27 June 2007

Akil Hayy ditahan Jais, arak pula dibiarkan berleluasa!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pelikkan negara kita? yang jelas-jelas salah dan haram selamba jer dibiarkan. Tetapi benda baik nak buat punya la cukup susah. Aku bukanlah kata tindakan JAIS tangkap Us Akhil tu salah 100%, tetapi perlu dilihat sejauh mana mudaratnya ceramah yang dibawa Ustaz Rock tu. Sedangkan pada masa yang sama maksiat yang berlaku di sekitar Selangor dibiarkan berleluasa tanpa sebarang kawalan. Apakah politik sudah benar-benar penting dari agama? atau orang JAIS pula bukan lagi badan agama tetapi badan Politik Islam yang baru?

Sedih dan pedih, tapi hakikat dan kenyataan adalah Hadharinya Malaysia ku...

---------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Apakah jadahnya? Juara menyediakan arak tidak ditahan, tetapi pendakwah dianiaya dan ditahan dari menyampaikan syariat Islam.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan berita tiga anak Melayu yang menjadi juara menyediakan arak, dan agak malang pihak penguatkuasa agama membuta mata dan memekakkan telinga tanpa memgambil sebarang tindakan walaupun ia dilaporkan secara gah dalam akhbar The Star, 15 Jun 2007 yang lalu.

Hari ini, pihak Harakahdaily mendapat laporan bahawa pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007).

ImageBeliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor.

Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor.

Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik.

Malah dakwanya ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik.

Beliau yang merupakan penceramah tunggal di majlis berkenaan, berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain.

Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.

Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan.

Katanya lagi sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah.

Selepas itu katanya, beliau terus dibawa di Balai Polis Seri Kembangan.

Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut.

"Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis.

"Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis.

Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah.

"Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.

23 June 2007

Ustaz Fadzil Noor dalam kenangan

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullah...


Al-Faatihah...
Sekejap rasanya 5 tahun yang berlalu. Aku ketika itu di akhir pengajian di UiTM. Aku tidaklah kenal rapat dengan almarhum ustaz, tetapi biasa mengikuti perkembangan almarhum dari jauh.

2003, aku bekerja di Gombak. Ketika itu aku biasa ikuti kuliah 'Aqidah dan Perjuangan' di Markaz Taman Melewar. Buku yang terhasil dari ucapan-ucapan dan tulisan almarhum dijadikan sebagai satu rujukan kepada kami generasi muda untuk memahami dan berpegang dengan aqidah yang satu, dan perjuangan yang suci.

Dalam kehidupan harian, almarhum banyak menunjukkan contoh kepada masyarakat. Antara satu kisah yang senantiasa disebut adalah kisah almarhum berbaris di dalam sebuah bank bagi membayar ansuran kereta. Dalam kesibukan, almarhum mengambil pendekatan sesekali turun bersama masyarakat bagi merasai susah payah, keperitan dan asam garam manusia. Semoga almarhum ustaz ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....

---------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Peristiwa 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya idola tersayang, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor.

ImageAlmarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.

Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.

Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya.

Kini lima tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.

Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli dan kepimpinan PAS turut merasainya.

Beliau yang dihubungi kagum dengan kehebatan dan kepintaran Almarhum memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002.

Katanya, kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Almarhum juga tambah beliau, dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.

Kamaruddin berharap ahli dan pimpinan PAS sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyifatkan Almarhum cukup `friendly' walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti.

"Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat `kebapaan' jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami," katanya.

Menurut beliau kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum.

Kepada kaum keluarganya kata beliau, seharusnya berusaha untuk menjejaki langkah meneruskan perjuangan Almarhum.

"Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah," katanya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berikrar untuk cuba bersungguh-sungguh melangsungkan hasarat dan cita-cita Almarhum mengaplikasikan pendeakatan perjuangan dan menjadikan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia.

Menurut beliau, Almarhum telah berjaya meletakkan diirnya bukan sekadar pimpinan PAS tetapi rakyat di luar sana.

Katanya, Almarhum merupakan seorang reformis yang memiliki keberanian untuk melakukan beberapa anjakan paradigma dalam menentukan pemikiran dan hala tuju perjuangan parti.

"Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan," jelasnya. - mns

19 June 2007

Idris Pelawok Lagi!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ahad lepas, seorang teman datang bertandang ke pejabat aku. Ketika sibuk berbual, dia memulakan satu topik yang nampaknya mula diberi perhatian oleh MB Terengganu, Idris Jusoh. Isu Pasar Borong Darul Iman, Gong Pauh, Kuala Terengganu. Semuanya bermula bilamana isu ketiadaan air di pasar borong tersebut didedahkan melalui siaran Buletin Utama TV3 pada 5 Jun 2007. Siaran berita itu turut mendedahkan pelbagai lagi masalah yang dihadapi oleh peniaga pasar borong terbabit.

Si kawan tadi menunjukkan aku satu artikel dari internet. KLIK. Artikel yang memetik kata-kata Idris Jusoh yang dikeluarkan oleh Laman Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu. Apa yang menarik tentang artikel itu pada aku adalah beberapa pembohongan yang jelas dilakukan oleh Idris Jusoh berkenaan pasar borong berkenaan. Pembohongan itu menunjukkan bahawa Idris Jusoh cuba menutup kelemahannya sebagai Menteri Besar, dan menuding jari kepada PAS di atas kegagalan pemerintahannya. Sungguh tidak bermaruah dan biadap!

APA KATA MB BILA DITANYA ISU AIR PASAR BORONG:

Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, isu kekurangan bekalan air yang dibangkitkan peniaga sebelum ini adalah disebabkan beberapa faktor dalaman yang mana sebelum ini dipegang Yayasan Amal PAS Malaysia. Katanya, ada di kalangan ahli yayasan itu kurang berpuas hati selepas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) mengambil alih pengurusan pasar itu.

“Mereka sanggup bertindak diluar batasan dengan mencabut hampir keseluruhan pili air sehingga menyukarkan peniaga mendapatkan sumber air untuk menjalankan peniagaan masing-masing.

HAKIKAT SEBENAR:

Perkhidmatan air di Pasar Borong ditamatkan kerana MPKT tidak menjelaskan bil air kepada Syarikat Air Terengganu (SATU). Malah MPKT juga gagal menyediakan infrastruktur yang sebaiknya kepada peniaga walaupun kutipan sewa kepada peniaga diteruskan.

Yayasan Amal Malaysia (AMAL) langsung tidak terlibat dengan penubuhan, pengurusan dan apa jua aktiviti Pasar Borong Gong Pauh. Sebelum ini pengurusan pasar di sini diuruskan oleh KPK Trading Sdn Bhd. Pada akhir tahun 2004, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menamatkan khidmat KPKTSB dengan notis selama 3 bulan.

PELAWOK IDRIS LAGI:

“Bagi meredakan keadaan pegawai MPKT telah mengadakan perbincangan bersama peniaga pada 25 April lalu (2007) dan dalam perjumpaan itu, MPKT bersetuju membaiki segala kelengkapan yang rosak selain bertindak membersih longkang, surau dan menyusun semula aturan keluar masuk ke pasar itu sementara menunggu Terminal Agro siap,” katanya.

HAKIKAT SEBENAR:

Telah banyak kali pihak Persatuan Peniaga-peniaga Pasar Borong menghantar surat kepada MPKT bagi memohon ditingkatkan kemudahan asas sejak akhir 2004 lagi, namun tiada sebarang tindakan yang diambil. Perjumpaan pada 25 April 2007 hanya diadakan setelah sebahagian bangunan pasar borong terbakar pada 18 April 2007.

Sungguh tiada maruah Idris Jusoh berbohong begitu. Sudahlah menfitnah Yayasan Amal yang tiada tempias pun dengan pasar borong tersebut, malah mengaitkan pula pembinaan Terminal Agro yang masih belum diluluskan pun pembinaannya. Takkanlah kerana mahu membina sebuah pasar baru, maka pasar lama akan dibiarkan tidak terurus langsung? Apakah ini contoh kepimpinan yang baik? Mungkin juga ini sifatnya Idris kalu hendak kahwin seorang lagi. Baru sahaja timbul niat untuk pasang lagi satu, isteri yang masih sah sudah ditinggalkan dan tidak diberi nafkah?? Nasib baik Idris 'lemah' dalam bab ini. (Woi, mcm dah kawin kata kat deris! hehehe)

Sedih sebenarnya melihat rakyat selalu menjadi mangsa kezaliman UMNO BN. Lebih-lebih lagi rakyat yang Melayu dan Islam. Bila ditimbulkan soal perjuangan bangsa dan agama, maka berkokok lah mereka mengatakan merekalah yang perjuangkan. Sedangkan, yang diperjuangkan hanyalah sebahagian kroni dan UMNOputera sahaja. Aku berkira-kira jika begini sifatnya pemimpin yang lunak mendendangkan pembangunan hadhari, maka rosaklah umat. Bukan sahaja rosak agamanya, tetapi juga ekonomi ditindas, tanah dirampas, hak dinafikan dan pelbagai penindasan dan pengkhianatan akan diteruskan.

"Ya Allah, hancurkanlah Kerajaan yang ZALIM!!..
Ya Allah, tamatkanlah kerajaan yang ZALIM!!
Ya Allah, hinakanlah kerajaan yang ZALIM!!...."

Semoga Allah melindungi kita semua dari kerajaan yang ZALIM..

14 June 2007

KONGRES ANAK TERENGGANU

KONGRES ANAK TERENGGANU
(Bersama Presiden PAS dan Pimpinan PAS)

TARIKH / HARI:
30 JUN 2007 / SABTU

MASA:
9.00 PAGI - 5.00 PTG

TEMPAT:
DEWAN DATO' HJ FADZIL NOOR,
MARKAZ TARBIYAH PAS TAMAN MELEWAR,
KUALA LUMPUR.

MENU
Nasi Dagang, Nasi Minyak dan Keropok Lekor

SEMUA ANAK-ANAK TERENGGANU DI PERANTAUAN DIJEMPUT HADIR.

13 June 2007

Jangan perli Islam Hadhari: PM

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kesian Pak Lah. Sendiri dengan agama baru Islam Hadharinya. Mujurlah baru kahwin. Mesti lepas ni ada apa-apa masalah tak de la pening sangat sendirian. Paling kurang ada isteri baru untuk picit kepala. Tak tahu la pula bagaimana cara perkahwinan Islam Hadhari. Agaknya sebab itu diadakan tertutup kot? Takut-takut rakyat tak boleh menerima sepenuhnya cara kahwin Islam Hadhari dia tu. Hehehe.

Marah betul Pak Lah bila ada orang tak setuju dengan agama baru Islam Hadharinya. Masih dia menafikan Islam Hadhari itu satu agama baru yang menyesatkan. Walhal contoh yang dia tunjukkan adalah Islam Hadhari merupakan satu agama baru. Lihat sahaja bagaimana perjalanan pentadbiran Pak Lah. Hiburan seumpama konsert JomHeboh masih dibenarkan walaupun ada mufti yang mengatakan Haram! Cuma Pak Lah tak jawab jer "Yang Haram tu Islam, Islam Hadhari halalkan konsert dan segala benda maksiat!"

Jangan lupa pada isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan pencegahan gejala Murtad di kalangan umat Islam. Di sini kita melihat betapa Islam tidak didaulatkan sepenuhnya dan membuka ruang kepada masyarakat menilai bahawa Pak Lah sudah menganut Agama Islam Hadhari yang tidak kisah terhadap apa jua isu dosa dan pahala. Tidak kisah maksiat atau ibadah. Seolah-olah yang penting dan utama oleh agama Islam Hadhari ini hanyalah untung, projek, kroni dan bini yang Hadhari sahaja!

Masyarakat sedar dan yakin Islam Hadhari adalah sesat lagi menyesatkan. Sebab itu tiada siapa pun yang menyokong Pak Lah (kecuali Deris Jusoh dan konco-konconya yang berlagak baik) Bagaimana rakyat mahu menerima Islam Hadhari jika rakyat nampak ianya suatu yang salah!
Islam Hadhari terus diangkat dan dijulang. Maka disitulah rakyat faham telah lahirnya agama baru Islam Hadhari yang membolehkan semuanya. Tiada lagi batas halal haram. Tiada lagi batas boleh tidak. Asalkan untuk capai tujuan cemerlang, gemilang dan terbilang tidak mengapa. Walaupun realiti adalah temberang!!

Najib jarang dilihat bercakap soal Islam Hadhari berbanding Pak Lah. Najib dua tiga hari lalu pun hanya menafikan yang UMNO tidak sesat seperti mana dakwaan TG Nik Aziz. Marah dia bila dikatakan UMNO sesat. Sedangkan UMNO pelopor Islam Hadhari telah lama sesat sebelum Islam Hadhari itu wujud lagi. Dengan munculnya Islam Hadhari, maka terserlahlah bahawa UMNO memang sesat dan menyesatkan!

Mungkin ada yang masih mahu melihat Islam Hadhari hanya sebagai konsep sepertimana kata Pak Lah. Namun, harus kita sedar jika konsep baik, maka pelaksanaannya akan mengikut konsep yang baik. Jika beginilah Islam Hadhari, maka sudah terang lagi bersuluh yang Islam Hadhari bukan lagi konsep, tetapi agama baru yang menyesatkan seperti juga ajaran Ayah Pin!

----------------------------------------------------------------------------------

Jangan perli Islam Hadhari: PM

BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur golongan yang gemar memperlekeh-lekehkan konsep Islam Hadhari yang dipeloporinya.

"Saya sudah bercakap mengenai Islam Hadhari merata dunia, semuanya menerima konsep itu. Tapi orang Melayu di sini pula, gaduh, mahu perli perli. Ini bukan agama baru. Ini cuma pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan budaya Islam," katanya ketika merasmikan Muzakarah Kebangsaan Imam di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

sumber: Mstar

------------------------------------------------------------------------------------

Apa kata masyitah??


Hadhari, hadhari.. kita maju!!

12 June 2007

Promosi MobiK lak

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Dulu aku biasa guna mobiK ni untuk sms kawan-kawan untuk ajak ke program. Ucapan raya pun aku hantar guna mobik gak. Tapi, akhir-akhir ni mobiK ni banyak masalah skit dan terbaru minta didaftarkan pengguna yang mahu menggunakannya. Maknanya, yang hantar dan terima sms mestilah jd kerabat mobiK. So, kepada kawan-kawan yang belum berkenalan dengan mobiK ni leh la klik MOBIK untuk register. Benda free, sape tak nak. Heheh

p/s: Banyak sangat nak tulis pun leh buat tak tahu apa nak tulis... huhuhu

11 June 2007

Semua Barang Naik harga ke?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Posting aku sebelum ni yang merupakan "iklan Barang Naik" adalah sebelum aku keluar membeli-belah. Sebagai seorang bujang yang tinggal bersendirian (bukan promote ek!), aku agak jarang membeli keperluan dapur. Biasanya keperluan dapur dibeli untuk tempoh seminggu dan lebih. Kadang-kala sampai dua minggu. Keperluan yang aku maksudkan ini termasuklah ayam, daging dan juga sayuran. Biasa la orang bujang makan nasi putih dengan satu lauk sahaja. Heheh. Tapi aku biasakan diri juga untuk masak apa jua jenis sayur. Kalu paling tidak pun aku akan potong bawang besar banyak-banyak dalam masakan aku. Bawang besar tu sayur ke? Aku rasa jer..

Semalam pergi ke Sabasun. Terkejut tengok beberapa harga sayur yang agak melambung naik. Apa taknya, sawi yg biasanya RM1.99 lebih skit jer sekilo melambung sampai RM2.99 sekilo. Pastu aku tengok sayuran lain pun macam mahal gak. Kobis yang biasa aku leh dapat sebiji dalam RM1 lebih jer telah naik kepada RM1 lebih-lebih skit sebelah. Aku sebut ni secara kasar la. Tapi secara umumnya sayuran agak naik harga. Pilih 2, 3 jenis keperluan dan menuju kaunter timbang. Saje la buat-buat tanya juru timbang kat situ kenapa banyak sangat barang naik harga ni. Dia jawab tak tahu pun yang barang naik. Agaknya dia ingat aku nak ngorat dia kot dengan tanya gitu. Hehehe.

Selesai timbang dan bayar, aku termenung tengok barang. Beli tak banyak mana. Tapi dekat RM30. Agaknya sebab aku beli daging puyuh kot aku sedapkan hati. Kebetulan aku beli lauk special skit kerana terima call dari seorang kawan yang mahu tumpangkan kawan dia yang datang dari Utara. Rezeki tetamu. Lagipun tetamu mesti dimuliakan. Takat 3 hari. Pastu lauk ikan kering la kot. Heheh

Pada aku yang akhir-akhir ni cukup berkira soal wang memang menakutkan jika harga barang terus meningkat. Dah la gaji aku tak naik macam orang kerja gomen, barang lak naik harga. Haru la jadinya. Aku kira ok lagi sebab ada gak kerja. Bagaimana dengan orang lain yang tiada pekerjaan?. Atau bagaimana dengan orang lain yang sudah sedia tersepit, ditambah lagi dengan kesempitan sebegini. Tentu dulu leh senyum sedikit, sekarang makin dukacita. Mungkin dulu nasi berselera, tapi sekarang sudah kurang kerana tidak mampu beli kicap. Mungkin dulu makan dengan sayur, tapi sekarang hanya satu lauk.

Aku pernah jumpa satu family yang dipercayai menerima bantuan dari pihak gereja. Family ini punya anak yang 'istimewa'. Jika dilihat secara kasar mungkin tidak nampak yang mereka menerima bantuan, tetapi melalui congakan dan melihat kepada kos perubatan yang ditanggung, dibandingkan pula dengan gaji ketua rumah tersebut (suami), maka aku berkira-kira mereka tidak mampu mendapatkan ubat-ubatan yang memang mahal di pasaran. Namun, kesan kesempitan hidup memaksa mereka meminta bantuan dari pihak gereja. Bukan tiada badan yang patut menjaga kebajikan mereka sebagai rakyat. Namun kadang kala karenah birokrasi memaksa mereka ini memilih jalan mudah.

Wallahua'lam..

p/s: Buat Man, sorry masakan puyuhku tak menjadi. Tapi aku tengok mung baham sedap jerk. Aku dah masak 2 ketul sorang jer, tapi mung ambik 3 ketul. Maka, aku la jadi mangsa makan seketul jek. Huhuhu. Nasib baik la mung tu tetamu. :)

07 June 2007

BN = Barang Naik!

06 June 2007

Selamat Pengantin Baru Pak Lah!


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGUMUMAN MAJLIS AKAD NIKAH YAB PERDANA MENTERI

ImageDengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.

Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. - mr


 

Great Morning ©  Copyright by a m d a n g 8 1 | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks