26 January 2007

Resepi: Char Kuew Teow (CKT)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku copy resepi ni dari TKO. Tak sangka lak TKO pun ada resepi. Memang minat giler CKT nih. Tapi seingat aku CKT ni ada kicap tersendiri. Antara yang dikatakan top SANI CKT. Kesedapan CKT nih sudah mula menular ke beberapa negeri di pantai barat. Dikatakan asal dari Penang. Kat Terengganu ni aku tak pernah makan lagi CKT. Pernah jumpa gerai yang jual, tapi takut rasa tak best. Kalu kat gombak, aku suka gerai dekat Taman Greenwood. Udang banyak. Sedap. Last makan 5 bulan lepas. Ish, meleleh dah air liur ni. :)

------------inilah resepi CKT tu. --------------------------------------------------------

Masak utk sepinggan(kuetiau yg sedap bila dimasak guna api besar dan di kacau (stir) cpt2 n tidak d msk byk2 sekaligus )
BAHAN2:
*kuetiau
*kucai(d ptg 1"),taugeh
*kerang(d ambil isi)
*udang(d kupas kulit)-optional
bwg putih(d cincang halus)-1 sudu kecil
ciliboh(opt-kalau nak pedas)-1 sudu kecil
telur-1 biji
minyak msk-1 senduk
kicap cair,kicap pekat-1 sudu besar each
**ikut sukatan anggaran utk 1 pinggan

CARA2;
1. Panaskan minyak
2. Tumis bwg putih(hati2 sbb bwg putih cpt hangit)
3. Masukkan ciliboh,kerang,udang
4. Apabila (3) d atas dah masak(bila udang tukar jd pink),masukkan kuetiau.
5. Masukkan kedua2 kicap dan kucai -kacau rata
6. Pecahkan telur dan akhir sekali masukkan taugeh
7. Angkat bila telur dah masak ttp taugeh jgn layu sgt.

##Semua bahan2 perlu disediakan di sekitar kuali agar senang dicapai kerana kuetiau perlu di masak cepat2 iaitu lbh kurang 2-5 minit mengikut kadar kepanasan api dapur kita.##

----------------- Sekian. Selamat mencuba---------------------------------------------

Satu nak pesan, dah masak kena segera makan. Tak best kalu sejuk sebab takut kembang. CKT ni macam KT Goreng basah la jugak. Tapi lagi best. Memang best.

p/s: saje save sini sebab malas nak simpan dalam PC.

1 comment:

redbox said...

sani CKT? mm..saya slalu la juga makan kat sana..sedap? daripada 10 bintang sy bagi 2 je. sy makan pun sbb klau dah sgt2 rindu bak makan CKT..mana2 kat kl or slangor yg saya makan CKT..x kan rasa dia sama mcm kat utara..sy pon x taw la..makan la bukit mertajam nye CKT..pergh..mcm nak makan ber pinggan2!