Dalam sedar tak sedar, dah 55 hari aku menjadi seorang ayah. Aku membahasakan diriku sebagai Abi dengan anakku. Apa boleh buat bila si ibu mahu membahasakan dirinya sebagai umi dan mahu aku sebagai abi. Lagipun, ianya panggilan yang baik. Maka aku tidak kisah. Macam baik lak kalu dipanggil abi nih. Hehehe.
Ramai yang kata Balqis ni iras aku. Yang aku perasan satu je, kulit dia yang cerah je mengikut aku. Lain-lain tak nampak plak. Hehehehhe.
55 hari yang berlalu rasanya terlalu banyak ilmu yang aku baru belajar. Ada yang simple, tetapi menjadi pengajaran. Ada yang berat, tetapi boleh diambil ringan. Ada yang dilihat ringan, tapi sebenarnya adalah sesuatu yang berat dan mencabar mahu dilaksanakan. Semuanya bercampur menjadi satu ilmu yang cukup menyeronokkan.Suatu pengalaman yang aku mahu kongsi kali ini ketika mana pertama kali aku membawa Balqis ke bahagian pediatrik di HSNZ. Ketika itu belum sampai seminggu rasanya umur Balqis. Sambil menguruskan pendaftaran, Balqis dibawa masuk ke sebuah bilik untuk ditimbang terlebih dahulu.
Sama-sama tidak tahu prosedur hospital, isteriku terkejut bilamana jururawat yang bertugas meminta ditanggalkan kesemua pakaian Balqis untuk diambil timbangan. Bila dibuka diaper, terlihatlah yang Balqis berak. Isteriku kelam kabut. Beg pakaian semuanya dalam kereta. Tiada diaper, tiada wipe dan tiada kain lampin bersama kami ketika itu.
Ketika itu aku sedang berurusan dengan bahagian pendaftaran. Kerana tiada surat beranak mahupun Mykid, maka aku perlu memberi beberapa keterangan yang lebih bagi memudahkan pihak hospital mengisi maklumat.
Apabila isteriku selesai menimbang Balqis, dia bersegera datang kepada aku.
"Abang, ambilkan diaper dan wipe Balqis. Dia berak bla.. bla.. bla.." isteriku mula bercerita. Kami sama-sama senyum kerana memang langsung tidak tahu perkara sebegini akan berlaku.
Aku segera ke kereta mendapatkan bahan-bahan keperluan Balqis. Kebetulan hari itu ruang parking kereta agak penuh, maka aku terpaksa berlari anak mendapatkan kereta kira-kira 200 meter dari perkarangan hospital. Bukan apa, bimbang kalau-kalau Balqis kencing atau terberak dalam seluar yang tiada alas itu.
Selepas memakaikan Balqis dengan diaper barulah kami masuk berjumpa dengan doktor bertugas pada hari berkenaan.
Kami sama-sama ketawa bila mengingatkan peristiwa yang simple sahaja sebenarnya, tetapi menunjukkan masih ada ilmu yang kami kurang tentang persediaan menyambut ahli baru ini. Selepas kes tu aku segera mendapatkan beg kecil yang sesuai untuk dibawa barang-barang keperluan ringkas yang perlu bagi Balqis.
amdang: Maklumlah, sebelum ni kalu aku pergi hospital untuk timbang pun, paling tidak kasut sahaja yang disuruh buang. Tak tahu baby kena buang semua. ;)
7 comments:
Hehehhehehe. Dah jadi abi dah enta. Kirim salam ke kak Jue..
Syukran ilmu tu, mana tahu leh aplikasi benda tu..Entah bila...ehehe.Wallahualam....
Bukan ngikut tang menguap tu ke? hehehe. Salam buat Kak Jue dan Balqis
sempat lagi dia snap gambo balqis menguap...huhu...
berapa lama anta tunggu dia menguap daaa?
to Azlina: Kak jue dah jawab salam. Dia kirim salam kembali.
to narumi hayashida: Balqis x leh jawab salam. Dia tido lagi tadi.
to .... : mana perlu tunggu dia menguap.. baby ni mmg kerja dia tido je. So, asal ambik gambar tido, xpun menguap. Nak ambik yg celik tu susah.
comei dah npk balqis skrg..
tang kulit tu abi ablqis tak payah nak perasan la ek..
kulit tu ikut umi balqis
tang tido je kut ikut abi dia hehe
~salam sayang utk balqis~
asmekum..
kulit balqis same ke ngan kulit a.dan????
same ke??????
kulit balqis gelap ke????
same ke????
Kak Q, x baik fitnah lelaki putih mcm amdang ni gelap.. huhuhuhu
Keba, kalu ye pun x sama, jangan la citer sini.. huhuhu..
amdang: kenapa la akhir-akhir ini banyak konspirasi mahu menjatuhkan saham aku.. dunia oh dunia.. hehhehe
Post a Comment