26 October 2009

Kanak-kanak kecil di dalam tong!!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Akhir-akhir ini banyak pula dilaporkan kisah yang menyayat hati berkenaan kanak-kanak. Takut, geram, marah dan pelbagai perasaan timbul apabila berita-berita tersebut dipaparkan. Ini aku ada juga suatu kisah penganiayaan terhadap kanak-kanak. Kisah bagaimana kanak-kanak kecil 'disumbat' di dalam tong dan ada pula kisah dihanyutkan ke dalam sungai. Sama-sama kita saksikan.

Kisah 1


Agak-agak, apa benda yang dilakukan budak bertiga ini?


MasyaAllah! ada budak kecil rupanya di dalam!!


Kita lihat, siapa budak ni... macam kenal jer.


Siap ada bola lagi tu. Bestnya mandi!

Itu adalah gelagat sepupu dan mak sedara Balqis memandikannya. Idea asal bagaimanapun adalah dari abinya yang kejam lagi zalim. Hehehe. Harap tiada siapa yang melaporkan kepada JKM kerana perlakuan ini. Akhir-akhir ini kerap juga bawa Balqis mandi manda. Apa yang pasti, dia cukup suka air!


Kisah 2.

Kisah Balqis dapat pelampung baru. Dia macam tidak sejuk sangat je dalam air. Kata cikgunya bagus bagi dia rasa air, pasir, daun, batu dan sebagainya. Biar dia dapat bezakan stuktur alam tersebut.


Sejuk jugak air ni.


Umi, marilah mandi. Tak sejuk pun. Umi takut air ek? Hehehe.

Kisah 3

Tiada apa yang hendak diceritakan. Harap video-video ini menceritakan apa yang patut. Perhatikan cara Balqis bangun dari baring untuk duduk. Ramai yang kagum dengan caranya. Apapun, maaf kerana gambarnya senget. Huhuhuh.






Wallahua'lam.

25 October 2009

Muktamar Khas? Kita minum dulu!

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

EGM? Muktamar Khas? Biarlah ianya ditentukan oleh mereka yang sepatutnya samada perlu diadakan mahupun tidak. Jika jadi, maka bermuktamarlah kita. Jika tidak, kita teruskan kerja. Masih banyak usaha yang perlu dilakukan. Apatah lagi pimpinan yang ada pada hari ini adalah pilihan para perwakilan. Itu sudah muktamad!

Aku tertarik dengan isu parlimen berkenaan 100 Plus. 100 Plus adalah antara minuman kesukaan aku terutamanya ketika bersukan, memandu atau terasa hendak @ sudah demam. Aku lupa sumber mana yang menjadi saranan untuk aku minum 100 Plus ini. Bagaimanapun, aku mungkin berfikir beberapa kali selepas ini untuk membeli 100 Plus dengan kenyataan di bawah. Wallahua'lam.

Tiada bukti 100 Plus 'ubati' demam denggi



KUALA LUMPUR, 21 Okt: Parlimen diberitahu hari ini bahawa tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa minuman isotonik 100 Plus boleh memulihkan pesakit demam denggi sebagaimana di gembar-gemburkan oleh masyarakat umum.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menjawab solan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berhubung dakwaan minuman itu berjaya memulihkan penyakit demam denggi itu

"Bagaimanapun, saya ingin berkongsi pengalaman saya di mana ada saudara saya yang dijangkiti demam juga meminum air 100 Plus.

"Dan alhamdulillah sehingga kini beliau sihat dan tidak memudaratkan," katanya di Dewan Rakyat pagi tadi.

Ibrahim sebelum ini menyatakan ada khabar angin bahawa minuman itu merupakan ubat mujarab untuk mereka yang diserang penyakit demam denggi.

"Saya diberitahu ada di kalangan penghidap yang minum 100 Plus katanya pulih, secara kebetulan atau tidak saya tidak tahu.

"Persoalannya ialah saya bimbang jika ia menjadi kepercayaan kerana bagi yang kena demam denggi kalau ada diabetes dan minum 100 Plus, sepatutnya mati dua tahun lagi dia mati esok.

Bagaimana kementerian hendak beri kesedaran dan kepercayaan dari segi ubatan untuk memulih sakit seperti ini dan mereka diberi kefahaman jelas dan tidak ambil mudah," katanya.

Dalam pada itu, Harakahdaily turut mendapatkan maklumbalas beberapa doktor perubatan berhubung dakwaan itu dan rata-rata menyatakan ianya sesuatu yang belum pernah dibuktikan malahan ada antaranya menggangap sebagai gembar-gembur untuk mendapat keuntungan.

"Yang kita sarankan ialah minum air suam atau air kosong banyak-banyak bagi memulihkan demam denggi. "Barangkali dengan hebahan seperti itu, bukan beri keuntungan kepada pihak-pihak tertentu," kata seorang doktor yang enggan dikenali ketika ditemui.

Rosnah kemudiannya menjelaskan kementerian telah menjalankan pelbagai kempen kesedaran serta menyediakan talian khas bagi membolehkan orang ramai menghubungi kementerian sekiranya terdapat kemusykilan mengenai wabak demam denggi itu.

Sementara itu, ketika menjawab soalan asal Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sama ada penyakit demam denggi tersebar luas di Malaysia atau tidak, Rosnah berkata kes demam denggi di negara ini pada tahun ini menunjukkan penurunan.

Katanya sehingga 17 Oktober lepas, jumlah terkumpul kes denggi dilaporkan berjumlah 33,123 kes berbanding dengan 36,234 kes pada tempoh sama tahun lepas yang menunjukkan penurunan kes demam denggi sebanyak 3,111 kes.

Beliau berkata jumlah kematian denggi pada tahun ini juga berjaya dikurangkan kepada 72 kes berbanding 80 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. - Harakahdaily

20 October 2009

Menyanggah Tulisan Prof Dr Aziz Bari

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Berikut adalah petikan kenyataan Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT) berkenaan tulisan Prof. Dr Aziz Bari yang disiarkan di dalam Sinar Harian semalam.

KENYATAAN IKPNT TERHADAP TULISAN PROFESOR DR AZIZ BARI

Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT ) tertarik untuk memberi respon terhadap satu penulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Gombak di dalam ruangan Perspektif Sinar Harian Isnin 19 Oktober 2009 di bawah tajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang: Pas kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan”

IKPNT mendapati bahawa penulisan tersebut tidak seimbang dan hujah-hujah yang digunakan tidak bertepatan, memandangkan beliau pada asalnya menyebut “sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting dari sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya”. Sepatutnya beliau banyak membicarakan kepincangan dalam PRK tersebut dari sudut undang-undang yang penuh dengan keganasan dan penipuan yang dilindungi oleh undang-undang. Pandangan terhadap keraguan proses undi pos, salahguna jentera kerajaan, ketelusan SPR dan rasuah patut diberikan pandangan dan penjelasan oleh beliau sebagai seorang ahli undang-undang.

Tetapi, sebaliknya, beliau telah membicarakan perubahan kepimpinan yang mesti dilakukan oleh PAS secara drastik. Apakah kepimpinan PAS patut bertukar secara drastik selepas kekalahan di Bagan Pinang? Sedangkan Pas berjaya mengekalkan kemenangan dalam PRK Bukit Gantang, Manik Urai, Pengkalan Pasir dan merampas kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu. Dalam semua PRK tersebut, kepimpinan PAS adalah kepimpinan yang sama dengan PRK N.31 Bagan Pinang. Umum juga mengetahui penyertaan Pas di Bagan Pinang disedari sukar untuk dimenangi atau sebagai “underdog” sebagaimana dikatakan oleh Pengarah PRK N.31 Bagan Pinang, YB Salahudin Ayub.

Prof. Dr Aziz Bari telah berhujah secara tidak professional. Perlu difahami bahawa kepimpinan PAS adalah sebuah kepimpinan berjemaah, dan bukan hanya kepimpinan individu seperti yang disebut oleh beliau. Kepimpinan PAS adalah Kepimpinan Ulamak yang memikul tanggungjawab daripada amanah Allah S.W.T dan RasulNya, Muhammad S.A.W.

Pemimpin-pemimpin PAS bertindak berdasarkan keputusan-keputusan yang diambil di pelbagai peringkat selaras dengan prinsip Syura yang dipakainya. Prof. Dr Aziz Bari hanya melihat PAS sebuah parti politik. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua polisi dan kegiatannya di bawah dasar kepimpinannya secara berjemaah.

IKPNT mengharapkan Prof. Dr Aziz Bari meneliti dengan tepat keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kritikan beliau. Janganlah hanya menjeling kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan mengatakan bahawa ini betul dan ini tidak betul sedangkan beliau sendiri tidak mendapat penjelasan rasmi daripada pihak yang berautoriti dalam PAS. Inilah yang sepatutnya beliau lakukan sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang.

Kenapa beliau telah membuat satu persepsi yang tidak adil terhadap kepimpinan PAS dengan membahagikan kepada dua blok: pro-UMNO dan tidak pro-UMNO? Isu ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana telah diberikan penjelasan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin PAS. Adalah lebih bijaksana sekiranya komentar yang dibuat berlandaskan etika profesionalisme serta kefahaman yang benar terhadap PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Pemimpin-pemimpin PAS daripada dulu sehingga sekarang telah berjaya membuat perubahan politik dalam Negara, bahkan telah terbukti di kalangan pemimpin-pemimpin utamanya memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan Islam dan membela umat sejagat. Kenapa Prof. Dr Aziz Bari membuat penghakiman yang begitu mudah terhadap kepimpinan PAS?

IKPNT percaya kepimpinan PAS bersikap terbuka untuk menerima teguran. Walaupun begitu, kita sepatutnya berhati-hati (hazar) agar tidak terperangkap dengan agenda musuh melemahkan Islam.


Selasa, 20 Oktober 2009.
Kuala Terengganu.

-----------------------------------------------------------------

Sekian, seadanya.


Wallahua'lam.

14 October 2009

Selamatkan Perak: Pertahankan Hak Rakyat

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Logo Selamatkan Perak

Hari ini, ketika sibuk-sibuk menyiapkan satu tugasan, tiba-tiba aku terpandang satu link ke laman web selamatkanperak.com. Aku ingat-ingat lupa adakah aku pernah memasuki web tersebut sebelum ini. Seperti yang aku jangka, memang web tersebut milik UMNO.

Cuma apa yang kelakar adalah pada logo Selamatkan Perak yang di'tempek' di blog berkenaan. Tema "Pertahankan Hak Rakyat" digambarkan seolah-olah BN memerintah di Perak dengan pilihan rakyat. Sedangkan BN ditolak rakyat dalam PRU 12 lalu di Perak. Rakyat memilih Pakatan Rakyat.

Sepatutnya diletakkan "Selamatkan Perak: Pertahankan Keputusan Mahkamah!!"

Wallahua'lam.

p/s: Saje nak iklan blog UMNO sesekali.

08 October 2009

Pemuda PAS diserang: Provokasi bermula dari Azeez

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Melihat berita mengenai serangan pemuda BN terhadap markas Pemuda PAS awal pagi tadi, aku yakin dan pasti semuanya bermula dengan provokasi yang dilakukan oleh Abdul Azeez sebelum ini pada hari penamaan calon. Aku terkejut apabila kulit Azeez yang putih melepak menjadi hitam-hitam akibat 'dipukul' oleh sembilan penyokong PAS pada hari penamaan tersebut.

Apa yang lebih pelik adalah, walaupun pukulan yang diterima Azeez adalah 'kuat gila', Azeez masih terselamat dari kematian. Kerana kritikalnya pukulan yang diterima Azeez, maka berpusu-pusu pihak media memberi liputan meluas terhadap kejadian tersebut. Semuanya tidak lain dan bukan hanyalah mahu menggambarkan ganasnya penyokong PAS sehingga mampu menghitamkan Azeez dengan pukulan-pukulan maut.

Aku percaya semua itu adalah dirancang. Azeez sepatutnya tidak melalui laluan yang menempatkan penyokong PAS pada hari penamaan berkenaan. Masing-masing sudah mempunyai laluan masing-masing. Namun, kerana mahu melakukan provokasi dan mempunyai agenda tertentu, maka Azeez memilih untuk 'dipukul' seterusnya melengkapkan agenda pertama mereka iaitu pemuda PAS adalah ganas. Bagaimanapun, PAS tetap cool dengan permainan yang kebudak-budakan itu.


Antara pemuda PAS yang teruk diserang menggunakan parang

Agenda kedua mereka dapat dilihat melalui poster dan kain rentang yang dipasang oleh UMNO dan BN. Kebanyakannya berbentuk provokasi dan sengaja menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, PAS mengambil tindakan melalui saluran yang betul dengan menyertai pasukan pemantau untuk meminta semua bahan kempen yang berniat jahat itu diturunkan.

Agenda tiga adalah serangan yang dilakukan awal pagi tadi. Sudah tentu jawapan yang akan dijawab UMNO dan BN adalah ianya bermula dengan provokasi pihak PAS. Maka, pihak UMNO dan BN tidak mampu mengawal pemuda mereka yang sudah lama bersabar (bermula dengan serangan terhadap Azeez) dengan provokasi-provokasi yang dilakukan PAS.

Itu adalah jawapan standard pimpinan UMNO dan BN. Namun, semuanya adalah bagi menaikkan amarah penyokong dan petugas PAS yang berada di sana. Apapun, aku percaya PAS akan berjaya mengawal penyokong-penyokongnya dari terlibat dengan aktiviti samseng dan ganas seperti mana yang dilakukan pemuda UMNO tersebut.

Apa yang aku lebih percaya adalah, pihak media UMNO dan BN akan terus-terusan berat sebelah dan memalsukan kebenaran yang ada. Maka celakalah 1Malaysia bilamana rakyat didahulukan dengan pembohongan, pencapaian dimanipulasikan.

Selamat Mengundi buat semua pengundi POS pada hari ini...