02 April 2009

Tarian Seksi: Budaya Cina atau Budaya UMNO / BN?


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Aku malas nak komen. Tapi aku rasa Zahid Hamidi menelanjangkan dirinya lebih dari gadis-gadis yang menari di pentas tersebut. Penjelasan Zahid mengenai tarian tersebut yang disifatkan sebagai budaya bagi kaum Cina amatlah memalukan sama sekali.

Tanyalah kaum Cina, dan aku percaya budaya sebegini bukan sebahagian dari masyarakat mereka. Menuduh kaum Cina sebegitu bukan sahaja menaikkan amarah kaum Cina, malah menunjukkan Zahid sendiri tidak tahu sejarah. Sejarah sesuatu bangsa, sejarah suatu budaya.

Video dan berita dari Malaysiakini.





01 April 2009

Benarkah Calon BN yang rajin ke DANOK?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Foto: copy n paste dari Bakaq.

"Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?"

Itu antara kata-kata yang tertulis pada kain rentang yang dipasang oleh ahli-ahli UMNO Bukit Gantang untuk calon mereka Ismail Saffian. Dari pemerhatian aku, banner terbabit terpasang sejak awal pagi penamaan calon lagi. Sehingga hari ini masih ada di antara banner terbabit yang belum diturunkan walaupun lokasinya terbuka dan hampir dengan markas BN terutamanya melibatkan DUN Terong.

Situasi ini dilihat sebagai suatu perpecahan dalaman yang agak teruk. Mengikut beberapa maklumat yang diperolehi, perpecahan ini berlaku bilamana Kamalullail tidak terpilih menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang. YB Rosli, ADUN Terong sendiri dilihat menyebelahi Kamalullail yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bukit Gantang.

Tidak cukup dengan banner DANOK, beberapa poster bersaiz A3 yang menceritakan perihal DANOK juga ada disebarkan di beberapa tempat di DUN Terong. Malah, poster besar calon yang diletakkan di tepi jalan dipercayai turut dijatuhkan oleh penyokong Kamalullail dan YB Rosli.

Perpecahan yang sedang berlaku ini hanya dikesan berlaku di DUN Terong. Seorang pemerhati mengatakan kesudahan kepada semua perkara ini adalah akan berlaku pergaduhan di antara mereka. Sehingga ini sudah ada pihak-pihak dari dalam UMNO cuba menyelesaikan segera krisis ini. Namun, Kamalullail dikatakan masih tidak memberikan respon untuk menyelesaikan krisis dalaman ini.

Apabila timbul isu DANOK, timbul persoalan. Adakah benar Ismail rajin betul ke DANOK? Jika benar apakah yang dilakukan Ismail di DANOK? Tempat apakah DANOK tersebut? Pusat sejarahkah, atau pusat membeli-belah? Atau memang Ismail mempunyai ahli keluarga di DANOK?

Secara peribadi, sejak datang ke Bukit Gantang inilah barulah aku tahu wujudnya tempat bernama DANOK di Thailand. Sebelum ini aku hanya tahu Bangkok, Golok, Hadyai, Puket dan beberapa nama yang sinonim dengan pelancongan di sana.

Seorang sahabat meminta aku mendapatkan maklumat dari Jabatan Imigresen. Aku kata, sampai mati pun mereka tak akan bagi. lagipun bukti keluar masuk tidak menggambarkan apa-apa. Tidak menjadi kesalahan nak ke mana-mana pun selagi tempat dan tujuan itu tidak salah. Melainkan, tempat yang dituju itu salah. Tempat apa yang salah ek?

Wallahua'lam.

Ahmad Said beri projek pada Kroni Deris?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berita dari Bernama.

Peruntukan RM100 Juta Indahkan Pekan Kuala Besut

BESUT, 1 April (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM100 juta bagi membangunkan serta menyusun semula pekan Kuala Besut di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK), dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke kawasan itu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata pembangunan kawasan itu penting kerana ia menjadi tempat persinggahan pelancong sebelum bertolak ke Pulau Perhentian.

Beliau berkata pekan berkenaan akan diperindahkan, antaranya dengan menambah bangunan baru, rumah kedai dan jeti bagi kemudahan pelancong serta penduduk tempatan.

"Kita dapati Kuala Besut menjadi tumpuan pelancong sebelum mereka pergi ke Pulau Perhentian. Jadi, kita perlu mengindahkan pekan itu yang sebelum ini agak sesak dan tidak diurus seperti pekan koboi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak rumah pangsa Kuala Besut di sini hari ini. Turut hadir, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jertih.

Ahmad berkata di bawah program itu, kerajaan negeri akan membina 150 unit rumah di kawasan seluas 1.4 hektar bagi keperluan penduduk di kawasan berkenaan dan ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Beliau berkata rumah yang akan dibina itu adalah sebahagian daripada 4,500 unit rumah mampu milik yang bakal dibina kerajaan Terengganu di seluruh negeri itu, tahun ini.

"Kita akan bina rumah-rumah untuk keperluan rakyat di setiap daerah yang sudah mempunyai tapak. Tempat-tempat yang ada kawasan (tapak) kita buat (bina) dulu," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengkaji untuk mendalamkan muara sungai Kuala Besut serta mengatasi masalah hakisan yang sering berlaku di kawasan tersebut.

"Kami tidak mahu peruntukan yang besar dikeluarkan, tetapi hakisan tetap berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri membenarkan penduduk melaksanakan projek menyedut pasir bagi mendalamkan muara sungai itu tetapi mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pejabat Daerah Besut.

-- BERNAMA

p/s: Selepas heboh dikatakan Ahmad Said meminggirkan Besut, alih-alih datang plak projek. Aku harap Ahmad Said tak lupakan Setiu yang mana kampung halaman isteri nombor 2 dia.