01 August 2010

Anakku Sindrom Down

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi aku terjumpa satu mesej dalam peti shoutbox:

"salam...saya jumpa blog ni masa cari blog tentang down sindrom, saya baru sebulan melahirkan baby sd, pls help me" - Annur Fitrah

Tarikh mesej tersebut masuk adalah 29 Julai. Nampaknya aku terlewat beberapa hari membaca mesej tersebut. Memang aku jarang menjenguk blog sendiri apabila tiada apa-apa yang ingin dilakukan pada blog.

Aku mengambil sedikit masa untuk berbicara tentang perasaan dengan pemilik blog Annur Fitrah tersebut. Aku mengalami perasaan tersebut ketika berdepan dengan situasi mula-mula Balqis dilahirkan. Aku juga percaya tidak semua ibubapa dapat menerima kehadiran insan istimewa sebegini dengan hati yang amat terbuka.

Aku kongsikan di sini semoga ianya bermanfaat kepada semua.

Assalamualaikum wbt...

Pertamanya, berbangga dan berbahagialahlah kerana Akak dikurniakan seorang anak yang merupakan AHLI SYURGA!

Keduanya, percayalah bahawa akak tidak akan kecewa menjaga anak yang CUKUP ISTIMEWA ini.

Alhamdulillah, untuk pengetahuan Akak sekeluarga, saya sekarang sudah hampir 2 tahun dikurniakan Allah seorang anak istimewa yang diberi nama Balqis. Balqis merupakan anak pertama dalam keluarga kecil kami.

Terkejut, sedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan sebenarnya timbul apabila saya dikhabarkan oleh nurse tentang Balqis mengalami Sindrome Down. Bayangkan betapa saya yang amat excited baru bergelar ayah, tiba-tiba mendapat khabar yang mengejutkan!(pendapat saya ketika itu, Astaghfirullah.)

Walaupun berat untuk menerima hakikat ketika itu, saya gagahkan juga. Saya buang perasaan sangka buruk dengan Allah, saya ambil wudhu' dan melakukan Sujud Syukur.

Wajib pada saya untuk bersyukur dengan Bayi Istimewa itu. Ianya pemberian Allah. Anak pertama kami.

Wajib saya bersyukur kerana di saat ramai pasangan lain tidak mempunyai zuriat, saya dipilih Allah mempunyai zuriat.

Wajib untuk saya bersyukur kerana anak saya masih sempurna anggotanya. Malah di luar sana masih ramai yang diuji dengan ujian yang lebih teruk. Allah hanya menguji saya dengan ujian yang amat sedikit.

Percayalah, insan Istimewa ini akan mengajar kita untuk lebih memahami kehidupan di dunia ini. Soal kasih sayang, soal saling tolong menolong, soal perasaan dan sebagainya.

Apa yang lebih penting, mereka mengingatkan kita tentang hebatnya Allah SWT atas setiap kejadian makhluknya.

Selamat Datang ke Dunia yang Serba Indah!!

Salam Ikhlas dari:
http://amdang81.blogspot.com
Di hujung kalam, aku kongsikan laman Facebook: Sindrom Down: Kumpulan Sokongan

Wallahua'lam.


Video Terbaru Balqis.

4 comments:

Azma said...

hihi..bergolek2 balqis. seronok ye dpt skil baru.. keep up ur good work balqis
Apa yg zaidan catitkan di atas memang benar.Itulah keadaan, perasaan yg dialami oleh parents yg terpilih ini. Tp membesarkan insan istimewa ini membuatkan hidup menjadi sangat2 berwarna-warni.. :)

Unknown said...

Salam..
Sy baru sje melahirkan bayi comel yg disyaki SD 20 hari lps..
Baru minggu lps, hospital amik darah baby for kromosom study..
Berdasarkan pengalaman Amdang sndiri, brape lama keputusan kromosom study bleh diketahui?
Sementara menunggu keputusan kromosom study tersebut, ape tanda2 pada bayi yg kite bleh kesan sendiri bahawa dia benar2 SD? Maksud sy, kelainan pada dia berbanding bayi lain?

amdang81 said...

Salam Nia.

Saya tak pasti berapa lama sebetulnya keputusan kromosom study. Macam kami, selepas adakan ujian tersebut pada Balqis, tidak terus dimaklumkan keputusannya. Sebaliknya dimaklumkan pada temujanji biasa. Kira-kira 3 atau 4 bulan kemudian.

Kebiasaan baby SD dikesan semasa lahir melalui rupa. Jika tidak silap, kebiasaan bayi dilahirkan menangis, tetapi baby SD ni biasanya senyap.

Tanda lain tu bergantung pada bayi masing-masing. Tidak semuanya ada tanda-tanda. Macam satu garisan di tapak tangan, atau jari agak kemetot. Biasanya tanda berbeza juga antara satu sama lain / tidak semua bayi mempunyai tanda yang sama.

Apapun, bersifat lapang dan tenang sahaja menerima keputusan itu nanti. Kami lebih suka mengambil keputusan Balqis adalah SD tanpa menunggu keputusan. Supaya kami lebih bersedia dan tidak terlalu mengharap.

Wallahua'lam.

annur fitrah said...

Comelnya...seronoknya tengok baby toddler tak kira la SD ke tak..sama jer aktifnya