Cerita Satu
Lokasi di rumah ibu mertuaku di Besut.
"Tadi kawe gi umah saing kawe, tengok muka adik dia, macam muka Balqis. Lek-lek." Cerita adik iparku.
"Sindrom Down jugak ke?" Isteriku bertanya adiknya.
"A'ah" Jawab adik lelakinya itu.
"Memang la budak gini muka sama. Mung tak tahu lagi ke?" Isteriku menjelaskan.
"Laa... Patut pun." Adik iparku senyum kerana baru tahu perkara tersebut.
Cerita Dua
Lokasi di rumah sepupuku di kampung Mangkuk, Setiu.
Ketika sedang duduk dan berbual-bual di ruang tamu rumah sepupuku itu, tiba-tiba dia mengalih topik secara tiba-tiba.
"Budak gining rupa-rupanya muka dia sama dok" Sepupuku memulakan kisah.
Mengikut sepupuku, dia biasa jumpa seorang budak sindrom down di kampung Penarik yang merupakan kampung bersebelahan dengan Kampung Mangkuk. Di situ dia biasa berjumpa dan menegur seorang remaja yang mengalami sindrom down.
Suatu hari, sepupuku ini ke Kuala Terengganu. Sedang dia dan kawannya minum di sebuah gerai, tiba-tiba dia terperasan 'remaja sindrom down' yang biasa ditegurnya di Kampung Penarik. Dengan selamba dia tegur dan cuba berbual-bual macam biasa.
Kemudian, dia terperasan kelainan pada remaja berkenaan. Apatah lagi bila dilihat ibu kepada remaja berkenaan dilihat lebih trendy dan tiada gaya kekampungan. Akhirnya barulah dia tahu yang dia sudah tersilap orang.
---------------------------------------------------------------
Hasil seni pertama Balqis di sekolah
Hari ini Balqis sudah menjangkau 1 tahun seminggu. Birthday Balqis pada 26 Ogos. Seminggu abi lewat untuk wish pada Balqis di blog ini. Abi lihat blog umi pun belum wish lagi untuk Balqis. Kami sebenarnya masing-masing bercadang memasukkan video terbaru Balqis di blog masing-masing. Banyak perkembangan baru yang sudah dicapai setahun oleh Balqis.Balqis sudah pandai duduk sendiri, pandai melambai, pandai bersalaman sambil cium tangan, mengaminkan doa dan terbaru adalah angkat tangan bila disuruh. Itu apa yang biasa dilakukan di rumah.
Jika di sekolah lebih menarik melihat perkembangan Balqis. Step-step yang dilalui oleh Balqis dilepasi satu demi satu. Bermula dengan memegang objek, kemudian berpindah objek dari satu tangan ke tangan yang lain, diikuti dengan menyimpan objek yang dipegang ke dalam bekas.
Apa yang aku perasan satu kebaikan apa yang dipelajari di sekolah adalah, Balqis tidak mudah memasukkan sesuatu benda ke dalam mulutnya. Seakan dia tahu mainan adalah mainan. Cuma adakalanya dia menghisap mainannya mungkin kerana lapar atau geram.
Tidak sabar rasanya mahu berkongsi semua itu di sini. Jika punya kesempatan insyaAllah akan dimasukkan video atau gambar itu nanti. Mungkin juga boleh berkongsi cara tidur Balqis yang menarik! Atau cara duduknya yang teramat istimewa!
Wallahua'lam.
p/s: Maaf posting ini membuatkan anda tidak sabar menanti posting seterusnya. ;)