Terkena Tag! lagi. Sebenarnya ini kali ke tiga. Kali kedua belum jawab lagi sebab panjang sangat arahan dia. Yang Baity punya ni simple jer. Kebetulan pula memang tengah niat nak upload gambar Balqis.
Mulanya nak ikut arahan, tapi bila buka laptop, tak jumpa folder keenam. Jadi aku ambik gambar-gambar baru Balqis dan masukkan jadi satu folder baru. Jadilah folder keenam. Bagaimanapun gambar ini bukanlah gambar keenam seperti yang diharapkan. Bagaimanapun gambar ini adalah selepas enam bulan umur Balqis. Kira enam jugak la.
Apa lebih baik dan bagus adalah, aku tidak akan tag sesiapa selepas ini. Biarlah ianya tamat di sini sahaja. ;)
Instructions:
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
Gambar 1.
Lokasi: Dalam rumah.
Gaya / Mood: Kepanasan.
Nota Balqis: Jangan ingat saya bogel tau! Pampers ada, cuma tak nampak jer.
Gambar 2.
Lokasi: Klinik Desa
Gaya / Mood: Menanti nama dipanggil
Nota Balqis: Apa la misi ni, panggil la nama kite cepat skit. Orang nak balik tengok wonder pet lak ni.
Gambar 3.
Lokasi: Dalam bilik
Gaya / Mood: Kumpul Daya
Nota Balqis: Zzzzzzz..
Gambar 4.
Lokasi: Dalam rumah.
Gaya / Mood: Main dengan bantal peluk Doraemon
Nota Balqis: Inilah kawan saya kalu Ubi (umi+abi) tak nak layan saya.
Gambar 5.
Lokasi: Ruang Tamu.
Gaya / Mood: Main sorang-sorang je.
Nota Balqis: Meh la Ubi main dengan adik..
Gambar 6
Lokasi: Dalam bilik di rumah Tok.
Gaya / Mood: Gelekek suka selepas mandi.
Nota Balqis: Kalu pakai topi ni, mesti nak gi kuar jalan-jalan. Yea yea..
Gambar 7 & 8.
Lokasi: Di sebuah lokasi Peranginan di Setiu. (Aku tak reti nak eja nama tempat ni)
Gaya / Mood: Sejuk sampai terangkat-angkat kaki bila kena air.
Nota Balqis: Apalah Abi ni, Balqis dah mandi la pagi tadi. Abi tu yang belum mandi lagi.
Gambar 9.
Lokasi: Bahagian Pediatrik, HSNZ
Gaya / Mood: Ngantuk sebab lama tunggu giliran.
Nota Balqis: Mana Dr Syarifah Huda ngan Dr Jun ni. Ubi nak masuk opis lak nanti.
Nota Aku:
Dua hari lalu aku membawa Balqis ke bahagian Pediatrik HSNZ. Balqis ada temujanji untuk pemeriksaan jantung. Temujanji ini sudah dilakukan sejak 6 bulan yang lalu. Alhamdulillah, menurut Dr Syarifah Huda jantung Balqis tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Namun, Balqis tetap perlu datang semula untuk pemeriksaan demi pemeriksaan selanjutnya.
Mengikut Dr Syarifah, individu yang mengalami Sindrom Down mempunyai keberangkalian tinggi untuk mengalami masalah jantung, usus dan beberapa penyakit lagi. Dia kelihatan berpuas hati dengan kesihatan Balqis cuma berpesan supaya Balqis perlu diberi lebih makan.
Aku dan isteri senyum. Kami tahu bagaimana kuatnya Balqis makan sekarang ini. Minggu lalu ketika ditimbang di klinik desa, berat Balqis hanya 5.3kg. Tapi, pada 2 hari lalu berat Balqis dah bertambah kepada 5.8 kg! Dalam masa seminggu kenaikan 0.5kg adalah suatu peningkatan yang sangat besar.
Wallahua'lam.
p/s: Semoga Cik Baity puas hati dengan gambar-gambar Balqis ni. Kalu nak lagi puas hati, meh la jalan umah dukung Balqis.
6 comments:
actually,
tengah rindu sangat2 kat Balqis...
nantilah, bila free, cik Iti datang yea Qis...mmuah...mmuahhhh...
Tq la Abi dia tolong jawabkan.
Balqis dah pandai apa lagi?
Dah pandai minta adik?
:P
www.afyan.com
Alhamdulillah sihat...
Bilalah nak jumpa ni erk...
ehehe
Afyan, Balqis belum minta adik lagi.. tapi dia minta Umi sorang lagi sbb Umi dia ni bz sgt. Heheheh.
Azlina, a'ah ek, nti tak jumpa lagi Balqis.. takpe, takpe..
abi yang bak umi baru, cakap adik plak. x baik fitnah adik tau
Betul Umi.., aritu adik bgtau Abi minta Umi sorang lagi. Tapi Abi dah cakap kat adik yang Umi sorang pun dah cukup. Abi kata Umi baik, comel, penyabar, sporting.. macam-macam lagi la Abi puji Umi depan adik..
Post a Comment