Melihat berita mengenai serangan pemuda BN terhadap markas Pemuda PAS awal pagi tadi, aku yakin dan pasti semuanya bermula dengan provokasi yang dilakukan oleh Abdul Azeez sebelum ini pada hari penamaan calon. Aku terkejut apabila kulit Azeez yang putih melepak menjadi hitam-hitam akibat 'dipukul' oleh sembilan penyokong PAS pada hari penamaan tersebut.
Apa yang lebih pelik adalah, walaupun pukulan yang diterima Azeez adalah 'kuat gila', Azeez masih terselamat dari kematian. Kerana kritikalnya pukulan yang diterima Azeez, maka berpusu-pusu pihak media memberi liputan meluas terhadap kejadian tersebut. Semuanya tidak lain dan bukan hanyalah mahu menggambarkan ganasnya penyokong PAS sehingga mampu menghitamkan Azeez dengan pukulan-pukulan maut.
Aku percaya semua itu adalah dirancang. Azeez sepatutnya tidak melalui laluan yang menempatkan penyokong PAS pada hari penamaan berkenaan. Masing-masing sudah mempunyai laluan masing-masing. Namun, kerana mahu melakukan provokasi dan mempunyai agenda tertentu, maka Azeez memilih untuk 'dipukul' seterusnya melengkapkan agenda pertama mereka iaitu pemuda PAS adalah ganas. Bagaimanapun, PAS tetap cool dengan permainan yang kebudak-budakan itu.
Antara pemuda PAS yang teruk diserang menggunakan parang
Agenda kedua mereka dapat dilihat melalui poster dan kain rentang yang dipasang oleh UMNO dan BN. Kebanyakannya berbentuk provokasi dan sengaja menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, PAS mengambil tindakan melalui saluran yang betul dengan menyertai pasukan pemantau untuk meminta semua bahan kempen yang berniat jahat itu diturunkan.
Agenda tiga adalah serangan yang dilakukan awal pagi tadi. Sudah tentu jawapan yang akan dijawab UMNO dan BN adalah ianya bermula dengan provokasi pihak PAS. Maka, pihak UMNO dan BN tidak mampu mengawal pemuda mereka yang sudah lama bersabar (bermula dengan serangan terhadap Azeez) dengan provokasi-provokasi yang dilakukan PAS.
Itu adalah jawapan standard pimpinan UMNO dan BN. Namun, semuanya adalah bagi menaikkan amarah penyokong dan petugas PAS yang berada di sana. Apapun, aku percaya PAS akan berjaya mengawal penyokong-penyokongnya dari terlibat dengan aktiviti samseng dan ganas seperti mana yang dilakukan pemuda UMNO tersebut.
Apa yang aku lebih percaya adalah, pihak media UMNO dan BN akan terus-terusan berat sebelah dan memalsukan kebenaran yang ada. Maka celakalah 1Malaysia bilamana rakyat didahulukan dengan pembohongan, pencapaian dimanipulasikan.
Selamat Mengundi buat semua pengundi POS pada hari ini...
No comments:
Post a Comment