02 September 2009

Selamat Hari Lahir Balqis!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Cerita Satu
Lokasi di rumah ibu mertuaku di Besut.

"Tadi kawe gi umah saing kawe, tengok muka adik dia, macam muka Balqis. Lek-lek." Cerita adik iparku.

"Sindrom Down jugak ke?" Isteriku bertanya adiknya.

"A'ah" Jawab adik lelakinya itu.

"Memang la budak gini muka sama. Mung tak tahu lagi ke?" Isteriku menjelaskan.

"Laa... Patut pun." Adik iparku senyum kerana baru tahu perkara tersebut.


Cerita Dua
Lokasi di rumah sepupuku di kampung Mangkuk, Setiu.

Ketika sedang duduk dan berbual-bual di ruang tamu rumah sepupuku itu, tiba-tiba dia mengalih topik secara tiba-tiba.

"Budak gining rupa-rupanya muka dia sama dok" Sepupuku memulakan kisah.

Mengikut sepupuku, dia biasa jumpa seorang budak sindrom down di kampung Penarik yang merupakan kampung bersebelahan dengan Kampung Mangkuk. Di situ dia biasa berjumpa dan menegur seorang remaja yang mengalami sindrom down.

Suatu hari, sepupuku ini ke Kuala Terengganu. Sedang dia dan kawannya minum di sebuah gerai, tiba-tiba dia terperasan 'remaja sindrom down' yang biasa ditegurnya di Kampung Penarik. Dengan selamba dia tegur dan cuba berbual-bual macam biasa.

Kemudian, dia terperasan kelainan pada remaja berkenaan. Apatah lagi bila dilihat ibu kepada remaja berkenaan dilihat lebih trendy dan tiada gaya kekampungan. Akhirnya barulah dia tahu yang dia sudah tersilap orang.
---------------------------------------------------------------

Hasil seni pertama Balqis di sekolah

Hari ini Balqis sudah menjangkau 1 tahun seminggu. Birthday Balqis pada 26 Ogos. Seminggu abi lewat untuk wish pada Balqis di blog ini. Abi lihat blog umi pun belum wish lagi untuk Balqis. Kami sebenarnya masing-masing bercadang memasukkan video terbaru Balqis di blog masing-masing. Banyak perkembangan baru yang sudah dicapai setahun oleh Balqis.

Balqis sudah pandai duduk sendiri, pandai melambai, pandai bersalaman sambil cium tangan, mengaminkan doa dan terbaru adalah angkat tangan bila disuruh. Itu apa yang biasa dilakukan di rumah.

Jika di sekolah lebih menarik melihat perkembangan Balqis. Step-step yang dilalui oleh Balqis dilepasi satu demi satu. Bermula dengan memegang objek, kemudian berpindah objek dari satu tangan ke tangan yang lain, diikuti dengan menyimpan objek yang dipegang ke dalam bekas.

Apa yang aku perasan satu kebaikan apa yang dipelajari di sekolah adalah, Balqis tidak mudah memasukkan sesuatu benda ke dalam mulutnya. Seakan dia tahu mainan adalah mainan. Cuma adakalanya dia menghisap mainannya mungkin kerana lapar atau geram.

Tidak sabar rasanya mahu berkongsi semua itu di sini. Jika punya kesempatan insyaAllah akan dimasukkan video atau gambar itu nanti. Mungkin juga boleh berkongsi cara tidur Balqis yang menarik! Atau cara duduknya yang teramat istimewa!

Wallahua'lam.

p/s: Maaf posting ini membuatkan anda tidak sabar menanti posting seterusnya. ;)

12 comments:

Nafastari said...

Saya gembira membaca perkembangan positif Balqis. Semoga dia akan membesar sebagai seorang budak yang sihat, seria dan bijak! Kami doakan segala yang terbaik untuknya.

chykeenzachary said...

selamat hari lahir balqis...
tak sabar tunggu entri seterusnya

abu muaz said...

Happy birthday balqis.
Ceritalah lagi..... cepat sikit jgn wat suspen je..

phalla said...

Hello your site is great, I am happy to be here with friends here, could you exchange my link?
I hope you could put my site in to your blog list and
I will do the same,,
here is my site

http://khmerlovenews.blogspot.com/
Phalla
Cheer

kak ina kl said...

salam amdang..happy birthday buat balqis..
akak yang duduk dekat taman melewar pun tak pernah msk tpt pas..
tenguk dari luar ajelah..

talikasutkayu said...

adik aku pun down sindrom skang dh berusia 29 tahun
dan anak aku yg ke 4 juga down sindrom tp meninggal usia 3 bulan.
aku mmg kesian tgk budak down sindrom..rupa diorang mmg sama & memilukan

nasikerabupetro said...

apa la enta ni...
bawak lari balqis gi ifthar MAMPAT.
x dapat Cik Iti buka ngan Balqis kelmarin... huhu...

@author said...

Selamat Hari Lahir Puteri Balqis. Moga ALLAH permudahkan urusan mu, urusan ibu bapa mu...

ummubalqis said...

xpela Cik Iti. Esok kita jumpa ye

Tabib Haji Norjae said...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

armouris said...

info tentang sindrom down kat sini - Masalah Genetik Punca Sindrom Down

mocha said...

HEPY belated besday from ur cute auntie..hebatnya BALQIS temankan umie masa hantar mocha dan cik Yah naik bus coz Abie kat KL outstation..he

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks