11 November 2009

Ada baiknya Zulkifli Nordin sertai PAS...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Jika Zulkifli Nordin tidak bersama PKR, mahu rasanya mengajak beliau untuk bersama-sama dengan PAS. Bukan tidak mahu mengajak menyertai PAS, tetapi nanti PAS akan dikatakan oleh kawan sebagai 'mengkhianati' kawan. Apapun, perlu diingat dasar PAS adalah Islam dan tidak seperti PKR.



Aku terpanggil untuk melontarkan tulisan ini bilamana melihat ada individu yang berada dalam kelompok yang kurang islamik, tetapi begitu menunjukkan 'minat' ke arah Islam. Zulkifli Nordin agak terkenal dengan pendedahan kes-kes murtad yang berlaku dalam negara. Selain itu, keberanian beliau mempertahankan Islam dalam beberapa kes yang berlaku turut menunjukkan komitmen yang tinggi beliau di dalam perjuangan Islam.

Dalam kenyataan media semalam, Zulkifkli Nordin dipetik sebagaimana berkata:
"Saya ingin menegaskan apa yang saya telah sebut secara konsisten dan istiqomah; mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim adalah sesuatu yang sangat berharga bagi saya. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk Islam. Saya adalah Muslim dahulu, Ahli Parlimen kedua. Saya adalah Muslim dahulu, ahli parti kedua. Apabila tiba harinya saya terpaksa memilih diantara Islam dan parti, saya tanpa sedikit keraguann pun akan pasti memilih Islam."
Aku terfikir, apakah tindakan Zulikfli Nordin yang mempertahankan Islam itu akan menyebabkan Pakatan Rakyat akan mundur dan lemah? Adakah tindakan itu akan dikira mengkhianati PR?

Sama-sama kita renung dari sudut kita yang mengaku berada di dalam Parti Islam.

Wallahua'lam.
------------------------------------------------------------
Nota:

Untuk makluman, aku menulis isu Zulkifli Nordin ini dengan sedar siapa Zulkifli Nordin. Adapun tulisan ini ditujukan kepada pihak yang mengambil tindakan tertentu kepada pihak-pihak yang menyokong Islam dengan mendahulukan Pakatan Rakyat. Selamatkan PAS!!

3 comments:

Gorgon Kuning said...

"Untuk makluman, aku menulis isu Zulkifli Nordin ini dengan sedar siapa Zulkifli Nordin.."

Apa maksud saudara tentang pernyataan di atas?

Adakah maksudnya saudara tahu dia sememangnya ahli Pas dahulu? Dia jenis yang tidak boleh mengikut arahan. Nak buat ikut kepala dia shj. Sebab tu dia tidak menjadi calon Pas.

Saudara pernah dengar ceramah dia. Saya dah beberapa kali dengar ceramah di surau kat bangi. Kalo ikut ceramah dia, kat dlm parlimen tu dia sorang je yang bela islam. Yang lain hampeh.

Geng takbir tiga 3 kali (istilah yg diberikan kpd pas) langsung xle harap...

amdang81 said...

Nampaknya saya tak perlu jelaskan apa yang sudah jelas.. :)

pena_cyber said...

Tak Payah masuk PAS, massuk DAP pun tak pe. Kan DAP tak hina Islam, ape salahnya perjuangkan Islam dalam DAP.

Ajak cina kafir dalam DAP tu baca ayat suci Al-Quran, pas tu, orang melayu dalam PKR gi sembahyang cina kafir mampus sambil diperhatikan oleh Ulamak PAS. Ok Kan.