17 August 2008

Adakah Saiful Akan Dimakan Sumpah?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Alang-alang Mandi, biar basah.
Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan."

Itu pepatah Melayu. Pepatah ini biasanya digunakan bagi menggambarkan sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Pepatah ini juga biasa digunakan dalam Filem Melayu. Filem apa? Cubalah cari sendiri.

(Ketika menulis artikel ini, air liur aku sedikit kecur. Kenapa tidaknya bilamana membayangkan ikan perkasam (mana yang betul PERkasam atau PEkasam?) yang sungguh semerbak baunya itu.)

Aku sudah menjangka yang Si Saiful itu akan melakukan sumpah yang disebut Mubahalah itu. Ini berikutan kes yang dilalui ini merupakan suatu ulangan kepada apa yang telah berlaku pada 1999. Jadi, untuk memastikan impak yang lebih besar dan memastikan apa yang dipertuduhkan itu dilihat benar, maka sumpah seumpama itu terpaksa dilakukan.

Saiful tidak akan dipercayai jika sekadar membuat laporan polis dia diliwat. Kenyataan media, serangan di blog dan frensternya juga tidak dapat menimbulkan keyakinan orang ramai kepadanya. Jadi, dia terpaksa membuat sesuatu supaya dia dilihat benar-benar telah dinodai dan tidak merelakan dirinya dinodai. Caranya adalah dengan bersumpah.

Aku tertarik dengan kenyataan beberapa pimpinan tertinggi PAS dalam kes bersumpah ini. Pertamanya Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

"Ianya satu kebodohan terhadap hukum Islam lebih-lebih lagi yang memakai jenama agama (Islam), Perkara ini mesti difahami dengan jelas. Bagi kita orang Islam kita ada li'an. Li'an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri. Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah,"

Saiful telah melakukan sumpah dihadapan bapanya, Azlan Mohd Lazim dan Imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Kenyataan TG Presiden Pas itu turut disokong oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang turut menyatakan cara sumpah yang dilakukan salah dan mengikut cara Kristian. Mengikut TG Mursyidul Am Pas, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Sementara Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Harun Din pula menyelar Saiful yang bersumpah melibatkan keturunan dan meminta Saiful menarik balik sumpah tersebut. Dalam satu sidang media, Ustaz Haron Din dipetik berkata;

"Mengapa nak libatkan keturunannya dilaknat sampai bila-bila? Keturunan tak bersalah. Diri sendiri buat salah, perlu ditanggung sendiri."

Mungkin nasihat Dr Harun Din itu berguna bagi tunang Saiful berfikir untuk meneruskan perkahwinan mereka. Keturunan yang disebut juga tidak diketahui sehingga ke berapa keturunan? Sumpah Mahsuri hanya tujuh keturunan. Ada juga had masanya. Sumpah Saiful mungkin sehingga kiamat.

Sebagai seorang awam, aku tidaklah tahu dengan lanjut perihal sumpah menyumpah ini. Namun, pada aku pandangan ulamak perlu diambil bagi memastikan ianya berjalan mengikut saluran dan cara yang betul.

Apapun, sumpah Saiful membuktikan dia nekad untuk mengakui dirinya diliwat. Sumpah Saiful juga meletakkan dirinya sudah 'menang' bagi pihak yang menyokongnya. Namun, dia juga dilihat sudah mempunyai suatu agenda bilamana bersumpah sehari sebelum penamaan calon dilakukan.

Sumpah Saiful juga akan dinilai melalui beberapa perkara. Antaranya kemenangan Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Jika Anwar kalah, sumpah Saiful dilihat telah 'berhasil'. Bagaimana jika Anwar menang? 16 September pula akan ditunggu.

Wallahua'lam.

3 comments:

Anonymous said...

Saya cuma bersimpati kalau dia betul2 kena liwat. Tentu sakit dan pedih! Tapi silap dia jugak, kenapa tak melawan masa dia nak kena liwat tu...

By the way, did he get paid for doing the sumpah?

Anonymous said...

Salam...
Sekadar buah pandangan. Aku sokong kalau bentuk bala Tuhan tu manusia boleh kenalpasti, sah dan hak.. Kalau setakat kemenangan dsai di pmtg pauh itu dijadikan kayu pengukurnya..aku rasa itu sekadar persepsi manusia yang cuba mempolitikkan percaturan Tuhan. Cukuplah dengan apa yg dah berlaku sekarang.. jangan sampai Tuhan diajak sekali berpolitik.
Aku bukan dari kandang mana-mana.. bukan harimau tiba-tiba masuk kandang kambing nak tunjuk bagus!
sekadar angin yang sesekali bertiup.. mana-mana kandang pun akan rasa nyamannya..
salam..

halim said...

Dengar cerita anunya tak berfungsi dengan baik tersumbat nak buang air pun payah makan dek sesumpah kot