11 June 2007

Semua Barang Naik harga ke?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Posting aku sebelum ni yang merupakan "iklan Barang Naik" adalah sebelum aku keluar membeli-belah. Sebagai seorang bujang yang tinggal bersendirian (bukan promote ek!), aku agak jarang membeli keperluan dapur. Biasanya keperluan dapur dibeli untuk tempoh seminggu dan lebih. Kadang-kala sampai dua minggu. Keperluan yang aku maksudkan ini termasuklah ayam, daging dan juga sayuran. Biasa la orang bujang makan nasi putih dengan satu lauk sahaja. Heheh. Tapi aku biasakan diri juga untuk masak apa jua jenis sayur. Kalu paling tidak pun aku akan potong bawang besar banyak-banyak dalam masakan aku. Bawang besar tu sayur ke? Aku rasa jer..

Semalam pergi ke Sabasun. Terkejut tengok beberapa harga sayur yang agak melambung naik. Apa taknya, sawi yg biasanya RM1.99 lebih skit jer sekilo melambung sampai RM2.99 sekilo. Pastu aku tengok sayuran lain pun macam mahal gak. Kobis yang biasa aku leh dapat sebiji dalam RM1 lebih jer telah naik kepada RM1 lebih-lebih skit sebelah. Aku sebut ni secara kasar la. Tapi secara umumnya sayuran agak naik harga. Pilih 2, 3 jenis keperluan dan menuju kaunter timbang. Saje la buat-buat tanya juru timbang kat situ kenapa banyak sangat barang naik harga ni. Dia jawab tak tahu pun yang barang naik. Agaknya dia ingat aku nak ngorat dia kot dengan tanya gitu. Hehehe.

Selesai timbang dan bayar, aku termenung tengok barang. Beli tak banyak mana. Tapi dekat RM30. Agaknya sebab aku beli daging puyuh kot aku sedapkan hati. Kebetulan aku beli lauk special skit kerana terima call dari seorang kawan yang mahu tumpangkan kawan dia yang datang dari Utara. Rezeki tetamu. Lagipun tetamu mesti dimuliakan. Takat 3 hari. Pastu lauk ikan kering la kot. Heheh

Pada aku yang akhir-akhir ni cukup berkira soal wang memang menakutkan jika harga barang terus meningkat. Dah la gaji aku tak naik macam orang kerja gomen, barang lak naik harga. Haru la jadinya. Aku kira ok lagi sebab ada gak kerja. Bagaimana dengan orang lain yang tiada pekerjaan?. Atau bagaimana dengan orang lain yang sudah sedia tersepit, ditambah lagi dengan kesempitan sebegini. Tentu dulu leh senyum sedikit, sekarang makin dukacita. Mungkin dulu nasi berselera, tapi sekarang sudah kurang kerana tidak mampu beli kicap. Mungkin dulu makan dengan sayur, tapi sekarang hanya satu lauk.

Aku pernah jumpa satu family yang dipercayai menerima bantuan dari pihak gereja. Family ini punya anak yang 'istimewa'. Jika dilihat secara kasar mungkin tidak nampak yang mereka menerima bantuan, tetapi melalui congakan dan melihat kepada kos perubatan yang ditanggung, dibandingkan pula dengan gaji ketua rumah tersebut (suami), maka aku berkira-kira mereka tidak mampu mendapatkan ubat-ubatan yang memang mahal di pasaran. Namun, kesan kesempitan hidup memaksa mereka meminta bantuan dari pihak gereja. Bukan tiada badan yang patut menjaga kebajikan mereka sebagai rakyat. Namun kadang kala karenah birokrasi memaksa mereka ini memilih jalan mudah.

Wallahua'lam..

p/s: Buat Man, sorry masakan puyuhku tak menjadi. Tapi aku tengok mung baham sedap jerk. Aku dah masak 2 ketul sorang jer, tapi mung ambik 3 ketul. Maka, aku la jadi mangsa makan seketul jek. Huhuhu. Nasib baik la mung tu tetamu. :)

No comments: