29 June 2009

Penjual Ikan Vs Pengurus Projek

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kata Muhyiddin:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi. Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng,"

Kata Muhyiddin calonnya nak bela Islam. Tapi, tidak pula dikhabarkan bahawa calonnya punya kelulusan yang tinggi dalam bidang agama. Katanya nak bawa obor perpaduan, tetapi Kerajaan Negeri Kelantan sejak dahulu dianaktirikan.

Dikatakan calonnya berilmu kerana takut jika tidak berilmu berlaku penyelewengan. Apa yang biasa kita tahu, lagi berilmu seseorang, lagi banyak idea-idea untuk dia membuat rasuah. Lagi tinggi kedudukan seseorang, lagi besar peluang untuk melakukan penyelewengan.

Namun, hanya iman sahaja yang mampu menjadi penghalang kepada segala salah laku dan penyelewengan. Iman mampu menghalang seorang penjawat awam dari melakukan rasuah. Iman mampu menghalang seorang yang berkedudukan tinggi menyeleweng.

Pengurus projek belum tentu mampu mengurus rakyat. Rakyat ini banyak ragamnya. Apatah lagi jika penduduk yang jauh dari kota seperti Manek Urai. Pada mereka semua perkara perlu dilayan Wakil Rakyat. Sakit, demam, anak masuk sekolah, beranak, kahwin, cerai, mati dan sebagainya. Rumit. Pengurus biasanya berurusan dengan mandur, atau pegawai di bawahnya sahaja. Lebih teruk jika pengurus tidak tahu mengurus, tetapi hanya tahu mengarah!.

Lihat pula pada si Penjual Ikan. Secara umumnya penjual / peniaga ini berurusan dengan ramai orang setiap hari. Dia perlu berjumpa dengan pembekal, dia juga perlu berurusan dengan pembeli-pembeli. Dia perlu berhadapan karenah pembekal, dia juga perlu melayani karenah pembeli. Ada yang hanya suka ikan Selayang, ada yang alah kepada Ikan Aya (Tongkol). Ada yang tidak memandang ikan Kembong dan Lolong (apa nama standard lolong ek?), tetapi sentiasa mahukan Tenggiri dan ikan Merah.

Melayan kerenah pembeli, berdepan kerenah pembekal membuatkan si penjual biasanya dikenali ramai. Sikap ramah, mudah berkira (mmudah bbaso - ayat YB Zul Mamat), tidak kedekut, jujur dalam timbangan akan dapat dinilai oleh pembeli peribadi si penjual.

Dari pemerhatian dan perbualan dengan orang-orang Manek Urai yang sempat dikunjungi 2 kali setakat ini, secara umumnya mereka mahukan YB yang bersama mereka. Dapat membantu ketika susah, mudah dirujuk apabila payah.

Apapun, secara umumnya kedudukan keduanya adalah masih 50-50. Dikatakan pengundi luar Manek Urai (bekerja/ belajar di luar) seramai 800 orang berada di sekitar Lembah Kelang. Itu tidak termasuk berada di negeri-negeri lain. Mereka ini dikenalpasti sebagai yang biasanya membantu kemenangan PAS. Dengan hari pembuangan undi pada hari Selasa, PAS dilihat tidak berada pada kedudukan selesa. Apapun penilaian, penduduk Manek Urai berhak memilih Penjual Ikan mahupun Pengurus Projek.

Wallahua'lam.

4 comments:

abu muaz said...

Saya sangat berminat dengan penulisan antara penjual ikan vs pengurus projek...tapi ada banyak kerja lagi ni... tgklah nanti saya komen.

Unknown said...

JUAL IKAN TAK PA... JANGAN JUAL HAK RAKYAT DAH LERR..

amdang81 said...

Oh Tuan Abu Muaz.. macam pernah jumpa kita.. takpe, saya nantikan komen-komen membina tuan..

Budak Kampung, Betul juga kata saudara..

Pa'chik said...

apa salah jual ikan.. bukan jual ugama...