19 June 2007

Idris Pelawok Lagi!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ahad lepas, seorang teman datang bertandang ke pejabat aku. Ketika sibuk berbual, dia memulakan satu topik yang nampaknya mula diberi perhatian oleh MB Terengganu, Idris Jusoh. Isu Pasar Borong Darul Iman, Gong Pauh, Kuala Terengganu. Semuanya bermula bilamana isu ketiadaan air di pasar borong tersebut didedahkan melalui siaran Buletin Utama TV3 pada 5 Jun 2007. Siaran berita itu turut mendedahkan pelbagai lagi masalah yang dihadapi oleh peniaga pasar borong terbabit.

Si kawan tadi menunjukkan aku satu artikel dari internet. KLIK. Artikel yang memetik kata-kata Idris Jusoh yang dikeluarkan oleh Laman Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu. Apa yang menarik tentang artikel itu pada aku adalah beberapa pembohongan yang jelas dilakukan oleh Idris Jusoh berkenaan pasar borong berkenaan. Pembohongan itu menunjukkan bahawa Idris Jusoh cuba menutup kelemahannya sebagai Menteri Besar, dan menuding jari kepada PAS di atas kegagalan pemerintahannya. Sungguh tidak bermaruah dan biadap!

APA KATA MB BILA DITANYA ISU AIR PASAR BORONG:

Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, isu kekurangan bekalan air yang dibangkitkan peniaga sebelum ini adalah disebabkan beberapa faktor dalaman yang mana sebelum ini dipegang Yayasan Amal PAS Malaysia. Katanya, ada di kalangan ahli yayasan itu kurang berpuas hati selepas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) mengambil alih pengurusan pasar itu.

“Mereka sanggup bertindak diluar batasan dengan mencabut hampir keseluruhan pili air sehingga menyukarkan peniaga mendapatkan sumber air untuk menjalankan peniagaan masing-masing.

HAKIKAT SEBENAR:

Perkhidmatan air di Pasar Borong ditamatkan kerana MPKT tidak menjelaskan bil air kepada Syarikat Air Terengganu (SATU). Malah MPKT juga gagal menyediakan infrastruktur yang sebaiknya kepada peniaga walaupun kutipan sewa kepada peniaga diteruskan.

Yayasan Amal Malaysia (AMAL) langsung tidak terlibat dengan penubuhan, pengurusan dan apa jua aktiviti Pasar Borong Gong Pauh. Sebelum ini pengurusan pasar di sini diuruskan oleh KPK Trading Sdn Bhd. Pada akhir tahun 2004, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menamatkan khidmat KPKTSB dengan notis selama 3 bulan.

PELAWOK IDRIS LAGI:

“Bagi meredakan keadaan pegawai MPKT telah mengadakan perbincangan bersama peniaga pada 25 April lalu (2007) dan dalam perjumpaan itu, MPKT bersetuju membaiki segala kelengkapan yang rosak selain bertindak membersih longkang, surau dan menyusun semula aturan keluar masuk ke pasar itu sementara menunggu Terminal Agro siap,” katanya.

HAKIKAT SEBENAR:

Telah banyak kali pihak Persatuan Peniaga-peniaga Pasar Borong menghantar surat kepada MPKT bagi memohon ditingkatkan kemudahan asas sejak akhir 2004 lagi, namun tiada sebarang tindakan yang diambil. Perjumpaan pada 25 April 2007 hanya diadakan setelah sebahagian bangunan pasar borong terbakar pada 18 April 2007.

Sungguh tiada maruah Idris Jusoh berbohong begitu. Sudahlah menfitnah Yayasan Amal yang tiada tempias pun dengan pasar borong tersebut, malah mengaitkan pula pembinaan Terminal Agro yang masih belum diluluskan pun pembinaannya. Takkanlah kerana mahu membina sebuah pasar baru, maka pasar lama akan dibiarkan tidak terurus langsung? Apakah ini contoh kepimpinan yang baik? Mungkin juga ini sifatnya Idris kalu hendak kahwin seorang lagi. Baru sahaja timbul niat untuk pasang lagi satu, isteri yang masih sah sudah ditinggalkan dan tidak diberi nafkah?? Nasib baik Idris 'lemah' dalam bab ini. (Woi, mcm dah kawin kata kat deris! hehehe)

Sedih sebenarnya melihat rakyat selalu menjadi mangsa kezaliman UMNO BN. Lebih-lebih lagi rakyat yang Melayu dan Islam. Bila ditimbulkan soal perjuangan bangsa dan agama, maka berkokok lah mereka mengatakan merekalah yang perjuangkan. Sedangkan, yang diperjuangkan hanyalah sebahagian kroni dan UMNOputera sahaja. Aku berkira-kira jika begini sifatnya pemimpin yang lunak mendendangkan pembangunan hadhari, maka rosaklah umat. Bukan sahaja rosak agamanya, tetapi juga ekonomi ditindas, tanah dirampas, hak dinafikan dan pelbagai penindasan dan pengkhianatan akan diteruskan.

"Ya Allah, hancurkanlah Kerajaan yang ZALIM!!..
Ya Allah, tamatkanlah kerajaan yang ZALIM!!
Ya Allah, hinakanlah kerajaan yang ZALIM!!...."

Semoga Allah melindungi kita semua dari kerajaan yang ZALIM..

No comments: