04 February 2008

Catatan Barang Naik

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam ke Sabasun lagi. Tak pelik pun kalu selalu ke Sabasun. Memang situ antara tempat membeli yang utama pada aku. Minggu ni agak kerap aku ke sana. Bukan banyak sangat berbelanja, tetapi membeli barang yang asyik terlupa. Seorang kawan senyum je kalu aku memberi alasan terlupa. Senyum dia sinis, dan bermakna.

Mungkin bagi yang tidak pernah ke Sabasun tidak tahu apa suasana di dalamnya. Pada aku tenang kerana biasanya pengunjung di situ agak sopan dan tidak menjelikkan. Menariknya semalam kerana aku perasan lagu SEMUA NAIK dimainkan di dalam kedai berkenaan. Aku senyum sendiri mendengar lagu tersebut. Pada aku, satu protes senyap dari pihak Sabasun terhadap kenaikan harga barang.

Tahniah! Sabasun kerana peka dengan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat dan sanggup berkongsi rasa walaupun mereka adalah peniaga yang turut terkesan dengan kenaikan tersebut.

KLIK untuk download Risalah Tawaran Barisan Alternatif.

No comments: