18 February 2010

'Geng Terengganu' Sudah Lama Wujud.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku sebenarnya tidak berminat untuk mengulas 'pertelingkahan dalaman'. Itupun sekiranya benar wujud pertelingkahan dalaman. Jika benar wujud, adakah asasnya kuat, atau sengaja diadakan bagi menjayakan agenda pihak-pihak tertentu, atau berlaku kerana sifat angkuh dan ego dalam diri. Tetapi sudah tentu setiap dakwaan, mahupun apa yang dinamakan pendedahan oleh pihak-pihak berkenaan dilapik dengan 'niat menyelamatkan parti'.

Petikan Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan seorang penulis blog, iaitu Abdul Rahman Talib memberi ingatan agar waspada dengan 'geng Terengganu' yang dikatakan mengawal tindakan Presiden PAS. Sambil membangkitkan 'geng Terengganu' tersebut menguasai kedudukan strategik dalam kepimpinan PAS Pusat.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tulang Besi tersebut dilihat ada kebenarannya memandangkan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama dan Timbalan Ketua Pemuda, serta Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terdiri dari orang Terengganu.

Namun, perlu diingat nama-nama tersebut kecuali Ustaz Azman Shapawi merupakan nama-nama besar dalam PAS sejak dahulu lagi. Ustaz Harun Taib memegang kerusi Ketua Dewan Ulama sudah berapa tahun? Kerusi tersebut sebelum ini dilepaskan kerana Ustaz Harun cuba bertanding Jawatan Timbalan Presiden PAS.

Dato' Mustafa Ali bergelumang dengan PAS Pusat bukan baru. Kira-kira 12 tahun lamanya Cikgu Pa memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pernah menjadi Bendahari PAS Pusat, juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS. Sebagai orang lama dalam politik, tentulah jasanya diperlukan untuk mengemudi parti sebagai SU Agung. Apatah lagi dalam situasi Pakatan Rakyat masih baru membentuk kerajaan.

Bagitu juga dengan Dato' Abu Bakar Chik. Juga pernah memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam tempoh yang agak lama. Sejak itu rasanya kekal dalam AJK PAS Pusat sehingga hari ini. Kepercayaan perwakilan membuktikan kemampuan beliau dalam kerja-kerja membangunkan parti. Hari ini jika dilihat pada Unit Amal, PASTI sudah tentu akan dikaitkan dengan Ustaz Abu Bakar Chik.

PAS Terengganu sebenarnya sudah lama menguasai PAS Pusat. Sebelum ini ada lagi nama seperti Dato Wan Mutalib dalam AJK PAS Pusat. Malah Muslimat PAS Terengganu juga pernah memimpin Muslimat Pusat. Tapi sebelum ini tiada siapa persoalkan PAS Terengganu memimpin dan menguasai PAS Pusat. Malah pimpinan dari Terengganu saban minggu keliling negara ketika itu bagi menjayakan program-program tarbiyyah mahupun penerangan politik bagi mengembangkan PAS.

Ketika itu, kesusahan bukan seperti sekarang. Ahli kini telah ramai, cawangan tumbuh melata. Malah kerajaan pun ada. Jika benar dan betul sungguh PAS Terengganu mahu bersekongkol dengan UMNO, nama-nama di atas tidak perlu menunjukkan minat pada masa sekarang. Cikgu Pa misalnya pernah melepaskan jawatan Timbalan Menteri kerana PAS keluar dari gabungan BN.

Berbalik kepada persoalan Geng Terengganu menguasai kedudukan strategik parti dan dilihat menguasai Presiden. Jika benar Cikgu Pa menggunakan kedudukannya dalam Harakah, kenapa sesetengah keluaran Harakah edisi cetak, langsung tiada gambar TG Presiden PAS. Rasanya persoalan ini berbangkit apabila kenyataan Cikgu Pa dalam mengulas isu 16 September tahun sudah dimuatkan dalam Harakah. Itu sahaja. Jadi, tidak relevan sama sekali tuduhan Tulang Besi tersebut.

Dalam soal siapa Setiausaha Politik TG Presiden, rasanya isu tersebut memalukan sahaja dibangkitkan Tulang Besi. Apakah itu suatu kesalahan besar dan menyebabkan Presiden PAS menjadi terkebelakang? Dr Shamsuri seorang ahli akademik. Dipilih kerana komitmen dan ilmunya. Adakah ada ahli akademik lain yang sedia bekerja dengan PAS yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan dunia seperti SU Politik Mohd Nor Yaakob?

Bagitu juga dalam soal Unit IT PAS Pusat. PAS Terengganu sebenarnya banyak berkorban dalam segala hal. Ingatkan dengan menyumbang orang Terengganu untuk memimpin Unit IT akan dihargai, rupanya mendapat kejian sahaja. Bolehlah Tulang Besi menghantar resume untuk mengendalikan Unit IT PAS bagi membesarkan lagi fitnah terhadap pimpinan. Alang-alang naik turun hantar laporan itu dan ini, jangan lupa hantar sekali resume.

Kesimpulan dari segala kritikan dan tohmahan yang berlegar-legar tersebut berpunca dari satu sahaja. PAS Terengganu gagal menawan Terengganu. Itu sahaja. Apabila tewas, maka dilihatlah segala perkara adalah negatif dan teruk. Cuba bandingkan dengan pimpinan di lain-lain negeri, walaupun jentera berterabur, tiada Poling Agent & Counting Agent semasa hari pembuangan undi, tetapi dengan sebab menang, maka dilihat hero dan dijulang-julang.

Tulisan ini bukan bermaksud 'mengungkit', tetapi mahu memberi faham wujudnya tangan-tangan jahat (firaun-firaun kecil?) dalam merosakkan jemaah yang mungkin muncul dari dalam dan luar. Inilah sebenarnya ujian dalam perjuangan yang perlu dilalui dengan solat dan sabar. Di sinilah dapat diuji kekuatan pimpinan, ketaatan ahli, dan keutuhan jemaah dan PR itu sendiri. Inilah harga yang mahal perlu dibayar untuk sebuah kemenangan.

Wallahua'lam.

6 comments:

nasikerabupetro said...

Ana setuju...
Nak-nak bab IT Terengganu tu...
Diorang memang pandang sebelah mata je kat Terengganu tanpa sedar siapa selama ni yang susah-payah menjadi Hero Tanpa Nama dalam jemaah...

Semoga kita semua melalui tapisan Allah ini dengan baik, ameen ya Allah.

GTH dengan orang2 mcm TB ni...

Unknown said...

dia kata negeri sendiri pun tak boleh nak jaga...woi firaun kecil ...kalau kan tidak terengganu kalah boleh kah 5 negeri itu dapat ke PR.harus sedar sikit pelbagai helahan paklah supaya tumbang kan terengganu agar BN memerintah sehingga terlepas p.pinang,kedah,perak,kelanta,selangor ke tangan PR.satu negeri kita kalah kat terengganu 5 negeri kita dapat...wahai mangkuk2 dalam pas haru ssedar benda ni...

mns said...

Orang yang berdendam nie macam tulah . Lepas dia tuduh itu ini tak berbekas dia buat la pula isu baru . Kalau dulu dia tulis dalam blog pastu dah tak laku . Dia cari pula suratkhabar nak bagi nampak baik . TB ni cakap bukan main cuba tengok macam mana rumah dia ? apa jenis kereta dia ? tu baru tak jadi apa2 . Kalau ada jawatan lagi sahlah akan jadi CEO sana sini . Waktu tu dia kata la dia nak selamatkan syarikat dari lingkup .

Memang dia saja yang betoi . AKu orang kedah pun naik menyampah dengan orang2 macam nie .

SearchForHeaven said...

bernas gok hok mung tulis..

tapi kalu hati doh suke hok negatif.. negatif laa dia amik..

tak tengok macam mana Nabi melebihkan Ahli BAdr berbanding orang lain..

masa orang lain tak berjuang.. orang ini tetap berjuang..

masa dilanda kemenangan dan fitnah kemenangan..
dituduh plak puak yang lama berjuang dgn itu ini..

Ali Zaidan said...

Salam Amdang. Aku mintak izin ambil artikel ni. Tkasih.

narumi hayashida said...

Assalamualaikum...

Nak tumpang komen juga. Biarpun

lambat sikit baca. Akhir zaman ni

manusia bersifat 'firaun kecil'

tumbuh macam cendawan. Nak lok

saje, bahaya juga. Dok lok, tapi

layang sangat, orang cop kita

bodoh plok. Apapun, keje tetap

keja, sambil kita Geng Terengganu

Muda pasang strategi, tinggikan

kualiti perjuangan. Teringat kata2

orang kuat IT Terengganu. "Biar la

nama x dikenali di bumi, tapi

terkenal di langit..amin!"