13 October 2008

Cerita pasal makanan: Soto Ayam

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Malam tadi merupakan kali pertama aku memasak Soto. Aku tidak pasti perkataan Soto itu diambil dari mana. Dikatakan soto ni makanan dari Indonesia yang berupa sup ayam dengan kuah sedikit 'kuning'. Mungkin di Malaysia, soto ni dipelopori oleh golongan Jawa.

Aku juga tidak tahu samada soto itu mewakili sup sahaja, atau turut termasuk nasi himpit atau mee yang biasanya turut dihidang bersama. Apa yang biasa dilihat, soto ni mesti ada sup, ayam carik-carik dan beberapa aksesori tambahan seperti daun sup, bawang goreng, kicap dan taugeh.

Resepi yang aku cuba buat malam tadi diambil dari internet - My Resipi.com. Namun diubah mengikut kesesuaian yang dirasakan perlu. Aku tidak tahu selain Soto Ayam, apakah juga ada Soto Daging, Itik, ikan mahupun Seafood.

Sebenarnya semangat untuk menghasilkan soto ini lahir bilamana aku terfikir apakah menu yang sesuai jika dibuat rumah terbuka. Kebetulan terfikir nak raikan sahabat-sahabat sempena bulan Syawal yang mulia. Juga sebagai suatu tanda kesyukuran dengan kedatangan Balqis. dalam hidup kami. (Alhamdulillah majlis Aqiqah Balqis sudah selamat diadakan pada Hari Raya kedua yang lalu).

Idea mahu menjadikan soto sebagai hidangan bilamana melihat Kak Mar (Akak Ipar) menyediakan soto sebagai menu utama hidangan Hari Raya pada tahun ini. Kata Kak Mar, dia dapat resepi tu semasa belajar di Johor. Jika dibandingkan soto yang aku masak malam tadi dengan soto Kak Mar, ada la perbezaannya.

Antara bahan yang digunakan Kak Mar dalam sup sotonya adalah rempah kurma. Pada aku rasanya ok, cuma aku masih tidak berani mencampurkan terlalu banyak bahan dalam sup. Takut lain sangat rasanya.

Kesimpulan dari percubaan pertama aku malam tadi:
  • Sup mestilah dimasinkan lagi. Ini kerana nasi himpit adalah tawar. Nanti 'lecah' sangat rasanya.
  • Taugeh tu kena celur laa. Mana leh main mentah gitu. Rasa pun tak sedap kalu mentah. Buat ulam cicah budu ok la.
  • Kicap jangan pedas sangat.
  • Halia tu potong halus-halus baru kisar. Kalu tergigit halia semasa makan, memang sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
  • Nasi himpit kena tunggu sejuk betul baru potong. Kalu tak, pecah. Tak lawa
Komen: 60% menghampiri kejayaan. Lepas ni tambah begedil, tambah telur rebus mesti makin menjadi. ;)

6 comments:

Siti said...

Salam ziarah amdang,
Kecur air liur tgk soto tu. Mmg sesuai sgtlah kalu wat utk umoh terbuke. Dok muok. Cume keje byk sikit...

amdang81 said...

salam ziarah Siti Comel..

Hmmm, terfikir gok mcm siti kata tu, banyak keje nak buat soto ni. terutamanya bab nak siat-siat ayam tu. Lain-lain xde nampak rumit sangat. Begedil, kalu x buat pun xpe.

thanks sudi ziarah sini.

Anonymous said...

x pelik ke ltk rempah kurma? rse pe?

amdang81 said...

rasa biasa je. Tapi kuah tu macam pekat skit laa.. Selera masing-masing..

Anonymous said...

Aslkm Dang.

Walamak! Soto ni memang favourite Kak Ummi ngan Abg Lan! Ku tunggu jemputan rumah terbukamu...he,he,he..

amdang81 said...

wslm Kak Ummi..

peberet? alamak, ni susah ni kalu ada peminat soto.. mesti akan dibandingkan soto amdang dengan soto kat lain-lain tempat.. huhuhuh.. tetiba rasa mcm nak ngalah je buat soto ni..

apapun, insyaAllah akak n family dah dalam senarai jemputan.. hehehe