13 October 2008

Hospital Sultanah Nur Zahirah bekukan Sijil Sakit

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tulisan: Line (TKO) - Klik untuk artikel asal.

 "Hari ini aku ke Hospital Sultanah NurZahirah, K.Terengganu kerana isteriku mengalami pendarahan yang banyak. Jam 9.30 kami dah sampai ke hospital. Memandangkan isteriku memang mempunyai rekod di Klinik Pakar, kami terus kesitu.

Pihak Klinik Pakar meminta kami ke bahagian Pesakit Luar untuk mendapatkan surat rujukan kerana fail kesnya telah lama. Kami bergegas ke sana. Kami melihat beberapa poster dari kertas A4 di beberapa bahagian di tempat menunggu. Terpapar kata-katanya seperti berikut:


PERHATIAN PADA SEMUA PELANGGAN


SIJIL SAKIT (M.C) TIDAK AKAN DIKELUARKAN

DARI 27 SEPT.2008 HINGGA 11 OKT.2008


ARAHAN : PENGARAH HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH


Persoalan mula timbul dalam diriku, adakah tindakan ini wajar dilakukan oleh sebuah hospital kerajaan. Tidakkah ini melanggar akta buruh di mana sijil sakit termaktub di dalam akta itu.J ika seseorang itu tidak dapat menjalankan tugas kerana sakit, maka mereka berhak mendapatkan sijil sakit.

Jika perkara ini diamalkan, bagaimana jika pekerja itu pengsan atau mati dalam menjalankan kerjanya. Siapa harus dipersalahkan? Dengan kata lain, pekerja terpaksa juga bekerja dalam keadaan sakit.

Adakah pihak hospital sanggup menerima saman daripada keluarga pesakit atau pesakit itu sendiri sekiranya akibat arahan itu mereka menerima kecerderaan atau kematian.Pihak hospital seharusnya tidak perlu memikirkan tentang bagaimana satu-satu jabatan akan bergerak kerana ini adalah di luar bidang kuasanya.

Tujuan di wujudkan hospital adalah memberikan rawatan kesihatan pelanggan bukannya memikirkan tentang haruskah diberi sijil sakit atau tidak. Adakah pihak hospital sudah tidak mempercayai penilaian doktor-doktor yang bertugas atau pihak hospital sudah lari dari prinsip asalnya.

Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya tiba giliran isteriku mendapatkan rawatan. Doktor wanita muda itu hanya bertanya tentang penyakit dan terus menulis skrip ubat tanpa memeriksa isteriku terlebih dahulu. Isteriku terpaksa bertekak hanya untuk mendapatkan surat rujukan ke klinik pakar. Doktor tersebut juga enggan memberikan sijil sakit kepada isteriku sebaliknya hanya memberi slip masa sedangkan isteriku tidak mampu bekerja kerana darah yang keluar agak banyak.

Aku rasa Pengarah Hospital terbabit harus ditukarkan ke sektor swasta kerana beliau bertindak sebagai bos, bukan bertindak sebagai pegawai kerajaaan yang menerima gaji dari pembayar cukai. Fikirkanlah.

Amdang: Aritu larang orang nak masuk melawat sambil beri sumbangan, ni nak larang ambik MC plak. Alahai...

2 comments:

Anonymous said...

Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah memang bangang.... aku dengar cerita, pegawai 41 dia jadi kuli untuk pegawai gred 30... orang bawah jadi bos orang atas.

hai, pengarah tak reti buat pengurusan kot. aku nak check la kursus-kursus management selain dgree or master yang dia dah attend. macam bangang semacam he

Unknown said...

ko kutuk Dr Moh ko igt ko nie spe hah!!! aku sebagai anak saudara die rase tercabar kalu ko kutuk2 mcmto..jgn dengar cerita orang..ko xtau bapak saudar aku keje mcm mane..xlekat kat umah..kalu ko rase hebat sgt ko pg jd pengarah..ko semua bangang..Dr xbangang..diorang berjuang untuk kepentingan semua orang..Dr Mohd ade degeree Harvard korang tauu..Bodoh korang.spm pun xlepas nak kutuk2 orang.