03 April 2008

Apa bisikan Deris pada Mat Said?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Rata-rata akhbar 30 Mac lalu menunjukkan gambar Mat Said dan Deris Jusoh berpelukan. Deris dilihat tersenyum, manakala Mat Said dilihat sedikit gementar dan gugup. Terharu mungkin. Sedikit pucat.

Ramai pemberita mengulas dengan mengatakan pelukan itu membuktikan Mat Said tidak pernah berdendam dan telah memaafkan Deris dan semua yang terlibat. Mat Said juga berkata demikian.

Mungkin ada kebenaran sekiranya Mat Said telah memaafkan Deris dan konco-konconya. Ini kerana dengan memaafkan merekalah Mat Said boleh lebih lama kekal sebagai MB seterusnya memerintah Terengganu. Sekiranya Mat Said tidak bergabung dengan 23 Adun BN yang lain, sudah tentu dia menghadapi kesukaran dan terpaksa berdepan dengan undi tidak percaya. Jika bergabung dengan 8 wakil PAS tidak memungkinkan Mat Said membentuk kerajaan yang kuat.

Namun, apakah Deris dan konco-konconya juga sudah memaafkan Mat Said yang 'merampas' takhta MB Terengganu itu? Apakah Deris tidak terasa malu dihalau sebegitu rupa sedangkan ketika itu semua YB BN menyokongnya? Apakah Deris sanggup hilang kuasa pembahagian tender yang selama ini menjadi miliknya? Sejak bila Deris menjadi seorang yang pemaaf?

Seorang kawan secara bergurau berkata "Mung tahu tak apa bisikan Deris kepada Mat Said semasa berpelukan tu? Deris kata, siap la mung Mat Said!"

Aku tergelak. Namun, jika dilihat pada gambar tersebut mungkin ada kebarangkalian kata-kata itu diungkapkan oleh Deris. Jika tidak, masakan rupa Mat Said tidak ceria, manakala rupa Deris senyum penuh makna.

Perang Mat Said dan Deris sebenarnya baru sahaja bermula dengan majlis angkat sumpah tersebut. Mat Said dalam kenyataannya telah memaklumkan barisan exco pilihannya nanti adalah muka-muka baru. Maknanya, ramai penyokong Deris akan tercantas. Deris sendiri sudah tentu tidak akan dilantik exco. Rosol wahid? Batu api sewajarnya dipendam di dasar laut. Biar sejuk.

Sebagai bekas MB yang dikira banyak membawa 'pembangunan' di Terengganu, sudah tentu Deris akan cuba menenggelamkan nama Mat Said supaya tidak 'seharum' namanya. Sudah tentu ada gangguan dan kacau mengacau dalam pentadbiran Mat Said ini. Jika Deris tidak melakukan demikian, namanya akan tenggelam dan rakyat akan melupakannya. Paling tidak, Deris mahu rakyat akan berkata "Masa Deris jadi MB dulu lagi baik dari sekarang."

Kepada Mat Said, perlu lebih hati-hati. Jangan pula cuba mengusik PAS ketika mana kedudukannya sebagai MB itu masih tidak senang duduk sebenarnya. Bukan apa, takut-takut Mat Said keseorangan dalam melawan Deris dan PAS.

01 April 2008

Mari belajar bahasa Tranung.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Pernah baca blog Awang Goneng (AG)? kecek-kecek nama blognya. Orang Tranung asli la kiranya dia tuu. Apa yang aku nak kongsi adalah kisah yang dimuatkan dalam blog AG pasal video youtube Mat Said. Video mana lagi kalu bukan video ajak gocoh tu. Berikut adalah ulasan AG pasal video tersebut. Korang cuba baca dulu dah fahamkan, kalu tak faham jugak, nanti aku cuba buka kamus untuk explain.

Dalam TKO, Ibrahim Baba menamakan posting ini sebagai Gurindam Awang Goneng.

Bila mung bbalöh denge orang Pah ddalang Dèwang
Mung napök betol macang anök Teganung hanelang,
Bèkèng denge mmusang, mung dok ddiri ccacang
Yang di Pertua dök kata apa, gamök oh dia hèrang
Orang Pah bila tèngok mmata mung dok cerlöng
Basöh jjerok seluör dalang, rasa macang nök nnölöng
Mung kata dia peranga macang sètang, pé’é nnatang
Géng-géng mung pong tepok meja ddegung ddegang
Sokong mung anok Teganung betollah anök jatang
Bila aku tengok tu aku teringak masa sekölöh
Lepah nngaji petang-petang masok rök ajök ggöcöh
Aku suka mung hidop balik warisang kita hök lama
Orang le ning dök panda döh nök wak ggitu serema.
Mung kata dia paka sökök tapi peranga macang Sètang
Mung kata dia kata je gèntelmèng tapi dia dök setarang
Lepah tu mung ajök orang Pah ggöcöh lluör Dèwang
Aku pong tepok tangang tèngok mung anök jatang
Tapi filem habih derah ddö'öh, dök sapa penghabisang.
Gamök öh mung gi cari rumöh dia di Wakah Ppelang
Gi tago denge batu, kalu dia ada pong döh kena tang,
Orang apa macang ggining, ajök ggöcöh tak mboh setarang
Dia gi nnusuk derumöh Haji Hadi di cerök bandör Marang.
Ggitulah hök kita nök sangak di Teganu kita jamang le ning
Kita hidopkang tabèak lama, dök payöh tertib terning
Ggömö gguling bating, ddegung degang bbira dinding
Naik semangak tèngök mung lèk-lèk macang pahlawang
Kalulah dulu mung yang kita hantör gi ke negeri Pahang
Tentu Teganu menang, Tong Teja jadi bining Panji Alang:
Tapi döh nök wak guana nök kata setarang!

Pah tu bila negeri Teganung bising bbangör takdök menteri
Kami pong rama-rama beratang tengök laporang hök di TV
Aku kkejuk tèngök mung paka sökök, surak watikah pong diberi
Yay, mölèk döh mung pulök jadi orang besör ddalang nègeri
Bila bbahah di Dèwang habih lah orang Pah tembör lari
Sebab mung bèkèng, gèntelmèng, paka sökök pulök le ni.

faham tak? Hehehhe. Sesiapa yang sudi terjemah secara bebas?

Penjelasan: MB Terengganu Pexxxxx dan Penxxxxx

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Salam amdang, Mat Said dah jadi MB. Bila nak dedah skandal seks dia?" Mesej dari YM yang aku terima. Aku juga menerima email peribadi dan desakan pada komen di blog pada artikel terbabit.

Pertamanya terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada aku selama ini khususnya dalam dunia blog ni.

Sebenarnya aku memang berniat mahu mendedahkan apa yang aku namakan skandal seks Mat Said itu. Namun, seperti yang kalian lihat pada blog ini, aku sudah memotong / strike artikel berkenaan.

Ini bukanlah bermaksud aku mahu memungkiri janji itu, namun memandangkan seperti pandangan-pandangan yg tertulis dalam komen blog yang melarang pendedahan itu yg sudah tentu melibatkan hukuman Qazaf yang terkandung dalam Hukum Jenayah Islam itu sendiri, buat aku berfikir dua kali.

Pada mulanya aku berkeras mahu mendedahkannya juga, tetapi memandangkan ada yang secara peribadi menegur dan mengingatkan aku tentang hal yg tersebut, membuatkan aku membatalkan sahaja niat aku itu.

Sebenarnya satu artikel pernah disiarkan dalam sebuah blog berkenaan skandal ini, penceritaannya pada aku amat jelas dengan nama, umur mangsa, keluarga mangsa bahkan tempat (alamat rumah) dan masa kejadian juga disertakan sekali. Malah plat kenderaan Mat Said ketika itu yang merupakan kereta rasmi EXCO nombor plet TR 4, jenis Mercedes Benz turut didedahkan.

Namun, baru-baru ini aku lihat tiada lagi artikel berkenaan di sana. Mungkin juga tuan punya blog itu turut sama membuangnya bagi mengelakkan apa-apa kesan yang timbul kemudian. Link blog tu ada dalam senarai link di blog aku ini. Kalu aku beritahupun, artikel berkenaan sudah dihilangkan.

Aku mohon maaf atas 'kesilapan' yang dilakukan ini. Namun aku amat menghormati pandangan-pandangan peribadi dari sahabat-sahabat, dari family yang mahu aku tidak mendedahkannya.

Harap maaf, dan insyaAllah aku kongsi nanti maklumat lain yang lebih relevan dan sesuai untuk didedahkan.

Wallahua'lam.