26 October 2008

Undangan ke Majlis Kesyukuran

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Hmmm.. seperti yang aku janji-janjikan kepada beberapa orang teman, insyaAllah esok aku nak buat sedikit majlis makan-makan sempena dua purnama Balqis hadir dalam hidup kami. Kiranya sempena Syawal juga yang masih berbaki.

Mudah cerita, majlis esok insyaAllah akan dibuat seperti berikut:

  • Tarikh: 27 Oktober 2008 / 27 Syawal 1429H
  • Masa: Jam 2 - 6 Petang
  • Lokasi: Rumah Aku (Tak tahu, leh YM @ SMS aku)
  • Menu: Rahsia. Heheheh rasanya dah bagi hint dulu-dulu.

Jemputan ni terbuka kepada semua yang mengenali diri aku, Balqis dan juga isteri aku. Samada kenal sungguh-sungguh, mahupun semua para blogger yang sebelum ini kenal melalui alam maya sahaja. Makluman awal mengenai kehadiran akan memudahkan pihak kami menyediakan makanan yang secukupnya. Hehehhe.

Sorry sebab lewat umum. Maklumlah tarikh dah lama tetapkan, tapi nak putuskan masa tu yang susah. Asyik berubah-ubah sahaja perancangan.

Mari belake deh! Jangan lupa bawa family sama.

Wallahua'lam.

3 comments:

Anonymous said...

At last...jemputan yang ditunggu-tunggu dah tiba! He,he..InsyaAllah Dang kita jumpa esok! Kak Ummi bawak satu gerombolan....anak-pinak Kak Ummi le...(saja buat suspen...!)

amdang81 said...

hmmm.. jemput2 kak.. datang laa. Bukan buat besar sangat pun, saje nak buat makan2 skit. jangan assume ada satey lak. Nanti kesian budak2 tu..

apapun, kedatangan akak sefamily insyaAllah akan membahagiakan tuan rumah.

Anonymous said...

insya'allah .. kalu adok aral .. esok sapa dumoh ..