10 May 2007

Tazkirah Sempena Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Setiap hari pun hari Ibu. Tapi jujurnya setiap hari kita tak ucap "Selamat hari Ibu" kat ibu kita. Ada yang panggil Mak, ada yang panggil Ibu, Mama, Mami, Ummi, Mum, Mother, Mek, Cek, dan macam-macam lagi la. Apapun panggilan kepada ibu ini, ibu tetap seorang yang terlalu istimewa dalam hidup seorang anak.

sedikit renungan yang dicopy dari Tranungkite.net
--------------------------------------------------------------------------

Tazkirah Sempena Hari Ibu

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Al Ahqaf 15

Di dalam hadith:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah selayaknya mendapat persahabatan yang lebih baik dari saya? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Setelah itu siapa? Rasulullah menjawab: Kemudian ayahmu. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

أخرج السيوطي بسند صحيح عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : .... وأعظم الناس حقا على الرجل أمه

Dikeluarkan oleh Imam as-Sayuthi dengan sanad yang shahih daripada A’isyah رضي الله عنها bahwasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “…. Dan orang yang mempunyai sebesar-besar hak atas seorang (anak) itu ialah ibunya".

Abul Hasan al-Mawardi meriwayatkan sepotong hadits, maksudnya: Sesungguhnya telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai seorang ibu (yg sudah tua), yang saya dukung dibelakangku, saya tidak pernah bermasam muka kepadanya, saya berikan hasil pencarian saya kepadanya. Sudahkah saya membalas budinya? Rasulullah menjawab: Tidak! Walaupun satu tarikan nafas panjangnya. Lelaki itu bertanya lagi: Mengapa demikian? Rasulullah menjawab: Kerana (dahulu) ibumu memeliharamu dengan harapan engkau hidup (panjang umur), manakala engkau memelihara ibumu padahal engkau ingin ia (segera) mati”
----------------------------------------------------------------
Tulisan asal dipetik dari Forum TKO tulisan cikgu Zul

p/s: saje nak update blog n nak promote TKO

No comments: