09 November 2009

Akhirnya Anwar Ibrahim bersuara...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hari ini Harakahdaily melaporkan:

Anwar rakam terima kasih, puji cara PAS selesai masalah.

"PAS ternyata sebuah parti yang komited dengan Pakatan Rakyat, matang dan bijak menangani permasalahan yang timbul.

"Saya juga berterima kasih dengan kepimpinanya yang sedaya upaya memperkemaskan pemuafakatan yang sedia ada demi perjuangan memartabatkan Negara berkebajikan, " Kata Anwar

Pujian dan terima kasih Anwar tersebut dilontarkan selepas PAS mengadakan Seminar Memperkasakan Parti pada Sabtu lalu. Sebelum ini ketika mana Presiden PAS dan beberapa pimpinan PAS diserang, tidak kedengaran suara Anwar dalam menyokong Presiden PAS.

Paling tidak, Anwar boleh mengambil langkah tengah dengan menenangkan semua pihak dengan mengatakan "Pakatan Rakyat selesa dengan kepimpinan Hadi ketika ini".

Atau mungkin "Pakatan Rakyat berjalan seperti biasa" bagi menggambarkan suasana yang baik antara parti-parti dalam PR.

Tapi, di manakah Anwar ketika itu?

4 comments:

Sebal said...

ala, klo anwar comment masa tu,pun hang berbunyi..tuduh anwar campur tangan hal ehwal PAS..

lebih baik hang diam ajelah.

amdang81 said...

Itu hanya PERSEPSI saudara... ;)

Gorgon Kuning said...

Lebih kurang je kot pres PAS ngan nuar ni. time timbul isu pi oversea. suh pembantu wat press conference.

tukor je la dua2..

pena_cyber said...

Nak heran ape, PAS tak dok pung dalam pikiran anwar.

Ibarat kata, hidung tak mancong, pipi tersorong-sorong...

 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks