29 December 2009

Wajah terbaru Balqis

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Sesaje posting gambar-gambar Balqis. Ni antara yang terbaru. Perkembangan terbaru tentang Balqis rasanya tidak banyak. Cuma sudah mulai belajar berdiri. Balqis akan bergantung kepada apa yang ada di sekelilingnya untuk cuba berdiri.

Berat dan kesihatan biasa-biasa saja. Berat dah naik 8.5Kg, manakala kesihatan - sedang selsema. Sudah seminggu. Baru-baru ini Balqis ada mengikuti Lawatan Persatuan Sindrom Down Terengganu ke KL, tapi Umi Balqis belum buat posting berkaitan lawatan tersebut. Kata Umi, banyak berkongsi dengan ibubapa yang lain tentang anak-anak SD ini.

Antara 'sifat' mereka yang seakan sama adalah tidak suka air masak / kosong dan akan membaling botol selepas minum.


"Abi, ajar adik buat blog". Gaya seorang blogger cilik. Balqis dah mulai berdiri!


Senyum!


Di suatu hari yang panas...


Senyum sokmo.


Tidur di penjuru bilik mesyuarat. Kesian Balqis kena ikut abi gi meeting.


Sesekali ikat rambut.


Ni nak daftar masuk sekolah mana ni?


Main masak-masak


Di tepi pantai yang indah.. ku duduk seorang diri..


Menanti order nasi air siap.

Sekian catatan kebosanan!

7 comments:

abu muaz said...

Salam. Selamat menyambut tahun baru untuk Balqis.

amdang81 said...

A'ah. Nak masuk tahun baru ek. Nampak gaya kena buat makan-makan skit masuk tahun baru nih.. Lama dah tak ajak kawan-kawan makan kat rumah.

Ahmad said...

molek jugak tu...ambe sokong 300%

aku dr amin said...

salam buat abi balqis. wah comel sungguh balqis. jagalah balqis baik baik. moga saudara sekeluarga akan dimakmurkan rezeki dari ilahi. salam sayang buat adik balqis dari abg amin di manipal india. abang sekarang belajar di manipal india, perubatan. tetiba terserempak dengan blog ini. wassalam

aku dr amin said...

tengok yang pakai beg tu comel jugak. nanti hantar belajar kat PASTI

amdang81 said...

Salam Taaruf juga buat Amin. STudy molek-molek. :)

Alhamdulillah, rasanya Balqis cukup memurahkan rezeki kami..

Nafastari said...

Dah besar dia! Salam untuk Balqis.

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks