejak dari jam 2 petang sehingga jam 6.30 petang tetamu tidak putus bersilih ganti. Sungguh aku tidak sangka kehadiran yang sebegitu ramai. Hampir tidak menang tangan kami. Apatah lagi bilamana sesekali Balqis menangis kelaparan, maka uminya terpaksa meninggalkan aku sendirian. Mujurlah segala persiapan telah dibuat, cuma kerja-kerja penambahan dan pemantauan sahaja dibuat.
Kemuncaknya, terdapat sedikit kesulitan bilamana kami kekurangan Sup. Sebenarnya aku sudah sediakan stok ayam dan rempah ratus yang siap ditumis sebagai 'standby'. Namun, kerana sedikit kekalutan, aku memasukkan jumlah air yang agak berlebihan. Kononnya mahu 'mencukupkan' dengan nasi himpit yang ada. Kesannya, sup itu cair sahaja. Rasanya juga agak terlebih masin.
(Nota: Mohon maaf sangat-sangat kepada yang mendapat Soto Versi ke-2. Tapi, nasib la sebab datang lewat. Heheheh)
Selepas majlis berakhir, barulah aku perasan yang aku sebenarnya tidak banyak bersama-sama dengan tetamu, sebaliknya sibuk di dapur mempersiapkan hidangan. Walaupun berakhir dengan penuh kepenatan, namun kepuasan sebenarnya bilamana melihat hidangan yang dihidangkan habis. Sedang molek la kiranya.

5 comments:
bakpe x wat nasi dagang jer???
a.dan kan pandai wat nasi dagang???
Sama-sama Dan.Lepas ni kena ambik gambar Balqis pakai baju tu pulak.Kak Ummi nak tengok.He,he.
Oooo..baru tahu pandai buat nasi dagang rupanya.Next time kena panggil kita org makan nasi dagang le pulak (hmm..memamng parasit sungguh ni..)
Salam, Amdang very sorry couldn't make it. Ada hal skit kat kg. Harap ada peluang lagi untuk jumpa bloggers dari Trengganu!
Siapa KEBA ni sebenarnya ek? Cube berlagak mcm kenal je aku. Huhuuhu.. Nasi Dagang tu susah la nak buat. Kena lak beras mahal nih. Ikan pun mahal. Plak tu kalu buat sedap-sedap, x cukup plak nanti. Budget pun x cukup.
Kak Ummi, insyaAllah kalu Balqis dah besar skit, kami akan pakaikan baju tu kat dia. Ingatkan dah nak try semalam masa nak g klinik, rupa-rupanya x padan lagi. Apapun, insyaAllah akan dipakaikan baju Girrafe tu kat dia.
Ahmad, x pe je tak leh jumpa kelmarin. Kalu ahmad rasa nak jemput amdang makan-makan kat rumah pun boleh. Kalu segan makan kat rumah, leh ajak g makan kat PARADISE DELUXE ke, RESTOREN PENYU ke.. ;)
Kak Ummi memang pemurah hati. Setiap rumah dizairahi pasti ada sahaja buah tangan. Praktis Sunnah, memberi hadiah mengeratkan kasih sayang.:)
Post a Comment