Gambar ini dipetik dari blog Herman Samsudeen. Mengikut maklumat yang diberikan, gambar ini dirakam pada 14 Feb 2010 lepas di Pantai Rusila.
Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.
Nota: Kalu aku ada di tempat kejadian, tentu aku orang pertama tukang jerit "Tolong, tolong.." Sebab itu sahaja pertolongan yang aku mampu berikan kot...
"Menyelamatkan mangsa yang lemas bukanlah terlalu besar berbanding dengan tugasan presiden yang istiqamah berusaha menyelamatkan ummah yang lemas semenjak dari dulu hingga sekarang." - Ustaz Ahmad Kamal Ali, Ketua DPP Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment