20 April 2008

Tali Pinggang Keledar Belakang: Wajarkah?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Isunya keselamatan. Pakai tali pinggang untuk keselamatan. Penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang kenderaan itu dikatakan mampu mencegah 350 kematian setahun mengikut statistik polis. Perkara ini disebut oleh Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh.

Bagi rakyat, isunya amat berlainan sama sekali. Tali pinggang keledar belakang bermakna mengurangkan penumpang. Jika dulu satu keluarga sejumlah 8 beradik boleh menaiki sebuah kereta, bermakna sekarang ianya akan menjadi satu kesalahan. Amalan meriba adik beradik mungkin tidak berlaku lagi.

Rata-rata rakyat Malaysia memiliki ahli keluarga yang ramai. 5 atau 6 orang anak itu perkara biasa. Bahkan sesetengah tempat, 8 hingga 10 pun masih biasa. Jika 5 anak, dicampur dengan bapa yang memandu dan ibu disebelah, maka sudah menjadi 7.

Jika penggunaan tali pinggang belakang dikuatkuasakan, sudah tentu paling sesuai dan relevan hanya 5 pengguna. 1 pemandu dan 4 penumpang. Jika anak kecil, mungkin sesuai diriba. Tapi, bagaimana jika semuanya sekitar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tentu berdepan dengan kesukaran dan bermasalah. Apatah lagi jika ianya satu perjalanan yang penting seperti balik kampung dan sebagainya.

Avanza, kenderaan MPV mungkin boleh dilihat sebagai satu penyelesaian kepada masalah ini. Namun, berapa ramai rakyat Malaysia mampu menggunakan kenderaan ini. Rata-rata masih selesa menggunakan Kancil dan Kelisa. Mudah menyelinap, harga murah dan minyak kecil. Pendek kata, itu sahaja yang termampu.

Aku amat berharap penguatkuasaan ini tidak berlaku. Pendidikan keselamatan itu yang penting. Namun, soal tidak menyusahkan rakyat perlu diambil kira. Jangan sampai rakyat melihat semuanya tidak kena dengan pentadbiran yang ada.

Wallahua'lam

2 comments:

mus said...

Nampaknya kerajaan hari ini masih memekakkan telinga untuk mendengar apa yang rakyat mahu, sebaliknya mereka menyogok apa sahaja yang mereka cipta untuk diterima rakyat. Seolah rakyat tidak tahu berfikir sendiri dan seolah mereka begitu cerdik dan mempunyai penyelesaian yang mudah sekali untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalanraya.

Nampaknya kerajaan ini masih perlu diajar dengan lebih serius dalam pilihanraya akan datang.

Marilah kita mulakan sekarang, merangka dan melaksanakan strategi 'mengajar' kerajaan yang bongkak ini. Tempoh 4 atau 5 tahun tidak lama.

Anonymous said...

Mungkin ada baiknya undang2 ini tapi sy sama sekali tidak bersetuju kerana ini bukan punca utama kadar kemalangan yg semakin meningkat. Yelah, pakai tali pinggang belakang pun confirm takde kemalangan ke? Sepatutnya kerajaan kembali kepada basic, sikap dan cara pemanduan itu sendiri. Kalau dilihat skrg ni, berapa ramai yg dapat lesen dgn merasuah pegawai JPJ yang menguji mereka? Sbb itulah ramai sgt yg belum mahir memandu boleh dapat lesen, kemudian cepat gelabah lalu berlakunya kemalangan.

Kalau boleh ditambah lg bilangan jam utk belajar memandu, biar sebulan dua lamanya pun tak apa, dan tambah lagi kesukaran trek ujian memandu, setakat bukit tu nothing la, dan buat lapangan trek yg lebih mantap, gunakan sensor dan komputer bukan manusia, confirm tak boleh menipu. Ini yg sy belajar ketika di Korea dan Jepun, di sana bukan senang nak dpt lesen kerana semua ujian komputer yang control.

Dan yg lebih buruk, kerajaan cuma tahu perkenal undang2 baru yg mungkin lebih ketat, tapi penguatkuasaan sangat lah kurang. Sebab dah banyk undang2 sgt kot, tak menang tangan polis pun.